Impian Laurent Koscielny untuk mewakili pasukan kebangsaan Perancis di peringkat antarabangsa akhirnya tercapai apabila beliau diberi peluang membuat penampilan pertama dalam perlawanan persahabatan menentang USA pada Sabtu lepas.
Tahun lepas beliau masih dalam dilema untuk membuat pilihan samada mahu mewakili Poland, asal keturunan beliau ataupun Perancis. Pada waktu itu, Poland sudah memanggil Koscielny untuk mewakili mereka, namun beliau memilih untuk menunggu panggilan dari Perancis.
Sebenarnya Koscielny pertama kali dipanggil oleh Perancis pada 3 Februari 2011 untuk perlawanan persahabatan menentang Brazil tetapi beliau lansung tidak diturunkan. Kemudian pada 25 Ogos sekali lagi Koscielny dipanggil dan masih beliau tidak juga dapat beraksi.
Mungkin setelah satu musim bersama Arsenal dan peningkatan demi peningkatan dalam persembahan Koscielny yang membuka peluang buat beliau untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis. Diharap Koscielny dapat menjadi pemain yang lebih bagus lagi setelah dapat menimba pengalaman diperingkat antarabangsa.
0 comment(s):
Post a Comment