Pada umur 18 tahun, Jack Wilshere telah menyatakan hasrat beliau untuk menjadi ketua pasukan The Gunners satu hari nanti. Bintang muda England ini ingin mengikut jejak langkah Cesc Fabregas dan menjadikan pemain yang berasal dari Catalonia itu sebagai sumber inspirasi beliau untuk memenuhi cita-cita tersebut.
Bakal ketua pasukan Arsenal pada masa hadapan |
Impian Wilshere bukan hanya sekadar menjadi kapten sahaja, malah beliau sangat teruja untuk menempa nama didalam buku sejarah Arsenal dengan kejayaan diperingkat kelab mahupun negara.
Wilshere yang baru sahaja menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama Arsenal yang dianggarkan bernilai £50,000 seminggu selepas membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan England, telah berpandangan jauh seperti itu setelah mengakui bahawa Fabregas adalah hero beliau.
Pemain yang semakin mendapat tempat dalam kesebelasan utama ini dipetik berkata:
He’s great to me, always has been. He’s been there before – I think he looks at me and thinks: ‘yeah, I’ve done that’. From when I was 16 he was automatically someone to look up to, especially being the type of player I am and the position I play in. He’s a great leader and I want to be like that when I’m older. It’s always been part of my game, and that’s my aim really – to be Arsenal captain one day.
Sejak diserap ke dalam pasukan utama Arsenal pada musim 2008/09, Wilshere telah membuat penampilan sebanyak 16 kali bersama dan baru menjaringkan satu gol sahaja dimana 14 penampilan beliau adalah dari musim ini. Beliau dipetik berkata:
I guess it’s a bit of a surprise that it’s all come about so quickly. I’m 18 and playing regularly for the first team, which I know is quite something. But I was always naturally confident I could step up – it was a matter of time, I thought, and I knew I just needed to keep improving and working at my game. Even if things come naturally, you have to do that first of all. The boss has shown faith in me over the past few months and I’ve demonstrated that I can keep my head at this level.
Wilshere turut berazam untuk memperbaiki aspek defensive permainan beliau. Beliau dikatakan tidak begitu cekap ketika cuba bertahan dan cenderung melakukan kekasaran. Ini dapat dilihat ketika perlawanan menentang Birmingham apabila beliau mengasari Nikola Zigic dan dilayangkan kad merah.
Wilshere juga sedar bahawa beliau harus mengawal tingkah laku agar tidak terlepas bermain akibat dilayangkan kad merah kerana ia akan membantutkan perkembangan permainan beliau. Pemain yang boleh dikatakan mempunyai sikap panas baran ini dipetik berkata:
When I was younger I kept getting sins bins or red cards and Liam Brady would rightly have a go at me. If I got kicked then my head would go a bit, and instead at getting back at my opponent football-wise I’d retaliate straight away. But I got to 16 and thought: ‘I can’t keep doing this’. Getting sent off and missing the rest of a game just wasn’t good for my development – I knew I had to curb it.
0 comment(s):
Post a Comment