Siapa individu yang melemparkan pizza ke arah pengurus Man Utd, Alex Ferguson, akhirnya didedahkan. Ianya menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak insiden 'Battle of Old Trafford II' atau 'Battle of the Buffet' ini berlaku pada tahun 2004. Dalam perlawanan tersebut Man Utd telah mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal dalam liga sehingga ke perlawanan ke-49 sahaja.
Namun misteri ini telah terungkai apabila Martin Keown mengesahkan individu yang melempar pizza tersebut adalah Cesc Fabregas yang ketika itu baru berusia 17 tahun. Sebelum ini, khabar angin sering menyatakan individu tersebut adalah Fabregas, namun tiada bukti sahih ditemui dan tiada siapa bagi pihak Arsenal yang ingin mendedahkannya. Mungkin disebabkan Fabregas bukan lagi pemain Arsenal, maka tiada apa lagi yang perlu disembunyikan.
Berikut adalah kronologi insiden didalam terowong tersebut seperti diceritakan oleh sumber dalaman:
- Bermula apabila van Nistelrooy menepuk lengan Wenger seperti memerli keputusan perlawanan memihak kepada mereka.
- Arsene Wenger kemudian naik angin, berpaling pada Alex Ferguson dan dengan suara lantang mengatakan van Nistelrooy adalah pemalas dan penipu serta mempersoalkan penerimaan Ferguson tentang penipuan dalam mendapatkan penalti.
- Pemain-pemain yang pada mulanya menikmati juadah selepas perlawanan mula mengerumuni Wenger dan Ferguson.
- Kata-kata kasar mula dihamburkan dari kedua-dua belah pihak. Pemain-pemain Man Utd memprovokasi atas kemenangan mereka.
- Makanan mula dilemparkan dari dalam bilik persalinan Arsenal ke arah Alex Ferguson.
- Kemeja dan blazer Ferguson dicemari dengan sup dan pizza tatkala Wenger masih mencemuh.
- Ferguson masih tenang dan tergelak. Ini membuatkan pihak Arsenal semakin berang.
- Pihak keselamatan Old Trafford terpaksa mengarahkan gerombolan Arsenal masuk kedalam bilik persalinan.
Sumber: The People, The Sun
hahahaha.. padan muke alex...
ReplyDeleteyeah.. dah la main tipu rooney diving
ReplyDelete