Showing posts with label Highlights. Show all posts
Showing posts with label Highlights. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Friday, December 23, 2011


Sunday, December 11, 2011


Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011


Thursday, November 24, 2011


Monday, November 21, 2011

Sunday, November 6, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Thursday, March 3, 2011


Klik sini kalau player tak load.

Thursday, February 24, 2011

Kemenangan pagi tadi menjadikan perbezaan mata dengan Man Utd hanya tinggal satu mata sahaja lagi. Walaupun mereka masih kekurangan satu perlawanan namun kejayaan kita ini pastinya memberikan tekanan kepada pendahulu liga ini lebih-lebih lagi apabila menentang Wigan, Chelsea dan Liverpool dimana ketiga-tiganya dilansung ditempat lawan.

No 18 yang lebih bagus dari Cygan ataupun Sylvester
Secara positifnya, tiga mata ini sangatlah berharga disamping kita dapat lihat Sebastien Squillaci membuktikan bahawa beliau masih lagi mempunyai kualiti permainan yang baik untuk terus menyarung jersi Arsenal. Selain menjaringkan gol tunggal perlawanan, beliau juga bertahan dengan cemerlang dengan mematahkan serangan berbahaya Stoke yang banyak dicipta melalui set-piece. Kekentalan barisan pertahanan ini juga pastinya dibantu dengan adanya kelibat Johan Djourou yang sentiasa tidak mengecewakan. Tidak dinafikan beliau menjadi pemain pertahanan yang berpengaruh musim ini sejak ketiadaan Thomas Vermaelen.

Apa yang negatifnya, dua pemain utama kita iaitu Theo Walcott dan Cesc Fabregas mengalami kecederaan pada perlawanan ini. Walcott yang pergelangan kaki terkehel sudah disahkan akan terlepas dari beraksi pada perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham Ahad ini. Sementara Fabregas pula mengalami masalah hamstring. Walaupun masih belum disahkan oleh Wenger berikutan perlu jalani pemeriksaan lanjut, dari apa yang diperhatikan ianya nampak serius. Kebiasaannya kecederaan hamstring akan mengambil masa 2 atau 3 minggu untuk pulih dan bermakna beliau akan terlepas perlawanan akhir Piala Carling dan menentang Barcelona.

Risau akan kecederaan yang dialami, Fabregas meluahkan kekecewaan pada akaun twitter beliau:
I dont know if ill make sunday or no, but all i know is that from this moment to sunday 16'30 i wont sleep if its necessary. Ive waited too long to captain a final for arsenal and i wont give up till the last second.

Berdasarkan apa yang beliau luahkan, ternyata sekali ketua pasukan kita ini sangat komited pada Arsenal dan sangat menyedihkan apabila beliau berkemungkinan besar terlepas dari beraksi. Sudah pastinya ketiadaan Fabregas sedikit sebanyak memberi kesan pada permainan Arsenal, terutama sekali kreativiti untuk mencipta peluang. Menurut statistik dari Orbinho, sejak musim lepas 68% dari kemenangan yang Arsenal perolehi adalah apabila Fabregas diturunkan berbanding hanya 44% apabila beliau tidak beraksi.

Video Highlights


Separuh masa pertama


Separuh masa kedua


Monday, February 21, 2011

Aku tak tengok perlawanan semalam. Video highlights yang aku post ni pun aku tak tengok lagi sebab UiTM block untuk tengok video. Maka tak banyak la yang dapat aku ulaskan. Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan ni bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini berdasarkan barisan pemain yang diturunkan oleh Wenger. Beliau seperti memberi peluang kepada pemain yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk membuktikan kepada beliau bahawa mereka tidak sepatutnya memanaskan bangku simpanan.

Barisan pemain yang diturunkan rata-rata terdiri dari pemain yang 'out of form', baru pulih dari kecederaan dan seorang pemain muda untuk diberikan pengalaman bermain. Hanya Alex Song dan Bacary Sagna sahaja merupakan pemain utama diturunkan. Jadi tidak hairanlah persembahan mereka tidak begitu meyakinkan kerana masih belum cukup persefahaman seperti yang dipamerkan barisan pemain utama Arsenal. Namun begitu set pemain ini seharusnya melakukan yang lebih baik dari apa yang mereka sudah pamerkan kerana berdasarkan keputusan semalam inya masih belum cukup bagus. Perlawanan ulangan akan dilansungkan bulan hadapan.

Klik sini jika player tak boleh load

Thursday, February 17, 2011

Bangganya aku menjadi seorang Gooner apabila pasukan kita berjaya menewaskan pasukan yang dikatakan terhebat didunia ini. Bertandang ke kedai mamak dengan perasaan bercampur baur antara rasa teruja, gementar, seronok dan macam-macam lagi. Walaupun inginkan kemenangan untuk pasukan yang diminati, secara realitinya Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain yang  kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan Barcelona. Sebarang keputusan melainkan tewas adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Arshavin melengkapkan malam bersejarah buat Arsenal
Barisan yang diketui Cesc Fabregas ini memulakan perlawanan dengan baik apabila nampak garang mengatur serangan. Seperti yang dijangkakan, Theo Walcott menjadi ancaman utama buat Barcelona tambahan pula dengan ketiadaan Carles Puyol, beliau dengan mudah menggentel bola sehingga kedalam kotak penalti pasukan dari Catalonia tersebut. Banyak peluang keemasan hadir namun gagal disudahi dengan baik, terutama sekali dari Robin van Persie.

Segalanya berubah apabila David Villa membuka jaringan pada minit ke-26. Sejak dari itu, rentak permainan mula dikuasai oleh Barcelona. Mereka juga mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan namun kekentalan Djourou dan Koscielny serta ketangkasan Szczesny berjaya mengekang serangan Messi dan rakan-rakan. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Poland itu apabila tidak gugup pada penampilan pertama Liga Juara-juara Eropah, malah bertindak dengan sangat cemerlang.

Masuk separuh masa kedua, terdapat sedikit peningkatan apabila Arsenal dapat mengawal bola lebih lama sedikit berbanding sebelumnya. Walaupun begitu barisan serangan yang diterajui van Persie masih lagi tumpul.  Rembatan yang dilakukan beliau banyak yang melalut, van Persie sepatutnya lebih tenang agar dapat mengajukan rembatan yang tepat ke sasaran. Aku hampir putus harapan dengan penyerang Belanda ni.

Barcelona masih lagi banyak menguasai permainan dan jarang melepaskan kawalan bola namun setiap serangan berjaya dikekang barisan pertahanan Arsenal. Pada minit ke-68, Guardiola mengeluarkan Villa dan digantikan oleh Seydou Keita untuk berganding dengan Sergio Busquets sebagai perisai untuk barisan pertahanan mereka. Sementara Arsenal mengubah taktik kepada lebih menyerang dengan mengeluarkan Alex Song yang banyak melakukan kekasaran dan diganti oleh Andrey Arshavin.

van Persie memeluk 'bapak' beliau setelah berjaya menyamakan kedudukan
Kepercayaan yang diberi Arsene Wenger kepada van Persie mula membuahkan hasil apabila beliau berjaya melepaskan rembatan pada sudut sukar yang menembusi gawang Barcelona. Sangkaan Victor Valdes bahawa van Persie akan membuat hantaran kepada rakan meleset dimana beliau kelihatan hanya mampu terkangkang menyaksikan bola melepasi pintu gol.

Sejak itu, Arsenal mula merasakan momentum untuk menundukkan pasukan terhebat didunia tersebut. Keputusan Wenger mengeluarkan Walcott juga berkesan walaupun bintang England itu dilihat beraksi dengan baik. Ini adalah salah satu percaturan Wenger apabila Nasri mengambil tempat Walcott dan Arshavin menyerang dari arah kiri. Kedua-dua pemain ini memainkan peranan untuk gol kedua apabila Nasri bijak mencari Arshavin yang membuat penyudahan dengan tenang dan berkeyakinan.

Arshavin sudah kembali!
Kesimpulannya, telah terbukti bahawa Barcelona tidak mustahil untuk dikalahkan. Hanya tinggal satu lagi cabaran besar untuk kita di Camp Nou nanti. Namun, tidak mustahil juga sekali lagi kita berjaya menewaskan mereka disana. Perlu diingat, musim lepas kita bertandang kesana tanpa van Persie, Fabregas, Arshavin dan Gallas. Musim ini pemain-pemain utama dapat beraksi ditambah pula dengan kemunculan Jack Wilshere yang semakin mantap pemainannya. Selain itu, Thomas Vermaelen juga dijangkakan sudah mula pulih diwaktu itu sementara Gerard Pique pula digantung perlawanan. Marilah berharap tiada kecederaan kepada pemain-pemain utama nanti.

Sebagai fans Arsenal, kita berhak untuk meraikan dan berbangga dengan kemenangan ini kerana Barcelona bukan calang-calang pasukan malah dilabel pasukan terbaik dunia. Letak ketepi dulu pusingan kedua dan nikmatilah rasa bangga ini. Pedulikan kata-kata fans lain pada kita, jangan dihiraukan mereka. Haha.

Jack Wilshere. Aku dapat rasakan nama ini juga akan menjadi hero Arsenal sama seperti bagaimana Cesc Fabregas mendapat tempat pada hati peminat Arsenal yang lain. Beliau adalah pemain yang paling menyerlah selain dari Theo Walcott pada perlawanan pagi tadi apabila sentiasa melakukan hantaran-hantaran tepat dan terlibat dalam memulakan serangan dari bawah. Sesungguhnya perkembangan bintang muda ini sangat menarik untuk diikuti.

Video Highlights
Kalau ada problem untuk load player, sila klik sini


Sunday, February 13, 2011

Sekali lagi aku tak dapat tengok match Arsenal disebabkan tuan kedai yang aku pergi tu penyokong Liverpool. Padan muka dia Liverpool seri dengan Wigan. Dari highlights yang aku tengok kemudiannya, Arsenal banyak mencipta peluang namun gagal menyempurnakannya dengan baik ditambah pula dengan penjaga gol Wolves yang bermain agak cemerlang. Mungkin juga beliau bernasib baik.

Gandingan mantap yang menghasilkan gol pertama
Sememangnya ini adalah satu petanda yang baik namun kita mungkin tidak dapat mencipta peluang sebanyak ini ketika menentang Barcelona pada Rabu ini maka setiap peluang yang ada haruslah disempurnakan dengan baik. Apa-apa pun itu cerita minggu depan. Kemenangan semalam juga adalah sesuatu yang positif apabila pemain pasukan kita tidak terus dibelenggu dengan kekecewaan minggu lepas seperti yang dirisaukan oleh Wenger dan ianya juga pastinya mencipta momentum untuk perlawanan menentang Barcelona kelak.

Walaupun van Persie yang menjaringkan gol untuk kemenangan semalam, Arsene Wenger lebih teruja dengan persembahan Jack Wilshere yang banyak mengatur serangan dari bahagian tengah. Wenger seakan-akan memberi pembayang bahawa seorang lagi midfield meastro akan muncul apabila menyamakan perkembangan awal bintang muda England itu tidak ubah seperti Fabregas pada awal karier penerima medal Euro dan World Cup itu.

Beliau dipetik memuji Wilshere dengan berkata:
Jack is a talented player who can defend and attack. He had a very good game. He defends well, he attacks well, he creates, he has assists. He is a very confident lad but he has not scored yet. Cesc (Fabregas) was like that for a while. I believe he will score soon because he looks very close. He has a hesitation sometimes to shoot and chooses to always give the ball. When he is a bit more confident he will score goals.

van Persie raikan gol dengan gaya yang dipinta anak beliau Shaqueel 
Sembilan gol sejak mulanya Januari menjadi bukti bahawa van Persie merupakan penyerang yang berbisa apabila beliau cergas sepenuhnya. Marilah kita berharap agar van Persie bebas dari masalah kecederaan kerana kita perlukan kelibat beliau untuk terus jaringkan gol jika mahu menamatkan kemarau piala selama ini. Kepada Bendtner dan Chamakh, sila belajar cara-cara untuk jadi penyerang yang hebat dari abang Persie ni.

Video Highlights


Tuesday, February 8, 2011

Perlawanan professional pertama buat Miyaichi
Pengurus Feyenoord, Mario Been dan ketua pasukan, Ron Vlaar memuji Ryo Miyaichi setelah beliau mempamerkan aksi yang memberansangkan ketika penampilan pertama menentang Vitesse Arnhem pada Ahad lepas. Berikutan itu pemain sayap ini berjaya beraksi sehingga 90 minit di Stadium Gelredome. Miyaichi telah diberi jersi nombor 34 oleh Feyenoord.

Miyaichi hanya mendapat pelepasan untuk bermain di luar negara oleh FA Jepun pada Khamis lepas terus diturunkan untuk perlawanan liga Eredivisie menentang Vitesse yang berkesudahan seri 1-1. Walaupun hanya pernah bermain dalam perlawanan peringkat universiti di Jepun sahaja, Miyaichi sentiasa berbahaya dibahagian sayap. Beliau ditugaskan dibahagian sayap kiri, namun kadang-kala bertukar dibahagian sayap kanan dalam melakukan serangan.

Diambil dari: YoungGunsBlog


Monday, February 7, 2011

Arsenal sekali lagi buat onar apabila gagal mempertahankan kedudukan selesa pada separuh masa pertama. Buat kali kedua musim ini kita dapat disajikan dengan permainan yang cantik dan memberansangkan pada separuh masa pertama namun semuanya berubah secara mendadak pada separuh masa kedua. Walaupun situasi sedikit berbeza, namun pengalaman dan pengajaran ketika tewas 2-3 ditangan Spurs seperti sudah dilupakan.

Separuh masa pertama yang sangat menceriakan, separuh masa kedua?
Tidak dinafikan jelas sekali beberapa keputusan pengadil perlawanan, Phil Dowd yang memang banyak rekod buruk mengadili perlawanan Arsenal adalah salah satu faktor kita gagal mendapat tiga mata penuh. Disamping tindakan tidak bijak Abou Diaby, semua ini berlaku adalah berpunca dari pasukan kita sendiri. Ketahanan mental yang tidak kuat sekali lagi memusnahkan segalanya.

Aku mulakan dengan mutu pengadilan Phil Dowd dulu. Sebenarnya dari separuh masa pertama lagi dah boleh nampak macam mana bangangnya keputusan Phil Dowd ni. Joey Barton buat terjahan bahaya terhadap Arshavin, beliau tak kasi foul apakan lagi kad. Melihatkan Dowd tak buat apa-apa, Diaby cuba menjadi seperti Vieira dengan menerjah kembali Barton dan Dowd tiba-tiba jadi adil kasi sepakan percuma buat Newcastle.

Separuh masa kedua, Barton sekali lagi membuat terjahan berbahaya terhadap Diaby yang sangat sensitif apabila diperlakukan begitu kerana karier beliau menjadi hambar akibat dibelenggu masalah kecederaan. Barton seakan-akan dengan sengaja menjadikan Diaby sebagai sasaran dan ianya membuahkan hasil apabila Diaby menarik leher beliau. Kad merah memang keputusan yang tepat dari Dowd.

Namun apabila leher Szczesny pula ditarik Nolan, tiada kad merah dilayangkan dan sebaliknya Szczesny diberikan kad kuning. Szczesny tidak melambat-lambatkan permainan malah ianya sepak mula untuk Arsenal. Phil Dowd melengkapkan lagi kebangangan beliau apabila menghadiahkan sepakan penalti kedua yang tidak sepatutnya diberikan kepada Newcastle.

Sememangnya mudah untuk menyalahkan pengadil atas kegagalan Arsenal mendapat tiga mata penuh namun lebih baik kita lihat pada pasukan kita sendiri. Tidak dinafikan bermain dengan sepuluh orang adalah agak sukar namun tidak sepatutnya ianya terus merubah mutu permainan secara drastik. Bahagian tengah lansung tidak hidup malah Newcastle sewenang-wenangnya mengganas dan mengawal permainan.

Arsenal sepatutnya lebih tenang dan sekurang-kurangnya kelebihan empat gol sudah cukup membuatkan kita bermain dengan baik dan berkeyakinan. Sebaliknya berlaku, butang panik ditekan dan segala-galanya berubah secara serta merta.

Walaubagaimanapun, keadaan tidak seteruk mana apabila Man Utd akhirnya tewas juga untuk musim ini. Rekod 49 perlawanan tanpa kali masih menjadi kebanggaan kita semua.

Video Highlights

Thursday, February 3, 2011

Gambaran semangat berpasukan tinggi dalam skuad Arsenal ketika ini
Macam biasa, game yang aku tak tengok aku akan buat ulasan pendek dan disertai dengan video highlights sahaja. Apa-apa pun tahniah buat Arshavin yang akhirnya berjaya menjaringkan gol buat Arsenal sejak sekian lama. Mungkinkah Arshavin sudah dapat kembali sentuhan beliau dan akan terus cemerlang pada perlawanan-perlawanan seterusnya? Apa yang diharapkan kini agar gol tersebut dapat mengembalikan keyakinan Arshavin.

Sementara itu Koscielny sekali lagi berjaya menanduk bola kedalam gol lawan menerusi sepakan penjuru. Ini boleh dikatakan sebagai pentanda yang mana Koscielny kini dilihat semakin dapat menyesuaikan diri dengan permainan di Liga Perdana Inggeris kerana bukan sahaja dapat bertahan dengan baik malah sentiasa berbahaya dalam kotak penalti lawan.


Wednesday, January 26, 2011

Aku tak tengok game pagi tadi so layan je lah video highlights kat bawah ni.



Sunday, January 23, 2011

Perlawanan yang sangat bermakna buat Robin van Persie apabila berjaya melakukan hat-trick pertama beliau dalam Liga Perdana Inggeris. Jika bukan kerana persembahan luar biasa penjaga gol Wigan, Ali Al-Habsi, pasti beliau dan rakan-rakan berjaya menjaringkan lebih banyak gol lagi.

van Persie tidak tunggu lama untuk tebus kembali kekecewaan terlepas sepakan penalti
Tidak banyak dapat diperkatakan kerana setiap bahagian bermain dengan baik sekali. Walaupun tidak perlu banyak kerja keras dilakukan, barisan pertahanan tetap fokus dengan tugasan mereka bagi mengelakkan serangan balas yang membuahkan hasil buat pihak lawan malah berjaya mengekalkan clean sheet untuk kali yang ke empat.

Gandingan empat pemain dibahagian serangan terdiri daripada Nasri, Fabregas, Walcott dan van Persie atau ramai blogger yang menggelarkannya Theo Van Nasrigas meneruskan kecemerlangan merobek pertahanan lawan dan diharap menjadi tunjang utama untuk Arsenal meraih kejuaraan musim ini.

Aku rasa sangat penting buat Wenger kekalkan barisan pemain yang bermain dengan baik dan biarkan pemain yang out of form berehat dibangku simpanan sehinggalah mendapat rentak mereka seperti Arshavin, Chamakh, Denilson, Rosicky dan yang seangkatan dengannya. Ini akan memberi ruang kepada pemain yang meningkat naik seperti Walcott dan Wilshere membina momentum dalam permainan masing-masing.

Video Highlights


Monday, January 17, 2011

Agak lama aku tak update blog disebabkan outstation selama beberapa hari ni yang menyebabkan aku terlepas dua perlawanan sebelum ini. Nasib baik jugak aku tak tengok game lawan Ipswich, kalau tak mesti aku pun ikut sama emo macam fans-fans Arsenal yang lain. Kemudian game lawan West Ham kita kembali dengan persembahan yang meyakinkan. Macam dah jadi trend pulak, kalah pastu bounce back. Tapi ok lah dari jatuh tak bangun-bangun macam Liverpool. 

Walcott menyumbat gol yang ke-10 beliau untuk musim ini
Walaupun Wayne Bridge melakukan kesilapan secara hat-trick, kita harus memandang ini sebagai sesuatu yang positif kerana pasukan seperti Man Utd dan Chelsea sentiasa menghukum kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan termasuk Arsenal yang sering kali tewas akibat kesilapan sendiri.Selain itu, kita juga dapat lihat banyak kali Arsenal mensia-siakan peluang keemasan maka diharap masa hadapan kita bijak memanipulasi setiap kesilapan yang dilakukan pihak lawan. 

Apa yang menarik pada perlawanan ini sudah semestinya kita dapat lihat van Persie kembali mendapat sentuhan emas beliau. Robin van Persie bersama jentera serangan Arsenal iaitu Nasri, Fabregas dan Walcott nampak hidup dan sentiasa berbahaya. Begitu juga dengan Song dan Wilshere mantap dibahagian tengah yang mana membenarkan Fabregas bebas mengatur gerak serangan. Tidak lupa Szczesny yang turut bertindak cemerlang mengekalkan clean sheets.

Post match kali ini memang singkat sebab aku tengok highlights sahaja.

Video Highlights