Tuesday, January 31, 2012


Persatuan Bola Sepak England memutuskan untuk tidak menghukum Robin van Persie yang dikatakan dengan sengaja menyiku pemain pertahanan Aston Villa, Carlos Cuellar ketika pertembungan pusingan keempat Piala FA hari Ahad lepas.

Pengurus Villa, Alex McLeish mendakwa van Persie menyiku Cuellar ketika mereka berdua bertembung lebih kurang tiga minit selepas penyerang sensasi itu menjaringkan gol ketiga Arsenal.

Jika disabit kesalahan, van Persie akan digantung sebanyak tiga perlawanan atas pertuduhan berkelakuan ganas. 

Namun pengadil perlawanan, Michael Jones mengesahkan beliau ada menyatakan dalam laporan perlawanan yang mana beliau nampak akan kejadian tersebut dan menyifatkan ianya tidak layak dihukum.

Sumber: The Guardian
Reaksi anda:

0 comment(s):

Post a Comment