Saturday, January 29, 2011

Arsene Wenger telah mengesahkan dalam sidang akhbar hari ini bahawa Szczesny adalah penjaga gol utama Arsenal buat masa sekarang namun mencabar Manuel Almunia yang kembali pulih dari kecederaan supaya merebut kembali tempat tersebut.

Szczesny dikatakan mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi lagenda setandin Seaman
Almunia tidak bermain sejak penghujung September lepas selepas mengalami kecederaan dibahagian siku ketika cuba menyelamatkan sepakan penalti West Brom dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 2-3 ditempat sendiri. Beliau kemudian mengalami kecederaan pergelangan kaki yang berlarutan.

Ketika ketiadaan Almunia, Lukasz Fabianski menggalas tugas dengan baik namun kini sedang mengalami kecederaan bahu dan kemudian Wojciech Szczesny menggunakan peluang yang ada dengan baik sekali dan mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika mengawal gawang Arsenal.

Walaupun mengakui memang ada beberapa kelab di Sepanyol dan Turki yang berminat untuk dapatkan khidmat Almunia pada perpindahan Januari ini, Wenger masih mahu mengekalkan penjaga gol berusia 33 tahun itu dan mencabar supaya berjuang untuk dapatkan kembali tempat beliau.

Wenger dipetik berkata:
At the moment Wojciech is No1. He has done nothing for me to take him out, but I can rotate the goalkeepers. In the cups I play sometimes different goalkeepers as well. Manuel is under contract and as long as he is at the club we are happy to have him. I like him as a man and as a player and I have shown that in my decisions. I am happy that he is here.

Pada pendapat aku, Almunia adalah seorang penjaga gol yang baik namun tidak tergolong dalam kategori yang hebat sehingga boleh dianggap lagenda seperti David Seaman dan Jens Lehmann. Namun ada baik juga jika kita dapat kekalkan penjaga gol berpengalaman ini sebagai back up kepada Fabianski dan Szczesny. Ianya akan mencipta saingan yang sihat antara mereka supaya masing-masing tidak berada dalam zon selesa.

Cabaran Wenger untuk berjuang dapatkan tempat tu bagi aku sebagai taktik untuk buatkan Almunia masih ada hati untuk terus menyarung jersi Arsenal. Seperti yang kita semua dapat lihat, setiap minggu kedua-dua penjaga gol muda dari Poland ni beraksi dengan cemerlang dan tambah berkeyakinan pada setiap perlawanan. Mana mungkin mereka akan terlepas dari kesebelasan utama melainkan mengalami kecederaan ataupun prestasi mereka tiba-tiba jatuh merundum.

Laporan: The Sun UK

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment