Arsene Wenger telah memberi tahu Wojciech Szczesny bahawa suatu hari masanya akan tiba dimana beliau akan menjadi penjaga gol utama Arsenal dan ianya sudah pasti bukanlah sekarang. Szczesny sebelum ini dilaporkan menyelar tindakan Wenger yang lansung tidak menyenaraikan nama beliau ketika perlawanan Carling Cup tempoh hari.
Setelah menimba pengalaman yang berguna ketika dipinjamkan kepada Brentford musim lepas, bintang muda Poland ini menegaskan beliau kini sudah bersedia untuk beraksi diperingkat tertinggi tetapi "tiada siapa yang cukup berani" untuk mengambil beliau bermain dalam kebanyakan perlawanan.
Szczesny berada dibelakang Mannone dalam turutan penjaga gol Arsenal |
Walau bagaimanapun, Arsene Wenger tidak menyangkal kenyataan Szczesny yang beliau berhak mendapat peluang namun didepan beliau, ada Mannone yang berhak mendapat peluang juga. Menurut Wenger, persaingan dan keputusan adalah sebahagian daripada tugas seorang pemain bola sepak dan bos Arsenal itu juga percaya apa yang terbaik untuk Szczesny lakukan sekarang adalah fokus, bekerja keras dan percayakan Arsenal.
Wenger turut menerangkan bahawa sikap tidak sabar adalah memang karekter pemain muda dan mereka lupa penjaga gol boleh beraksi sehingga umur 40, tidak seperti pemain biasa yang hanya mampu bertahan hingga umur 32 ke 34 tahun. Maka apa yang mereka terlepas pada awal karier, mereka akan dapat balik pada penghujung karier.
Kontrak Szczesny akan tamat pada hujung musim ini dan beliau bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab pada bulan Januari ini. Namun begitu, Wenger sangat berhasrat untuk mengekalkan penjaga gol muda itu. Menurut The Sun UK, Wenger dipetik berkata:
When you educated a player like we do with Szczesny, who arrives at the age of 16, it is a long-term investment which costs a lot of money, so you want to keep the players. We will talk to him about a new deal. We rate him and we want to keep him.
gelabah mamat ni..
ReplyDeleterilek la umo ko baru bape siottttt..
cilanat tak sabo...
darah muda mmg camtu.. ala2 gila2 remaja..
ReplyDeletemaybe wenger tanak turunkan dia sbb takut dia ikut jejak langkah fabianski. bila sekali buat silap, diorang akan cuba buktikan sesuatu tp takut nnt lain pulak yang jadi..