Showing posts with label Pra Musim. Show all posts
Showing posts with label Pra Musim. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Perlawanan persahabatan dengan Legia Warsaw adalah acara tahunan yang anjurkan bagi memanaskan badan sebelum bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris. Ia adalah perjanjian yang termasuk dalam kontrak semasa pembelian Lukasz Fabianski lebih kurang 3 musim lepas.

Kesebelasan utama

Fabianski
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Clichy
Frimpong
Wilshere - Nasri
Walcott - Chamakh - Rosicky

Sub: Szsczeny, Gibbs, Nordtveid, Eboue, Lansbury, JET, Vela

Arsenal bermula dengan goyah apabila ketinggalan 3 - 0 dalam masa awal 37 minit separuh masa pertama. Sekali lagi Fabianski melakukan kesalahan bodoh apabila percubaannya untuk menyelamatkan bola lintang hasil dari sepakan sudut pasukan lawan tidak menjadi. Sebelum tamat separuh masa pertama, Chamakh merapatkan jurang gol apabila hantaran lintang Nasri berjaya ditanduk masuk ke dalam gawang lawan menjadikan kedudukan 3 - 1.

Pada separuh masa kedua, Szsczeny, Eboue, Gibbs, Vela masuk menggantikan Fabianski, Walcott, Rosicky dan Frimpong. Ternyata kemasukan pemain-pemain ini membuahkan hasil apabila Eboue mencuri perhatian dengan menjaringkan 2 gol sementara Gibbs, JET dan Nasri 1 gol serta 1 assist dari Vela. Legia Warsaw juga tidak ketinggalan menjaringkan 2 lagi gol pada separuh masa kedua dengan perlawanan berkesudahan Legia Warsaw 5 Arsenal 6.

Arsene Wenger harus mencari jalan penyelesaian dengan segera berikutan persembahan barisan pertahanan yang lansung tidak meyakinkan. Sebelum perlawanan pembukaan tirai di Anfield nanti, Arsenal seharusnya sudah ada penjaga gol yang baru. Jika Fabianski masih lagi diturunkan dan ditambah pula dengan aksi pertahanan yang teruk sebegini, tidak mustahil kita akan bolos lebih dari 4 gol seperti dua musim lepas. Wenger perlu meneliti masalah ini dengan baik dan memperbaiki kelemahan pertahanan dengan segera.

Legia 1 - 0 Arsenal




Legia 2 - 0 Arsenal (Kebodohan Fabianski)




Legia 3 - 0 Arsenal




Legia 3 - 1 Arsenal (Chamakh)




Legia 3 - 2 Arsenal (Eboue)




Legia 3 - 3 Arsenal (Eboue)




Legia 3 - 4 Arsenal (Gibbs)




Legia 4 - 4 Arsenal




Legia 4 - 5 Arsenal (JET)




Legia 4 - 6 Arsenal (Nasri)




Legia 5 - 6 Arsenal



Wednesday, July 28, 2010

Pada perlawanan persahabatan menentang SC Neusiedl awal pagi tadi menyaksikan the Gunners dengan mudah menundukkan kelab Austria tersebut 4-0. Manuel Almunia diturunkan buat pertama kali pada perlawanan pra musim ini serta diberi tugas sebagai ketua pasukan.  Turut diturunkan pada separuh masa pertama adalah Nordveidt, Koscielny, Djourou, Gibbs, Nasri, Frimpong, Wilshere, Arshavin, Walcott dan Jay Emmanuel Thomas (JET).

Almunia
Nordveidt - Djouru - Koscielny - Gibbs
Frimpong
Nasri - Wilshere
Walcott - JET - Arshavin

Arsenal membuka tirai jaringan melalui Theo Walcott pada minit ke-28 hasil hantaran Samir Nasri. Tidak lama kemudian Johan Djourou terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Thomas Vermaelen. Selang dua minit JET menjadikan kedudukan 2-0 hasil hantaran Keiran Gibbs pada minit ke-30. 

Pada separuh masa kedua giliran Chamakh, Eboue, Sagna, Vela dan Manonne pula diberi peluang untuk beraksi. Pada minit ke-51, Arsenal dihadiahkan sepakan penalti dan Chamakh dengan mudah menjadikan kedudukan 3-0 untuk gol pertamanya mewakili Arsenal. Gol terakhir perlawanan dijaringkan oleh Carlos Vela yang membuat sepakan lambungan melepasi penjaga gol lawan hasil hantaran Samir Nasri pada minit ke-65. SC Neusiedl berpeluang untuk menjaringkan gol sagu hati selepas dihadiakan sepakan penalti selang dua minit kemudian namun ianya berjaya diselamatkan oleh Vito Mannone.

Rumusan perlawanan:
  • Masalah pertahanan Arsenal amat membimbangkan kerana Djourou yang baru pulih, kembali cedera. Walaupun ianya tidak serius, tetapi kita sudah nampak kecenderungan beliau untuk cedera sangat tinggi.
  • Kombinasi Nasri dan Wilshere kelihatan menjadi dimana mereka dilihat mengawal bahagian tengah padang dengan baik sekali.
  • Wilshere juga dilihat membuat larian-larian pantas yang dengan mudah merobek pertahanan lawan. 
  • Emmanuel Frimpong yang sebelum ini dilabel the next Essien menggalas tugas sebagai defensive midfielder dengan baik sekali. 
  • Turut tidak ketinggalan JET yang berbadan sasa membuktikan beliau juga boleh menjaringkan gol.
Disini aku muatkan highlights untuk perlawanan pagi tadi. Namun begitu, kualiti video adalah tidak memuaskan.