Sunday, January 23, 2011

Perlawanan yang sangat bermakna buat Robin van Persie apabila berjaya melakukan hat-trick pertama beliau dalam Liga Perdana Inggeris. Jika bukan kerana persembahan luar biasa penjaga gol Wigan, Ali Al-Habsi, pasti beliau dan rakan-rakan berjaya menjaringkan lebih banyak gol lagi.

van Persie tidak tunggu lama untuk tebus kembali kekecewaan terlepas sepakan penalti
Tidak banyak dapat diperkatakan kerana setiap bahagian bermain dengan baik sekali. Walaupun tidak perlu banyak kerja keras dilakukan, barisan pertahanan tetap fokus dengan tugasan mereka bagi mengelakkan serangan balas yang membuahkan hasil buat pihak lawan malah berjaya mengekalkan clean sheet untuk kali yang ke empat.

Gandingan empat pemain dibahagian serangan terdiri daripada Nasri, Fabregas, Walcott dan van Persie atau ramai blogger yang menggelarkannya Theo Van Nasrigas meneruskan kecemerlangan merobek pertahanan lawan dan diharap menjadi tunjang utama untuk Arsenal meraih kejuaraan musim ini.

Aku rasa sangat penting buat Wenger kekalkan barisan pemain yang bermain dengan baik dan biarkan pemain yang out of form berehat dibangku simpanan sehinggalah mendapat rentak mereka seperti Arshavin, Chamakh, Denilson, Rosicky dan yang seangkatan dengannya. Ini akan memberi ruang kepada pemain yang meningkat naik seperti Walcott dan Wilshere membina momentum dalam permainan masing-masing.

Video Highlights


Tagged: , , ,

0 comment(s):

Post a Comment