Tuesday, January 18, 2011

Thomas Vermaelen akan menjalani pembedahan pada buku lali akibat daripada kecederaan di bahagian achilles tendon dan akan terlepas daripada beraksi dalam kedua-dua pusingan Liga Juara-juara Eropah menentang Barcelona pada Februari dan awal Mac ini. Beliau mengakui sedang menuju ke Sweden’s Umea Hospital untuk dibedah oleh pakar bedah tempatan, Hakan Alfredson hari ini.

Kelibat Vermaelen sangat diperlukan untuk memimpin barisan pertahanan Arsenal
Walaupun Alfredson yang juga melakukan pembedahan keatas Zlatan Ibrahimovic sebelum ini, memberi jaminan bahawa akan menamatkan masalah kecederaan yang dialami Vermaelen sejak September, bekas ketua pasukan Ajax ini terpaksa berehat sekurang-kurangnya lima minggu lagi selepas pembedahan.

Menurut Vermaelen, beliau sudah tiga kali cuba kembali dari kecederaan tetapi kesakitan yang dialami beliau semakin bertambah pada setiap kali percubaan tersebut. Pemain yang dibeli dengan harga £10 juta ini sedar beliau mengalami masalah pada September lalu ketika persiapan mewakili Belgium menentang Jerman dan Turki. Selepas selesai menentang Turki, kesakitan yang beliau dialami bertambah teruk lagi dan tidak dapat beraksi hingga kini.

Bahagian kecederaan yang dialami Vermaelen
Persoalan sekarang mampukah Djourou dan Koscielny/Squillaci bertahan dengan baik dengan asakan yang bakal diterima dari Messi, Villa, Pedro dan lain-lain? Mampukah juga mereka kekal dari mengalami sebarang kecederaan? Wenger perlu cepat buat keputusan untuk dapatkan pemain pertahanan yang baru. Walaupun beliau akan dibebani dengan masalah lambakan pemain pertahanan jika semua kekal cergas, namun lebih parah lagi jika Arsenal kekurangan pemain pertahanan berkaliber.

Laporan: Daily Mail

Tagged:

4 comments:

  1. semoga pertahanan Arsenal mantap, risau juga ngan djourou

    ReplyDelete
  2. ak rse wenger tgh dok pening nk cari defend ni.. nk cari utk short term or long...nk cari plyer y leh bmain utk champion leg season ni dan y thn lasak... ak rse was2 dgn defend skrg.. ni bdasarkan nk lwn barca ni.. squlaci (kental tp stamina xlma, maklumlh dah tua)... djorou (kdg ok kdg xok..blh dlht dlm plwnn chelsea, mhalang drogba.tp dlm game lwn strusnya amat lemah dlm mhalang dan byk wat silap dgn keper sndiri)...koscielny pulak utk game lwn barca ak rse mcm xssuai... ni pndgn ak lar.. dia jns marking.. barca jns men truuu passs.. risau plyer y dia mark akan wat ruang dia terbuka.. tp pe2 pon ak harap sgt arsenal dpt beat barca taun ni.. harap sgt.. biar arsenal y org kata pmainan persis barca dpt kalahkn barca sndri dgn cara true football...

    ReplyDelete
  3. Good point view. Kalau x silap aku, wenger pernah try taktik ni masa kt monaco dlu sebelum barca pakai secara meluas. Nnt aku cari blk artikel yg berkaitan then post kt sini.

    ReplyDelete
  4. pertahanan arsenal nanti semua org perancis....korang tgk je nanti...AW mesti beli player kat negara kelahiran dia...

    ReplyDelete