Arsene Wenger dikatakan sedang merancang untuk dapatkan empat bintang muda Barcelona iaitu Sergio Roberto, 19 tahun, Martin Montoya, 20 tahun, Marc Bartra, 20 tahun, dan Rafa Alcantara, 18 tahun. Namun begitu, Arsenal mungkin terpaksa bersaing dengan Chelsea yang turut berminat mendapatkan empat pemain tersebut.
Scout Arsenal di Sepanyol sudah memantau Alcantara, pemain tengah kelahiran Brazil dan Montoya, pemain right back, selama 18 bulan dan dijangka bersedia untuk membuat tawaran kepada kedua-dua pemain ini pada Januari depan, ataupun jika gagal, usaha akan diteruskan pada hujung musim ini.
Sergio Roberto |
Kontrak Montoya bersama Barcelona akan tamat pada penghujung musim ini dan ejen beliau, Jose Maria Orogibt menyatakan bahawa pemain itu berminat untuk berbincang mengenai perpindahan ke England. Montoya sebenarnya dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates sejak musim panas lepas lagi.
Selain itu pemain tengah, Roberto dan pemain pertahanan tengah, Bartra turut di intai oleh Arsene Wenger sebagai langkah awal untuk memastikan Arsenal mempunyai backup yang cukup kuat dimasa akan datang.
Sumber: The Star
0 comment(s):
Post a Comment