Saturday, September 18, 2010

Pemain muda berusia 18 tahun ini menegaskan bahawa ketua pasukan beliau tersebut adalah pemain tengah terbaik dunia dan beliau beliau ingin menjadi Cesc Fabregas versi Inggeris. Wilshere percaya dengan terus berlatih bersama skuad the Gunners, ianya dapat membantu mencapai cita-cita beliau tersebut. Beliau turut gembira kerana Wenger menolak tawaran Bolton untuk membawa beliau kembali ke Stadium Reebok.

Wilshere masih lagi diberi kepercayaan oleh Wenger untuk mengekalkan permulaan tanpa kalah musim ini dimana beliau turut sama menyertai perjalanan ke Sunderland hari ini. Beliau seperti telah ditakdirkan untuk menjadi antara pemain terhebat Arsenal setelah menjadi pemain termuda bermain dalam Liga Perdana, dua musim lepas di dalam sejarah the Gunners.

Fabregas sentiasa gembira untuk menurunkan segala ilmu yang ada kepada protege beliau, Wilshere
Beliau kini dilihat berjaya mempamerkan aksi seperti apa yang diharapkan sejak dua musim lepas apabila beliau membantu Fabregas memusnahkan pasukan lawan. Wilshere turut menerangkan bahawa pada musim lepas, beliau terpaksa pergi ke Bolton kerana sudah ramai pemain hebat di Stadium Emirates dan beliau perlu bermain sebanyak yang mungkin.

Kini setelah kembali semula, beliau merasakan lebih kuat dan lebih berpengalaman yang pastinya memudahkan beliau bermain dalam kesebelasan utama. Bermain bersama Fabregas, Arshavin dan Song adakag peluang yang terbaik untuk beliau belajar. Bagi beliau, Fabregas adalah pemain terbaik dunia pada posisi yang beliau mainkan.

Antara kenyataan-kenyataan Wilshere mengenai Fabregas yang disiarkan oleh The Sun UK adalah seperti berikut:
  • Fabregas adalah pemain yang sempurna untuk beliau pelajari dan contohi kerana beliau mahu menjadi seperti ketua pasukan itu suatu hari nanti.
  • Wilshere berpendapat Fabregas melihat kearah beliau dan teringat sewaktu diri beliau pada umur 17 atau 18 tahun. Harapan beliau agar dapat mengikut jejak langkah dan menjadi bagus seperti Fabregas.
  • Fabregas selalu memanggil beliau ke satu tempat dan memberi kata dua pada permainan beliau. Sewaktu sesi latihan dan ketika perlawanan berlansung, Fabregas seringkali memberi kata semangat dan mengarah beliau untuk lakukan sesuatu.
  • Ianya sangat mudah untuk mencari Fabregas di padang kerana ketua pasukan itu sentiasa membuka ruang dengan baik.
  • Fabregas banyak membantu ketika dalam sesuatu perlawanan dan sentiasa berkomunikasi dengan beliau.
  • Fabregas adalah ketua pasukan yang hebat yang juga pemain yang hebat dan ternyata ianya sangat bagus sekali untuk bermain bersama di Arsenal seberapa lama yang mungkin.
  • Fabregas telah memberitahu beliau yang mana beliau tidak akan bermain setiap minggu dan beliau perlu menyusup masuk secara perlahan dan hanya selepas itu, mungkin beliau dapat melibatkan diri dengan lebih banyak aksi kesebelasan utama.
Diharap impian Wilshere ini akan menjadi kenyataan dan siapa tahu beliau bakal mengikut jejak langkah Fabregas sehingga berjaya dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal suatu hari nanti. Apa yang lebih menariknya, Wilshere mempunyai 100% DNA Arsenal!

0 comment(s):

Post a Comment