Sunday, February 13, 2011

Sekali lagi aku tak dapat tengok match Arsenal disebabkan tuan kedai yang aku pergi tu penyokong Liverpool. Padan muka dia Liverpool seri dengan Wigan. Dari highlights yang aku tengok kemudiannya, Arsenal banyak mencipta peluang namun gagal menyempurnakannya dengan baik ditambah pula dengan penjaga gol Wolves yang bermain agak cemerlang. Mungkin juga beliau bernasib baik.

Gandingan mantap yang menghasilkan gol pertama
Sememangnya ini adalah satu petanda yang baik namun kita mungkin tidak dapat mencipta peluang sebanyak ini ketika menentang Barcelona pada Rabu ini maka setiap peluang yang ada haruslah disempurnakan dengan baik. Apa-apa pun itu cerita minggu depan. Kemenangan semalam juga adalah sesuatu yang positif apabila pemain pasukan kita tidak terus dibelenggu dengan kekecewaan minggu lepas seperti yang dirisaukan oleh Wenger dan ianya juga pastinya mencipta momentum untuk perlawanan menentang Barcelona kelak.

Walaupun van Persie yang menjaringkan gol untuk kemenangan semalam, Arsene Wenger lebih teruja dengan persembahan Jack Wilshere yang banyak mengatur serangan dari bahagian tengah. Wenger seakan-akan memberi pembayang bahawa seorang lagi midfield meastro akan muncul apabila menyamakan perkembangan awal bintang muda England itu tidak ubah seperti Fabregas pada awal karier penerima medal Euro dan World Cup itu.

Beliau dipetik memuji Wilshere dengan berkata:
Jack is a talented player who can defend and attack. He had a very good game. He defends well, he attacks well, he creates, he has assists. He is a very confident lad but he has not scored yet. Cesc (Fabregas) was like that for a while. I believe he will score soon because he looks very close. He has a hesitation sometimes to shoot and chooses to always give the ball. When he is a bit more confident he will score goals.

van Persie raikan gol dengan gaya yang dipinta anak beliau Shaqueel 
Sembilan gol sejak mulanya Januari menjadi bukti bahawa van Persie merupakan penyerang yang berbisa apabila beliau cergas sepenuhnya. Marilah kita berharap agar van Persie bebas dari masalah kecederaan kerana kita perlukan kelibat beliau untuk terus jaringkan gol jika mahu menamatkan kemarau piala selama ini. Kepada Bendtner dan Chamakh, sila belajar cara-cara untuk jadi penyerang yang hebat dari abang Persie ni.

Video Highlights


Tagged: , , ,

0 comment(s):

Post a Comment