Saturday, February 26, 2011

Kebelakangan ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa Samir Nasri tidak mahu komited pada Arsenal apabila beliau membuat keputusan untuk menangguhkan perbincangan kontrak lanjutan. Berikutan aksi yang menakjubkan musim ini, Nasri pula dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona selepas Cesc Fabregas. Khabar angin ini semakin kuat apabila akhbar Mail Online menyiarkan petikan temubual Sports Magazine dengan Nasri.

Nasri akan berhijrah?
Dalam temubual tersebut, beliau dipetik berkata:
I’m always flattered when my name is mentioned in connection with any big club, but I also know how things work. As things are right now, I am happy here and I have ­confidence from the manager, but things can change quickly in football, and then we may have a new situation. We promised each other to speak about this subject after the season ends. One of the reasons I came to Arsenal was to win titles, and I’m not expecting to leave without one.

Kenyataaan Nasri ini turut dijadikan isu hangat oleh beberapa akhbar lain sehingga menyebabkan penyokong mula tertanya-tanya dengan tindakan beliau. Tidak ketinggalan juga ada yang menjangkakan Nasri bakal dijual pada musim panas akan datang. Apa sudah jadi? Adakah beliau mahu memikirkan pilihan yang ada dan bersedia untuk tinggalkan Arsenal?

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak disiarkan dengan sepenuhnya oleh Mail Online dengan tujuan untuk mensasikan berita ini. Nasri ada ditanya samada beliau sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Arsenal. Beliau membalas dengan mengatakan:
No, I honestly haven’t thought about it.

2 comments:

  1. mintak2 nasri smbng kotrak...kalo tak rugi arsenal..

    ReplyDelete
  2. aku yakin nasri aku sign kontrak baru.. dia cuma xnk pk sgt skarang sbb nk concentrate pada game. kalau dia dok pk pasal benda dlm kontrak, mana tau kot ini tak cukup, itu tak cukup nnt takut dia xleh concentrate je lah. dah la skang tgh saat genting dgn byk fixture lagi. baik bincang lepas musim tamat.

    ReplyDelete