Monday, February 28, 2011

Sememangnya aku tak tau nak kata apa lagi. Pelik jugak aku rasa kenapa Arsenal yang aku tengok semalam tak sama dengan Arsenal ketika menentang Barcelona hampir dua minggu lalu. Jelas sekali ketiadaan ketua pasukan Cesc Fabregas sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan sebenar Arsenal. Sementara ketiadaan Theo Walcott pula bermakna kuranglah ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

Bangkitlah Koscielny dari mimpi buruk ni!
Walaupun begitu, ketiadaan kedua-dua pemain tersebut bukanlah alasan kepada kegagalan Arsenal. Tomasz Rosicky yang diberi tugas untuk memikul tanggungjawab yang sering dilakukan Fabregas memperlihatkan persembahan yang ala kadar sahaja. Rosicky sekarang tidak sama seperti Rosicky yang dulu terutama sekali selepas berehat panjang akibat kecederaan. Malah jika dibandingkan dengan Jack Wilshere, pemain muda itu dilihat lebih menyerlah dari beliau.

Bercakap tentang Wilshere, keputusan semalam adalah sangat kejam terhadap beliau. Kita dapat lihat bahawa Wilshere bermain dengan sepenuh hati dan benar-benar inginkan kemenangan lebih dari segala-galanya. Menjadi juara pada umur 19 tahun adalah pencapaian yang pasti sangat membanggakan. Namun apa boleh buat, nasib tidak menyebelahi beliau. Tangisan sejurus tamat perlawanan menggambarkan semuanya. Semoga pengalaman pahit tewas diperlawanan akhir ini menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya bukan sahaja buat beliau, tapi kepada setiap pemain juga.

Berkenaan perlawanan ini aku malas nak ulas lebih. Kita bukan kalah kerana Birmingham lebih hebat tapi kerana kesilapan sendiri yang mengundang padah. Gol pertama hadir akibat salah faham antara Sagna dengan Wilshere. Gol kedua pula hadir akibat salah faham antara Szczesny dan Koscielny pada minit-minit akhir. Arsenal sebenarnya sangat mampu untuk mengalahkan Birmingham, oleh itu boleh juga kita anggap yang Arsenal tewas ditangan sendiri.

Tiada guna kita menyalahkan individu tertentu terutama sekali yang jelasnya Koscielny. Tidak adil jika kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak cukup bagus untuk Arsenal. Seperti yang kita lihat dua minggu lepas beliau berjaya mengawal Messi dengan baik sekali. Mungkin pengalaman yang kurang juga menjadi penyebab kesilapan sebegitu berlaku. Aku menggangap kejadian semalam adalah sekadar nasib tidak baik buat Koscielny kerana pemain yang berpengalaman luas juga tidak mustahil akan melakukan kesilapan yang sama.

Kekalahan kali ini sudah pasti sangat memeritkan buat pemain dan penyokong. Tidak dinafikan ianya akan memberikan kesan yang mendalam terhadap setiap pemain maka mereka harus lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan berjuang untuk tiga lagi kejuaraan. 

Tagged: ,

8 comments:

  1. tension juga kalah sebab kesilapan sendiri dan bahagian pertahanan Arsenal kena improve, then satu keeper diaorang not bad, bangkitlah untuk perlawanan seterusnya

    ReplyDelete
  2. defend arsenal still nervous dalam perlawanan penting.. still lg benda sama - ketahanan mental!

    ReplyDelete
  3. macam mne arsenalno4???..,,Arsenal nk buat rekod ape plak...Erm...nk buat rekod tanpa trofi ke??..,,ingat bai 6 tahun tanpa trofi..mcm mne dengan polisi wenger sekarang..,,..peminat masih percaya pada wenger lagi..,,??

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. lol.. ko tanya aku buat pe, aku bukan manager. bg aku kalah hari tu sbb xde luck, bkn sbb main x bagus. yesss, aku masih percaya pd wenger. penyokong lain tu aku xtau lak.. hak masing2.. liverpool tukar2 manager pn dah 5 tahun xde piala. polisi wenger tu dia buat sejajar dgn situasi ekonomi arsenal. ko igt arsenal byk duit ke? baru2 dah isytihar rugi 2 juta. sebelum ni dpt survive sbb untung jual player. wenger bkn takat manage strategi, tp dia manage duit arsenal sekali. tak mcm ferguson ngan anceloti, duit owner yg manage. kalau ferguson, anceloti atau sape2 yg pegang blm tentu bleh survive. pasal game ni biarlah, benda dah lepas. belajar let go dan move on..

    ReplyDelete
  6. bro..arsenal mcm tu patut ada kewangan yg kukuh klu nk bersaing dengan Chelsea dan MU..Arsenal bukan kelab lemah..Arsenal kelab besar...,,.dia isytihar rugi tu sbb tak dpt trofi...sbb tu rugi..,,..duit yg arsenal jual player Adebayor dan kolo thore tu belum abis gune...kenapa Wenger tak gunekan duit tu utk beli player.Aku memang tak setuju wenger tu amik pemain2 muda je..,,mne boleh beli pemain2 muda terus..,,ini gile.mne ade kelab beli pemain2 muda je.

    ReplyDelete
  7. mmg kewangan arsenal tak kukuh. masalah sebenar kewangan arsenal adalah disebabkan bebanan hutang dari pembinaan stadium emirates. oleh sebab tu wenger perlu berhati-hati beli player. dan mmg tak dinafikan kalau dpt trofi atleast sedikit sbyk dapat tambah income arsenal.

    ReplyDelete
  8. sebab tu la aku ckp Arsenal kene ade kewangan yg kukuh,,,...adoyai..,,,
    saham arsenal patut dijual pada owner yg lebih kaya supaya hutang2 Stadium Emirates dtp dilangsaikan dgn segera..,,

    ReplyDelete