Thursday, July 29, 2010

Sakho bermain sebagai pertahanan tengah dan bek kiri di PSG
Sebuah laman web Italy, Calcio News 24, melaporkan Bayern Munich sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Paris Saint Germain, Mamadou Sakho. Namun begitu, pemain yang berusia 20 tahun ini lebih berminat untuk menyertai Arsenal jika diberikan tawaran. Ini kerana beliau dikatakan mahu merasakan cabaran bermain di Liga Perdana Inggeris. Menurut Calcio News 24, berita ini dipetik dari akhbar Peranchis, Le Parisien.

Berketurunan Senegal tetapi dilahirkan di Paris, Sakho terkenal sebagai pemain yang mempunyai tokoh kepimpinan, tidak kenal erti lelah, rajin, dan berkebolehan melakukan terjahan dengan baik. Beliau juga dipuji kerana mempunyai kualiti dari segi fizikal dan juga teknikal. Sakho sudah aktif bermain untuk pelbagai peringkat skuad kebangsaan Perancis namum masih belum dipanggil untuk beraksi pada mana-mana skuad senior kebangsaan, termasuk Senegal.

Bakambu dikatakan mempunyai larian yang pantas dan sentuhan bola yang baik
Sementara itu Tribal Football percaya Chelsea, Man United dan Arsenal menghantar wakil masing-masing untuk memerhatikan Cedric Bakambu pada perlawanan antara England menentang France beberapa hari yang lalu dalam kejohanan Euro bawah 19 tahun. Penyerang Perancis tersebut berusia 18 tahun dan bermain untuk kelab Sochaux.

Berdasarkan barisan penyerang yang mencukupi, Arsenal berkemungkinan hanya sekadar memerhatikan perkembangan penyerang ini untuk masa hadapan. Seperti yang kita semua tahu, buat masa ini Arsene Wenger lebih mengutamakan pembelian pemain dibarisan pertahanan dan juga penjaga gol bagi memantapkan skuad the Gunners untuk bersaing musim hadapan.


Tagged:

2 comments:

  1. This blog was... how do you say it? Relevant!
    ! Finally I have found something which helped me.
    Thanks a lot!
    my site > transfer news man utd

    ReplyDelete
  2. Very soon this web page will be famous amid all blogging and site-building visitors, due to it's nice articles
    Stop by my site :: football transfer rumours man utd

    ReplyDelete