Monday, January 10, 2011

Ada-ada je media buat berita sensasi ni. Lagenda kita ni sebenarnya bukan tandatangan kontrak bersama Arsenal, tapi beliau cuma sertai sesi latihan bersama budak-budak Gunners yang lain. Beliau dikatakan akan berada di North London selama lebih kurang dua minggu sebelum pulang semula ke Amerika Syarikat untuk kembali bersama New York Redbulls.

Sewaktu pertama kali diperkenalkan di Highbury pada tahun 1999
Sesi latihan telah bermula semalam dan Henry telah bersetuju untuk menyertai siri program ini sehingga 19 Januari bagi membantu beliau mengekalkan kecergasan menjelang bermulanya musim baru liga MLS. Difahamkan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris mahu mendapatkan Henry secara perjanjian pinjaman untuk beberapa minggu, namun tawaran tersebut ditolak kerana beliau hanya ingin berlatih dan Wenger dengan murah hatinya merealisasikan impian tersebut.

Bukan setakat untuk berlatih, Henry turut bercadang untuk membantu kelab yang beliau cintai ini dengan khidmat nasihat kepada barisan penyerang Arsenal selama berada di North London. Beberapa penyerang Arsenal masih memandang tinggi terhadap Henry terutama sekali Theo Walcott yang mengagumi bekas ketua pasukan ini dan beliau beberapa kali dipetik berkata tentang nasihat dan bantuan yang diterima satu ketika dulu.

Wenger pernah membenarkan pemain berpengalaman berstatus lagenda seperti Robert Pires, Sol Campbell dan David Beckham berlatih bersama Arsenal sebelum ini dan sangat percaya bahawa pemain-pemain veteran seperti ini mampu menawarkan pengalaman yang mereka ada kepada bintang muda beliau. 

Henry masih lagi bersemangat dan mengambil berat tentang Arsenal walaupun telah meninggalkan kelab kesayangan ini sejak 2007. Beliau sentiasa menghadirkan diri ke Stadium Emirates apabila terdapatnya masa lapang dan ketika kembali ke England.


Reaksi anda:

Tagged:

4 comments:

  1. hahaha... tanah tumpah darahku...arsenal.. hahha.. smua nk dok training kembali kat arsenal..bro lpe..dlu pires ada singgah jap... training... 2 smua bguna.. ak bru jer ckp kat group FB .. 'pyokong tegar Arsenal' y mnde akan mbntu pyerang kt utk mdptkn skil2, motvasi dan lain2.. tlg wenger kalo henry dah bsara amik dia jd couch...

    ReplyDelete
  2. Ye lah bro, aku lupa plak. Bukan takat pires je, sol campbell pn sama.

    ReplyDelete
  3. sebab KAt arsenal je diorg semua boleh berjaya..

    ReplyDelete