Friday, July 30, 2010

Fabregas masih mahu memenangi kejuaraan bersama Arsenal
Ketua pasukan Cesc Fabregas akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas lama berdiam diri. Beliau memberitahu sebuah majalah Sepanyol, DIR Emotions:
"Saya dari Barcelona. Saya seorang ahli kelab, bersama datuk, pakcik dan sepupu saya. Saya telah merasakan warna (biru dan merah) itu sejak kecil lagi. Saya berbangsa Catalan, Saya dari Arenys, Saya bermula melalui sistem pemain remaja Barcelona."
"Walaubagaimanapun, saya adalah ketua pasukan Arsenal. Saya adalah seorang Gunner dan disitulah (North London) yang menjadikan saya seorang pemain dan insan yang matang" 

Fabregas turut mengakui perbualan terakhir beliau dengan Arsene Wenger tempoh hari adalah saat yang paling sukar pernah beliau rasai. Beliau juga memberikan pandangan beliau terhadap Wenger.
"Dia adalah bapa kedua saya, seorang yang paling penting dalam hidup saya selepas bapa kandung saya. Dia sentiasa memberi dorongan dan menganggap saya sebagai anak. Saya adalah salah seorang dari keluarganya."
"Dia tidak mahu saya pergi. Perbualan terakhir saya dengannya di London tempoh hari adalah saat yang paling sukar untuk saya lalui. Saya rasa amat terharu."
Selain itu, Fabregas turut bercakap tentang pemain-pemain Barcelona yang secara umumnya meluahkan keinginan mereka untuk bermain bersama beliau di Nou Camp. Secara asasnya, Fabregas menerangkan mengapa mereka berbuat demikan. Fabregas nak jaga nama baik kawan-kawan beliau yang busuk perangai itu. 

Walaupun enggan mengulas lanjut tentang masa depan beliau, temubual tersebut diakhiri dengan kata-kata hikmat ketua pasukan kita iaitu:
"Saya mahu menyambung berjuang untuk setiap kejuaraan, terutama sekali Liga Juara-juara Eropah, kerana saya adalah pemenang."

Laporan asal: Mirror Football

Thursday, July 29, 2010

Hari ini aku terbaca di shoutbox Atikah dimana gunnersheart meminta pendapat fans Arsenal yang lain mengenai masalah kecederaan yang menimpa skuad the Gunners. Jadi kali ini, aku akan mengupas tentang isu ini yang semakin menjadi misteri kepada kita semua.

RVP, Bendtner dan Fabregas tidak dapat bermain di Anfield
Seperti kita semua tahu, pemain-pemain Arsenal sangat cenderung untuk tercedera sejak akhir-akhir ini. Sehingga waktu ini, tiga pemain utama disahkan tidak dapat bermain pada perlawanan pembukaan liga menentang Liverpool di Anfield. Mereka adalah Robin Van Persie, Nicklas Bendtner dan juga ketua pasukan Cesc Fabregas. Bendtner mengalami kecederaan dibahagian peha manakala Fabregas dan Van Persie tidak memiliki tahap kecergasan yang secukupnya setelah berehat panjang.

Apakah punca sebenar masalah ini berlarutan hingga ke saat ini? Adakah Arsene Wenger tidak tahu menilai pemain yang ingin dibelinya itu berkecenderungan untuk cedera? Adakah Arsenal selama ini tidak bernasib baik apabila pemainnya tercedera? Adakah pula bentuk latihan yang digunakan Arsene Wenger yang mengakibatkan kecederaan ini?

The Invincibles - kali terakhir Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris
Pernahkah anda semua terfikir, ketika era Arsenal memenangi liga dan juga beberapa piala lain, tiada pula masalah seperti ini melanda? Kesemua kesebelasan utama Arsenal sangat jarang untuk tercedera dan ini menjadikan Arsenal satu unit yang kuat. Nama-nama seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Ashley Cole, Gilberto Silva, Robert Pires, Sol Campbell dan ramai lagi jarang untuk mengalami kecederaan.

Pada ketika itu Arsenal menjadi pasukan yang digeruni oleh mana-mana pasukan lain lebih-lebih lagi pasukan yang berada di tangga tengah liga hingga ke bawah. Bak kata Edu, mentaliti pasukan lawan terus menjadi negatif apabila dijadualkan bertemu Arsenal. Namun, ini tidak bermakna pasukan Arsenal sekarang tidak lagi hebat dan digeruni, cuma pasukan ini tidak sehebat dulu.

Setelah kejayaan Arsenal memenangi silverware dari satu musim ke musim seterusnya, terdapat beberapa pasukan mendapat idea bagaimana untuk menyekat penguasaan Arsenal ini. Caranya ialah mereka perlu menyekat Arsenal bermain 'Cara Arsenal'. Taktik hantaran singkat serta bermain dengan menggunakan keupayaan teknikal masing-masing adalah 'Cara Arsenal' yang dicipta oleh Arsene Wenger.

Fabregas menunjukkan cara untuk mengajar pasukan lawan supaya tidak membuli Arsenal
Bagaimana 'Cara Arsenal' ini disekat? Mudah saja, pasukan lawan hanya perlu bermain secara fizikal. Setiap kali pemain Arsenal mendapat kawalan bola, mereka perlu mengasak dan membuat terjahan tanpa menghiraukan ianya terjahan tepat atau lambat. Bagi mereka, yang penting pemain-pemain Arsenal ini harus diasak dan diterjah. Kalau tidak, Arsenal akan menguasai permainan dengan cara mereka.

Pada pandangan pasukan lawan, apabila seseorang pemain Arsenal itu tercedera, ianya menjadi pengajaran kepada yang lain. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Eduardo dan Ramsey. Secara tidak lansung, ini sedikit sebanyak mempengaruhi mentaliti dan keyakinan pemain lain untuk bermain 'Cara Arsenal'. Akibatnya, hantaran menjadi tidak tepat dan para pemain teknikal kurang kreatif menggunakan kemahiran masing-masing.

Eduardo tidak lagi dapat beraksi dengan baik selepas kakinya patah
Sayangnya, apabila seseorang pemain itu mula mengalami kecederaan yang serius, kebarangkalian untuk cedera semula adalah sangat tinggi. Malah ianya akan turut mempengaruhi keyakinan dan mutu permainan permain terbabit. Antara contoh pemain yang mengalami situasi ini adalah Jose Antonio Reyes, Van Persie, Eduardo, Walcott, Diaby, Rosicky dan mungkin juga Ramsey suatu hari nanti.

Sebagai contoh ketika era pasukan lawan tidak mengetahui cara untuk menyekat 'Cara Arsenal', skuad Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain seperti Thierry Henry, Patrick Viera dan Robert Pires yang masing-masing secara purata bermain 50 perlawanan setiap musim. Pada masa sekarang, pemain seperti Van Persie, Rosicky dan Arshavin hanya bermain secara purata tidak lebih dari 40 perlawanan.

Nasib yang sama turut menimpa ketua pasukan Cesc Fabregas. Beliau pada peringkat awal karier bermain banyak perlawanan namun sejak dua musim lepas ianya terhad kepada 33 dan 36 perlawanan sahaja. Situasi yang sama bakal terjadi kepada pemain-pemain seperti Walcott, Nasri, Denilson, Diaby, Ramsey dan yang lain.

Antara sebab pasukan lawan secara berleluasa dapat bermain secara kasar adalah kerana pasukan Arsenal sekarang tidak mempunyai pemain yang beperwatakan agresif dan bertubuh badan sasa yang dapat melindungi pemain-pemain teknikal, pemain muda, dan pemain bertubuh badan sederhana. Arsenal juga mempunyai purata ketinggian pemain yang rendah berbanding pasukan lain.

Vieira  bertindak seperti 'Abang Long' yang melindungi rakan sepasukannya
Tidak seperti dahulu, Arsenal mempunyai pemain seperti Patrick Vieira, Emmanuel Petit, Sol Campbell dan Gilberto Silva yang sentiasa melindungi pemain-pemain lain. Mereka akan mengasak lawan kembali jika ada yang cuba membuli rakan sepasukan secara fizikal. Mengikut statistik dalam 6 dari keseluruhan 9 musim Vieira bersama Arsenal, beliau telah mengutip 51 kad kuning dan 6 kad merah.

Selain itu pihak media Inggeris turut memainkan peranan menjayakan pendekatan kasar pihak lawan terhadap Arsenal. Media Inggeris dinampak berat sebelah dalam memberi pandangan dan juga liputan terhadap skuad Arsenal yang rata-ratanya bukan pemain berbangsa Inggeris.

Ramsey turut mengalami nasib yang sama seperti Eduardo
Apabila Wenger mengeluarkan kenyataan bahawa Martin Taylor tidak patut bermain bolasepak lagi, beliau dikecam kerana terlalu mengikut emosi serta dikatakan tidak bersikap profesional. Wenger sekali lagi dikecam hebat apabila mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa keatas Ryan Shawcross. Beliau dikatakan bakal menggelapkan masa depan bintang muda England itu yang turut sama trauma dengan kejadian tersebut.

Pihak media dari media cetak sehinggalah pengulas perlawanan turut menyokong pihak lawan dengan alasan Arsenal bermain terlalu pantas sehingga timbulnya kecederaan yang tidak disengajakan. Arsenal juga dipersalahkan kerana memperkenalkan permainan yang pantas dan menarik. Seharusnya pasukan lawan perlu berusaha lebih keras memperbaiki mutu permainan mereka dan menggunakan taktik yang bijak bagi menewaskan Arsenal.

Inilah salah satu sebab pasukan kebangsaan England tidak dapat beraksi dengan baik di peringkat antarabangsa. Jika pasukan lawan yang kebanyakannya mempunyai pemain berbangsa Inggeris dapat mengatasi  pasukan campuran Arsenal dari segi mutu permainan dan teknikal, sudah pasti mereka setidak-tidaknya dapat beraksi lebih baik semasa di kejohanan Piala Dunia lepas. Ini tidak, mereka menyalahkan kelab seperti Arsenal yang tidak memberi peluang kepada pemain berbangsa Inggeris. Ada sebabnya kenapa Wenger lebih gemar membeli pemain luar. Nantilah kita bincangkan.

Reyes sentiasa disekat dari mempamerkan kemahirannya
Apa yang membimbangkan, jika keadaan ini tidak dikawal, ramai pemain yang berbakat besar dan berpotensi untuk menyinar gagal beraksi seperti yang diharapkan. Lihat saja kepada Jose Antonio Reyes dan Eduardo. Walaupun tidak mengalami kecederaan teruk seperti Eduardo, Reyes pada mulanya beraksi dengan baik dan memperlihatkan kemahiran gelecekan beliau yang menarik. Namun prestasi beliau mula menurun apabila mengalami kecederaan buku lali yang berlarutan.

Bayangkan betapa ruginya jika perkara yang sama turut terjadi kepada Aaron Ramsey. Beliau yang dilihat bakal menggantikan Cesc Fabregas suatu hari nanti, tidak diketahui sama ada boleh beraksi dengan baik lagi.

Pada pandangan aku, hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan situasi ini terus berlaku iaitu Arsene Wenger harus menukar pendekatan yang ada sekarang kepada lebih agresif dan membeli pemain-pemain yang beperwatakan seperti Vieira, Essien dan juga Gatusso. 'Cara Arsenal' tidak boleh digunakan lagi sekarang kerana ianya berjaya disekat dengan baik oleh pasukan lawan. Apa pula pendapat anda?


Oleh kerana masa semakin suntuk buat Arsene Wenger membuat pembelian pemain, maka semakin banyak lah khabar angin dari sehari ke sehari yang mengaitkan perpindahan pemain ke Stadium Emirates. Semalam sahaja terdapat tiga pemain dikaitkan dengan Arsenal. Ketiga-tiga pemain ini sebenarnya sudah dikaitkan sejak musim lepas lagi.

Serdar Tasci berusia 23 tahun
Akhbar The Sun UK melaporkan Serdar Tasci masih boleh membuat perpindahan ke Stadium Emirates dengan yuran £10 juta. Arsenal dikatakan telah berbincang dengan kelab yang di wakili Tasci, iaitu Vfb Stuttgart, namun masih belum membuat bidaan terhadap pemain pertahanan kebangsaan Germany yang berketurunan Turki tersebut. Menurut agent beliau, Uli Ferber, Serdar mengagumi bola sepak Inggeris dan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Arsenal.

Beberapa kelab di Italy dan Sepanyol turut berminat untuk dapatkan Giovico
The Sun UK juga turut melaporkan, Sebastian Giovico akan berminat untuk menyertai Arsenal yang tidak dinafikannya salah sebuah kelab terkemuka di Eropah. Luca Pasqualin, ejen Giovico, mengatakan beliau tidak dihubungi secara lansung oleh Arsenal dan jika minat Arsenal itu konkrit, beliau akan memberi segala perhatian supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Juventus dikatakan ingin menjual Giovico pada musim panas ini selepas beliau mengalami masalah kecederaan musim lepas dan hanya bermain 19 perlawanan. Mereka juga sanggup melepaskan pemain sayap yang berusia 23 tahun ini dengan harga yang murah. Aku rasa Arsenal tidak akan beli pemain yang digelar "the Atomic Ant" berdasarkan kerendahan dan keupayaan teknikalnya ini. Posisi tengah tidak haruslah diberi keutamaan kerana Arsenal sudah banyak pemain yang pendek dan mudah cedera.

Veloso juga boleh bermain di posisi wing back kiri
Sementara itu, Pianeta Genoa 1893, sebuah laman web Genoa melaporkan kelab mereka menerima saingan dari Arsenal untuk mendapatkan Miguel Veloso yang bermain untuk kelab Sporting Lisbon. Laman web itu turut melaporkan Arsenal sudah bersedia untuk membida pemain defensive midfielder yang berumur 24 tahun itu dengan harga £10.8 juta.


Sakho bermain sebagai pertahanan tengah dan bek kiri di PSG
Sebuah laman web Italy, Calcio News 24, melaporkan Bayern Munich sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Paris Saint Germain, Mamadou Sakho. Namun begitu, pemain yang berusia 20 tahun ini lebih berminat untuk menyertai Arsenal jika diberikan tawaran. Ini kerana beliau dikatakan mahu merasakan cabaran bermain di Liga Perdana Inggeris. Menurut Calcio News 24, berita ini dipetik dari akhbar Peranchis, Le Parisien.

Berketurunan Senegal tetapi dilahirkan di Paris, Sakho terkenal sebagai pemain yang mempunyai tokoh kepimpinan, tidak kenal erti lelah, rajin, dan berkebolehan melakukan terjahan dengan baik. Beliau juga dipuji kerana mempunyai kualiti dari segi fizikal dan juga teknikal. Sakho sudah aktif bermain untuk pelbagai peringkat skuad kebangsaan Perancis namum masih belum dipanggil untuk beraksi pada mana-mana skuad senior kebangsaan, termasuk Senegal.

Bakambu dikatakan mempunyai larian yang pantas dan sentuhan bola yang baik
Sementara itu Tribal Football percaya Chelsea, Man United dan Arsenal menghantar wakil masing-masing untuk memerhatikan Cedric Bakambu pada perlawanan antara England menentang France beberapa hari yang lalu dalam kejohanan Euro bawah 19 tahun. Penyerang Perancis tersebut berusia 18 tahun dan bermain untuk kelab Sochaux.

Berdasarkan barisan penyerang yang mencukupi, Arsenal berkemungkinan hanya sekadar memerhatikan perkembangan penyerang ini untuk masa hadapan. Seperti yang kita semua tahu, buat masa ini Arsene Wenger lebih mengutamakan pembelian pemain dibarisan pertahanan dan juga penjaga gol bagi memantapkan skuad the Gunners untuk bersaing musim hadapan.


Wednesday, July 28, 2010

Masihkah korang semua ingat dengan Edu yang pernah menyarung jersi Arsenal nombor 17? Pemain tengah kelahiran Brazil ini adalah salah seorang tonggak utama Arsenal ketika era Invincibles. Pernah satu ketika dulu, beliau hampir mewakili skuad kebangsaan England apabila mendapat kerakyatan British. Namun, beliau membatalkan hasrat tersebut setelah akhirnya mendapat panggilan untuk mewakili Brazil.

Edu atau nama penuhnya Eduardo Cesar Daude Gaspar menyertai Arsenal pada tahun 2001 dari kelab Corinthians dengan yuran perpindahan £6 juta. Setelah membantu Arsenal menjuarai 2 gelaran liga (2001/02, 2003/04 ), 3 piala FA (2002, 2003, 2005) dan 2 Community Shield (2002, 2004), beliau meninggalkan Highbury untuk bersama Valencia pada tahun 2005.

Edu kini mewakili kelab asalnya Corinthians ditemubual oleh wakil Arsenal Brasil yang mengutarakan ketibaan beliau di Arsenal, pemain kesukaannya, era Invincibles, pandangan beliau terhadap Arsene Wenger dan banyak lagi. Temubual ini dibawakan khas oleh Arseblog.



Sol Campbell diberi jersi no 5 - meyakinkan beliau akan bermain dalam kesebelasan utama
Walaupun masih belum diumumkan oleh Arsenal.com, The Sun UK telah melaporkan Sol Campbell telah menandatangani kontrak satu tahun dengan pilihan untuk dilanjutkan 12 bulan lagi jika beliau bermain cukup perlawanan bersama Newcastle. Beliau dikatakan menerima tawaran gaji 30K seminggu dari kelab yang digelar Magpie tersebut.

Perpindahan ke St James Park ini mengembirakan isteri beliau, Fiona yang keluarganya turun temurun menyokong Newcastle United. Ini juga selaras dengan rancangan pasangan tersebut yang ingin membina keluarga bahagia di utara UK.

Namun begitu, sebab utama keputusan ini diambil adalah kerana beliau bimbang tidak dapat bermain banyak perlawanan jika terus berada di Stadium Emirates. Berdasarkan faktor umur, beliau akan menjadi pilihan ke empat Arsene Wenger selepas Vermaelen, Koscielny dan Djourou.

Lain pula situasi di St James Park dimana prospek beliau untuk terus bermain setiap perlawanan adalah tinggi. Ini kerana dengan ketiadaan Steven Taylor yang cedera selama dua bulan, Sol Campbell akan menjadi tonggak utama barisan pertahanan Newcastle United.

Selain itu, pengurus Newcastle United sekarang adalah Chris Houghton yang dulunya pernah melatih Campbell di White Hart Lane. Difahamkan Houghton juga ada membincangkan tentang kemungkinan Campbell akan ditawarkan kerja sebagai jurulatih pada masa akan datang.

Laporan asal: The Sun UK
Newcastle United pun dah confirm!
Pada perlawanan persahabatan menentang SC Neusiedl awal pagi tadi menyaksikan the Gunners dengan mudah menundukkan kelab Austria tersebut 4-0. Manuel Almunia diturunkan buat pertama kali pada perlawanan pra musim ini serta diberi tugas sebagai ketua pasukan.  Turut diturunkan pada separuh masa pertama adalah Nordveidt, Koscielny, Djourou, Gibbs, Nasri, Frimpong, Wilshere, Arshavin, Walcott dan Jay Emmanuel Thomas (JET).

Almunia
Nordveidt - Djouru - Koscielny - Gibbs
Frimpong
Nasri - Wilshere
Walcott - JET - Arshavin

Arsenal membuka tirai jaringan melalui Theo Walcott pada minit ke-28 hasil hantaran Samir Nasri. Tidak lama kemudian Johan Djourou terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Thomas Vermaelen. Selang dua minit JET menjadikan kedudukan 2-0 hasil hantaran Keiran Gibbs pada minit ke-30. 

Pada separuh masa kedua giliran Chamakh, Eboue, Sagna, Vela dan Manonne pula diberi peluang untuk beraksi. Pada minit ke-51, Arsenal dihadiahkan sepakan penalti dan Chamakh dengan mudah menjadikan kedudukan 3-0 untuk gol pertamanya mewakili Arsenal. Gol terakhir perlawanan dijaringkan oleh Carlos Vela yang membuat sepakan lambungan melepasi penjaga gol lawan hasil hantaran Samir Nasri pada minit ke-65. SC Neusiedl berpeluang untuk menjaringkan gol sagu hati selepas dihadiakan sepakan penalti selang dua minit kemudian namun ianya berjaya diselamatkan oleh Vito Mannone.

Rumusan perlawanan:
  • Masalah pertahanan Arsenal amat membimbangkan kerana Djourou yang baru pulih, kembali cedera. Walaupun ianya tidak serius, tetapi kita sudah nampak kecenderungan beliau untuk cedera sangat tinggi.
  • Kombinasi Nasri dan Wilshere kelihatan menjadi dimana mereka dilihat mengawal bahagian tengah padang dengan baik sekali.
  • Wilshere juga dilihat membuat larian-larian pantas yang dengan mudah merobek pertahanan lawan. 
  • Emmanuel Frimpong yang sebelum ini dilabel the next Essien menggalas tugas sebagai defensive midfielder dengan baik sekali. 
  • Turut tidak ketinggalan JET yang berbadan sasa membuktikan beliau juga boleh menjaringkan gol.
Disini aku muatkan highlights untuk perlawanan pagi tadi. Namun begitu, kualiti video adalah tidak memuaskan.

Tuesday, July 27, 2010

Baptista kahwini Miss Leon 2003, Silvia Nista
Ketua pasukan Cesc Fabregas yang masih lagi berehat panjang dilihat menghadiri majlis perkahwinan salah seorang bekas pemain Arsenal bersama buah hatinya di Madrid. Julio 'the Beast' Baptista suatu ketika dulu pernah menyertai Arsenal dalam perjanjian pinjaman dengan kelab Real Madrid pada musim 2006/07. Perjanjian tersebut turut menyaksikan Jose Antonio Reyes dipinjamkan ke kelab Real Madrid.

Cesc hadir bersama Carla
Walaupun hanya bermain untuk the Gunners untuk satu musim sahaja, nama Baptista sentiasa diingati oleh fans Arsenal kerana beliau pernah menjaringkan empat gol ketika Arsenal menewaskan Liverpoool pada pusingan awal Carling Cup tahun 2007. Perlawanan yang berlansung di Anfield tersebut berkesudahan Liverpool dibelasah Arsenal 3-6.

Julio Baptista yang kini mewakili kelab AS Roma dilaporkan sedang dijaja oleh kelabnya bagi mendapatkan wang perpindahan untuk membeli pemain baru musim panas ini. Beliau yang kini menerima hakikat terpaksa meninggalkan Rome, memilih Sepanyol atau England sebagai destinasi seterusnya.

Laporan asal: Futbolita
Sky Sports melaporkan Sol Campbell semakin hampir untuk menyertai kelab Newcastle United. Beliau dikatakan akan menjalani pemeriksaan perubatan di St James Park hari ini. Andai tiada apa-apa masalah utama dan Campbell lulus pemeriksaan tersebut, beliau dijangkakan menandatangani kontrak bersama kelab barunya itu dalam masa 24 jam.

Sol Campbell sewaktu menyertai Notts County
Jikalau pemain berusia 35 tahun itu pasti meninggalkan Stadium Emirates, ianya bermakna Arsene Wenger sedang berkira-kira untuk membawa seorang lagi pemain pertahanan tengah baru sebagai pengganti.

Di ketika ini tersebar luas berita tentang ketua pasukan Cesc Fabregas telah bersetuju menandatangani kontrak awal untuk menyertai Barcelona musim hadapan (2011/2012). Ura-ura mengatakan Fabregas hanya akan bermain untuk satu musim lagi seperti yang dikatakan oleh Xavi dan Andres Iniesta.

Idea pra-kontrak ini diambil dari hasil keberkesanan jual beli Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid. Pada pendapat aku, ini semua cerita bohong. Arsenal tidak sama dengan Manchester United dan aku pasti Arsenal tidak beroperasi seperti mereka. Kemungkinan cerita tahyul ini dibuat-buat oleh pihak Barcelona sendiri.

Sekali lagi ini adalah satu taktik keji Barcelona yang ingin menimbulkan perasaan berbelah bagi penyokong Arsenal kepada Fabregas. Ini kerana mereka tahu, Fabregas berat hati untuk tinggalkan Stadium Emirates kerana terhutang budi kepada Arsenal dan sokongan padu daripada penyokong-penyokong Arsenal. Jadi tidak mustahil Fabregas akan berpindah jika merasakan para penyokong tidak begitu menginginkannya lagi.

Dinasihatkan kepada kawan-kawan, janganlah ada rasa benci kepada Cesc Fabregas dan teruskan menyokong beliau. Kepada sesiapa yang masih belum tandatangan petisyen, boleh klik kat sini.

Marchetti dikatakan bakal pengganti Buffon sebagai penjaga gol utama Italy
Federico Marchetti ialah seorang lagi penjaga gol yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Namanya adalah tidak asing lagi bagi fans Arsenal kerana ketika beliau menggantikan Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol utama Italy pada Piala Dunia lepas, beliau dikatakan menjadi salah seorang target Arsene Wenger. Di Italy, beliau turut dilabel sebagai 'the new Buffon'.

Menurut Datasport.it, sebuah berita sukan Italy, Arsenal akan membuat bidaan 10M kepada Cagliari bagi mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 27 tahun itu. Dikhabarkan proses perpindahan Marchetti ke Stadium Emirates akan selesai apabila bermulanya Emirates Cup hujung minggu ini.


Jan Vertonghen - boleh juga bermain sebagai defensive midfielder 
Surat khabar Metro UK hari ini mengaitkan seorang lagi pemain Ajax yang bermain di posisi pertahanan dengan Arsenal. Beliau adalah Jan Vertonghen, pemain berusia 23 tahun dan juga berasal dari Belgium. Sama seperti Vermaelen, beliau juga seorang pemain mempunyai kekuatan kaki kiri dan juga boleh bermain di posisi bek kiri. Selain itu, kelebihan Vertonghen ialah beliau juga boleh bermain sebagai defensive midfielder.

Dikhabar Arsenal telah membida Vertonghen dengan harga 10M untuk membawa pemain tersebut menyertai Vermaelen di Stadium Emirates. Dalam interview bersama Goal.com, Vertonghen menyatakan yang beliau tidak pernah bermain di posisi pertahanan tengah bersama Vermaelen sebelum ini baik bersama Ajax mahupun skuad kebangsaan Belgium. Ini mungkin kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan kaki kiri.

Walaubagaimana pun, ini hanyalah khabar angin. Nama pun surat khabar Metro. Kalau diikutkan logik, buat apa nak beli pemain pertahanan tengah yang mempunyai kekuatan kaki kiri lagi. Nanti tak pasal-pasal berebut tempat dengan Vermaelen. Walaupun mereka bekas rakan sepasukan, keserasian antara mereka tidak dapat diketahui kerana mereka tidak pernah bermain di posisi pertahanan tengah bersama. Kalau betul pun, mungkin juga Wenger mahu menggunakan Vertonghen sebagai defensive midfielder. Ini kerana hanya Alex Song sahaja dilihat berbakat di posisi tersebut.

Laporan asal: Metro UK

Monday, July 26, 2010

Semalam aku bercerita tentang penjaga gol, hari ini nak cerita pasal pertahanan pulak. Persoalan sama ada barisan pertahanan Arsenal sudah cukup mantap atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya dan buah mulut fans Arsenal. Bagi posisi full back rasanya masalah tidak timbul kerana kita semua tahu bahawa Gael Clichy dan Bakari Sagna beraksi dengan baik sekali untuk Arsenal selama ini. Backup diorang, Eboue dan Gibbs pun boleh tahan bagusnya. Jadi kali ini aku akan menyingkap misteri posisi pertahanan tengah Arsenal.

Silvestre dan Gallas bukan lagi pemain Arsenal
Seperti kita sudah sedia maklum, William Gallas dan Mikael Silvestre sudah dilepaskan oleh Arsenal setelah masing-masing tamat kontrak. Pemergian Silvestre amatlah dialu-alu kan tetapi kehilangan pemain yang berkualiti seperti Gallas adalah membimbangkan jika tidak diganti dengan pemain yang setanding dengannya. Ya, gantikan pemain yang mempunyai kualiti yang sama atau lebih dari Gallas dan bukan sama sikapnya.

Gallas dikecam hebat kerana tidak bertindak sebagai ketua pasukan yang memberi inspirasi kepada rakan sepasukan. Selain itu ada khabar mengatakan Gallas mencetuskan suasana tegang di bilik persalinan Arsenal. Ini diikuti dengan pengakuan Kolo Toure yang mendedahkan sebab utama dia pindah ke Man City adalah kerana ketidak sefahaman beliau dengan Gallas serta disuap gaji yang banyak oleh kelab barunya itu.

Apa-apa pun, itu cerita lama dan Gallas telah pun meninggalkan Arsenal. Khabarnya sebab beliau tidak mahu menandatangani kontrak baru dengan Arsenal adalah  kerana hasrat beliau menginginkan gaji 80K seminggu dan 2 tahun kontrak ditolak oleh Arsenal. Walaupun banyak kelab ternama seperti AS Roma, PSG dan Panathanaikos mahukan khidmat beliau, tiada kata putus dicapai kerana kelab-kelab tersebut juga tidak dapat menurut kemahuan Gallas yang inginkan gaji yang mahal walaupun usianya dah lanjut.

Pemergian Gallas mungkin ada hikmahnya kerana sebelum beliau sebagai pemain pertahanan paling senior dia ditugaskan mengemudi barisan belakang. Kini tugas tersebut diberikan kepada Thomas Vermaelen yang tidak dapat disangkalkan lagi mempunyai tokoh kepimpinan berdasarkan pengalaman beliau sebagai ketua pasukan Ajax Amsterdam.

Koscielny perlu mantapkan fizikalnya
Setakat ini, Arsene Wenger hanya mendapatkan Laurent Koscielny sebagai ganti. Adakah Koscielny mempunya kualiti seperti mana Gallas? Aku pun tak tau sebab belum tengok betul-betul dia main. Menurut beberapa blogger yang serius memerhatikan permainan Koscielny sewaktu perlawanan persahabatan menentang Barnet tempoh hari, budak baru ini kelihatan goyah dan banyak terlepas tandukan bola. Walaubagaimana pun masih terlalu awal untuk kita menilai Koscielny kerana mungkin beliau masih lagi gementar dan tidak biasa dengan corak pemainan Arsenal.

Sedikit membimbangkan apabila Koscielny sendiri mengakui kelemahan dirinya adalah dari segi fizikal sementara kelebihan beliau adalah pandai membaca permainan lawan. Ketinggian Koscielny ialah 1.86 meter. Ianya lebih 3 sentimeter tinggi dari Vermaelen yang berketinggian 1.83 meter. Kalau dulu keboleh Vermaelen diragui kerana tidak begitu tinggi, bagaimana pula dengan Koscielny? Sekurang-kurangnya Vermaelen mempunya tubuh badan yang tegap. Bagaimana beliau nak menghalang asakan penyerang sasa seperti Drogba dan Rooney dengan tubuh badan yang sebegitu? Mahu atau tidak Koscielny perlu tegapkan badannya, ambik la creatin atau anabolic steroid sekali pun.

Jagielka seorang pemain pertahanan yang tak tinggi
Adakah Wenger akan hanya membeli seorang sahaja pemain pertahanan? Sehingga kini ada dua lagi pemain pertahanan yang khabarnya bertiup kencang seperti ribut dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates Stadium. Pertama ialah Phil Jagielka dari Everton yang dinilai 15M dan yang kedua Per Mertesacker dari Werder Bremen yang dinilai 10M. Walaupun Jagielka mempunyai pengalaman yang luas dalam EPL, ketinggian beliau hanyalah 1.80 meter dan lagi rendah dari Vermaelen. Bolehkah beliau mengatasi penyerang-penyerang tinggi lampai lain seperti Zlatan Ibrahimovic, Fernando Torres dan Peter 'Panjang' Crouch? Lagipun beliau sebenarnya bermain di posisi tengah atau tengah bertahan ketika bermain untuk kelab Sheffield United sebelum diubah ke posisi pertahanan tengah oleh Everton sejak tiga tahun lalu.

Bagaimana pula dengan Djohan Djourou dan Sol Campbell yang berpengalaman luas itu? Djohan Djourou memang diakui mempunyai bakat dan cukup ketinggiannya untuk menjadi pemain pertahanan tengah yang ideal (1.92 meter). Cuma sayangnya, beliau berkecenderungan untuk cedera. Menurut statistik, musim lepas beliau hanya bermain 1 perlawanan, musim sebelumnya 29 dan dua musim lepas hanya 2 perlawanan. Sol Campbell pula walaupun berpengalaman luas, pada usia 36 tahun, masih bolehkah beliau beraksi dengan bertenaga sekali jika pemain pertahanan utama tercedera atau digantung perlawanan?

Sehingga kini masa depan Sol Campbell masih lagi tidak dapat dipastikan kerana beliau masih lagi berbulan madu dengan isteri yang baru dikahwininya. Kebarangkalian beliau akan masih bersama Arsenal musim hadapan adalah tinggi memandangkan gambar beliau masih lagi terpampang di laman web rasmi sedangkan gambar Gallas dan Silvestre sudah dibuang kedalam tong sampah.

Mertesacker tinggi lampai dan banyak pengalaman bersama skuad Germany
Calon yang cukup sesuai pada pandangan aku ialah Per Mertesacker. Pemain tinggi lampai (1.98 meter) ini merupakan pemain kesebelasan utama Werder Bremen. Beliau juga telah membuat 69 penampilan untuk skuad kebangsaan Germany. Maka boleh dikatakan beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di Eropah. Walaupun beliau tiada pengalaman di EPL, perlu diingat, kita juga mahu bersaing untuk Liga Juara-juara Eropah. Berdasarkan prestasi Mertesacker bersama skuad Germany pada Piala Dunia tempoh hari, terbukti sudah kebolehan beliau apabila berjaya bertahan dengan baik ketika Germany membelasah England dan pasukan favourite Argentina.

Namun begitu, jika Arsenal menyambung kontrak Sol Campbell, dikhuatiri Wenger tidak akan membawa mana-mana pemain pertahanan tengah lagi. Ini kerana untuk meyakinkan Campbell bagi menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Beliau sebelum ini secara terbuka mengatakan pada waktu sekarang beliau hanya mahu bermain bolasepak sebanyak mungkin. Seorang lagi pemain muda Arsenal yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab Nurnberg di Bundesliga bakal diberikan peluang untuk bermain untuk Arsenal musim hadapan ialah Havard Nordtveit. Beliau pada asalnya bermain pada posisi pertahanan tengah, namun diubah menjadi bek kanan ketika bersama Nurnberg. Keserbagunaan beliau ini amat berguna untuk Arsenal yang kekurangan pemain.

Apa sekali pun tindakan Arsene Wenger, diharap barisan pertahanan Arsenal cukup mantap untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.


Hari ini aku ada terbaca dalam twitter yang fans Arsenal seluruh dunia bukak petisyen untuk mintak Arsenal FC buat laporan terhadap FC Barcelona kepada pihak yang berwajib dalam cubaan keji mereka untuk mendapatkan Cesc Fabregas. Jadi kepada sesiapa yang tak berkeberatan meluangkan masa lebih kurang 2 minit untuk tandangan petisyen ni, silalah klik link kat bawah ni.


Klik sini untuk tandatangan petisyen.
Klik sini kalau tak nak tandatangan.

Maarten Stekelenburg
Aku masih lagi dalam mood nak bincangkan pasal situasi penjaga gol Arsenal kerana posisi ini tersangatlah penting untuk di isi oleh seorang yang bukan sahaja berbakat besar malahan berpengalaman. Salah seorang calong yang perlu Wenger pertimbangkan adalah Maarten Stekelenburg.

Penjaga gol Ajax yang berusia 28 tahun ini membuat penampilan professional dan Ajax yang sulung seawal usia 19 tahun lagi pada 2002. Beliau beraksi sebanyak 10 kali dan turut menyumbang kepada kejuaraan liga untuk Ajax pada tahun yang sama. Dua tahun kemudian, Stekelenburg diberikan penampilan pertama untuk skuad Belanda oleh pengurus pasukan Marco Van Basten. Sehingga tahun 2008, penampilannya bersama skuad Belanda sangatlah terbatas kerana Edwin Van Der Saar masih lagi pilihan utama untuk posisi penjaga gol.

Stekelenburg diberikan tugas untuk menjaga gawang oleh pengurus Bert Van Marwijk setelah persaraan Van Der Saar dalam bola sepak antarabangsa sebaik tamatnya Euro 2008. Setakat ini, beliau telah membuat 34 penampilan untuk skuad Belanda dan aksi yang paling terkini adalah ketika perlawanan akhir Piala Dunia menentang Sepanyol pada 11 Julai lalu.

Aku memang berkenan betul kalau Stekelenburg sertai Arsenal berdasarkan aksi beliau pada Piala Dunia baru berlalu. Pada perlawanan akhir itu, Stekelenburg kelihatan sama hebatnya dengan Iker Casillas. Beliau hanya tewas dengan jaringan gol Andres Iniesta mulut busuk hasil hantaran Cesc Fabregas pada masa tambahan. Tidak lupa juga beliau berjaya menyelamatkan sepakan Fabregas dalam situasi satu lawan satu sebelum itu. Kalau tidak, sudah pasti Fabregas menjadi Hero Sepanyol dan bukan si Iniesta yang mulutnya patut disalotepkan.

Persefahaman antara pemain pertahanan dan penjaga gol adalah penting. Jangan lupa, Stekelenburg adalah rakan sepasukan Thomas Vermaelen ketika sama-sama beraksi untuk kelab Ajax. Sudah pastinya persefahaman antara mereka telah lama wujud. Ini memudahkan Stekelenburg menyesuaikan diri dengan corak permainan bermutu tinggi Liga Perdana Inggeris. Selain itu, Robin Van Persie turut sama boleh membantu beliau kerana mereka adalah rakan sepasukan dalam skuad Belanda.

Igor Akinfeev
Calon lain yang tidak kurang hebatnya jugak ialah Igor Akinfeev. Penjaga gol berusia 24 tahun ini dilihat beraksi dengan baik sekali untuk kelab CSKA Moscow dalam Liga Juara-juara Eropah dan untuk pasukan kebangsaan Rusia. Beliau turut menyatakan minat untuk menyertai Arsenal setelah diberitahu tentang keistimewaan kelab Arsenal dan Liga Perdana Inggeris oleh Andrey Arshavin. Bagi aku Akinfeev pun ok jugak daripada tiada pengganti baru jersi No 1 Arsenal. Perlu diingat, pembelian pemain-pemain seperti inilah yang dapat meyakinkan Cesc Fabregas bahawa Arsenal adalah kelab yang bercita-cita tinggi dan sentiasa bersaing untuk merangkul apa-apa kejuaraan.

Jikalau Wenger mengambil berat pasal perkembangan penjaga gol muda sepert Mannone dan juga Szczesny, pilihan terbaik ialah Stekelenburg. Ini kerana umur Stekelenburg sekarang adalah 28 tahun. Sebaik Szczesny yang dijangka bakal menyinar untuk Arsenal berumur 24 tahun, Stekelenburg pula sudah berumur 32 tahun. Katakanlah semuanya tidak berjalan lancar untuk Szczesny dan dia akhirnya adalah sama sahaja dengan Fabianski, atleast Arsenal masih boleh gunakan khidmat Stekelenburg beberapa tahun lagi tanpa ada masalah seperti sekarang.

Kamon lah Arsene Wenger, dapat kan Maarten Stekelenburg!

Saksikanlah top 10 persembahan Stekelenburg mengawal pintu gol nya.

.
John Hartson ketika mewakili Arsenal 1995-1997
Sesiapa yang mula meminati Arsenal sebelum tahun 1998 lagi pasti kenal dengan penyerang yang mempunyai saiz badan gergasi ini. John Hartson suatu ketika dulu pernah mencipta rekod perpindahan termahal British untuk pemain remaja ketika menyertai Arsenal pada January 1995 dengan harga 2.5M. Namun jodoh beliau dengan Arsenal tak panjang dengan kehadiran Dennis Bergkamp dan Nicolas Anelka.

Lebih kurang 12 bulan lepas, Hartson dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan intensif selepas disahkan kanser testisnya telah merebak ke otak dan hatinya. Namun sekarang beliau dapat menarik nafas lega apabila disahkan doktor bebas dari kanser setelah menjalani 6 kali pembedahan utama dan 67 sesi kemoterapi.

Pada hari Jumaat lepas, Hartson yang kini berusia 35 tahun kelihatan berseri-seri dan gembira selepas memperbaharui janji pernikahan dengan isterinya, Sarah McManus di sebuah majlis mewah. Sebenarnya mereka sudah berkahwin pada bulan Disember lepas, tetapi atas sebab kesihatan Hartson yang teruk, mereka tidak dapat meraikan majlis perkahwinan dengan meriah. Majlis tersebut juga dilansungkan bersempena kejayaan beliau dalam menentang kanser.

Tahniah kepada Hartson. Namun begitu perlu diingat penyakit kanser ini senang datang balik. Jadi pemeriksaan lanjutan tu sangatlah penting. 

R.I.P - Paul Avery (28 tahun)
Baru-baru ni je ada seorang fan Arsenal, Paul Avery, meninggal dunia akibat kanser payudara. Mendiang juga merupakan lelaki termuda yang meninggal dunia akibat kanser payudara. Disahkan menghidapi kanser pada tahun 2006 dan setahun kemudian disahkan doktor bebas dari kanser setelah menjalani rawatan. Namun begitu, kanser beliau muncul kembali pada March tahun lalu tetapi kali ini doktor sahkan yang kanser nya telah merebak ke otak dan hati. Mendiang menghembuskan nafas yang terakhir Isnin minggu lepas disamping keluarga dan orang yang tersayang.




Sunday, July 25, 2010


Masa depan Manuel Almunia dilihat semakin malap. Dia tidak diturunkan dalam dua perlawanan pra musim yang lalu. Kali terakhir Almunia bermain adalah ketika tewas dengan Spurs pada perlawanan liga hujung musim lepas. Tewas dengan Spurs adalah sesuatu yang memeritkan buat fans Arsenal terutama sekali di UK. Tambah lagi yang tinggal dekat North London kerana mereka ini berjiran dengan fans Spurs. Sudah semestinya kena menganjing kaw-kaw. Bagi fans dekat Malaysia tak terasa sangat permusuhan ini tapi still aku sakit hati sebab kekalahan tersebut memusnahkan harapan untuk bersaing mendapatkan takhta liga. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebab utama kenapa Wenger mahu lepaskan Almunia.

Selepas kekalahan dengan Spurs, Arsene Wenger menurunkan Lukasz Fabianski sebagai penjaga gol sehinggalah sekarang. Ini kerana Wenger masih lagi mahu melihat Fabianski buktikan dirinya bahawa dia layak menjadi penjaga gol utama Arsenal. Adakah Arsene Wenger mahu jadikan Fabianski sebagai pilihan utama? Sejauh manakah keyakinan kita kepada Fabianski yang mempunyai kecenderungan melakukan kesalahan-kesalahan bodoh di padang ini? Mungkin Fabianski hebat semasa latihan tetapi sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak mempunya ketahanan mental bila beraksi dalam perlawan sebenar. Mungkin juga Wenger berpendapat yang Fabianski masih muda dan masih berpotensi untuk memperbaiki mutu permainannya. Jadi aku berpendapat sebab utama Almunia dipinggirkan adalah kerana Wenger merasakan pada usia 33 tahun, Almunia bukan sahaja tidak mampu memperbaiki permainan malah sebaliknya.

Kemungkinan Almunia tidak akan beraksi untuk Arsenal dikuatkan lagi apabila Arsene Wenger membuat kenyataan dimana masih tiada calon sesuai untuk jersi No. 1 pada ketika ini. Ada ura-ura mengatakan kelab Osasuna dan Atletico Madrid dari La Liga berminat untuk mendapatkan khidmat Almunia. Namun Osasuna telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka tidak ada berhubung dengan Arsenal bagi membincangkan perpindahan tersebut. Sejauh mana kebenaran berita-berita ini tidak dapat dikenal pasti. Yang pastinya memang banyak berita angin tentang perpindahan memandangkan jendela perpindahan masih lagi terbuka.

Pada waktu ini, terdapat beberapa penjaga gol dikaitkan bakal pengganti No. 1 di Arsenal. Khabar yang paling kuat sekali ialah Mark Schwarzer, penjaga gol Fulham yang berumur 37 tahun. Di katakan Arsenal telah membuat bidaan awal 2M - ditolak dan kemudian menaikkan kepada 4M serta tawaran kerja sebagai jurulatih. Menurut sumber-sumber yang semestinya tak boleh kita percayakan sangat, Schwarzer berminat untuk menyertai Arsenal tetapi urusan perpindahan ini agak sukar kerana Fulham tidak mempunya pengurus buat masa ini. Selain itu, Igor Akinfeev dari CSKA Moskow dan Maarten Stekelenburg dari Ajax turut dikaitkan sebagai calon pengganti Almunia.



Namun Schwarzer dilihat sebagai calon yang paling sesuai jika diambil kira faktor umurnya yang bangka bagi tidak membantutkan perkembangan penjaga gol muda seperti Vito Mannone dan Wojciech Szczesny. Arsene Wenger menaruh harapan yang tinggi kepada Szczesny dan percaya dia bakal menyinar di Stadium Emirates suatu hari nanti. Szczesny dilihat beraksi dengan baik sekali ketika dipijamkan kepada kelab Brentford musim lepas.

Menurut ramai penganalisa Liga Perdana Inggeris, tidak dinafikan Arsene Wenger bijak menilai pemain yang berpotensi tinggi namun mempunyai kelemahan dalam menilai penjaga gol. Semasa Wenger mula menjejakkan kaki di Highbury, skuad Arsenal masih mempunyai lagenda penjaga gol England, David Seaman. Hanya Jens Lehmann penjaga gol dibeli Wenger beraksi dengan baik terutama sekali ketika era Unbeaten. Sementara itu, Richard Wright, Rami Shaaban, Alex Manninger semuanya terlungkop.

Jadi siapakah yang bakal menyarung jersi No. 1 Arsenal musim hadapan? Adakah Schwarzer? Fabianski? Szczesny? masih lagi Almunia? atau Helmi Eliza Elias?




Tu la, lain kali mulut tu kena jaga, jangan nak cakap banyak sangat. hahaha.


Saturday, July 24, 2010




Aku yakin pasti ramai yang dah muak mendengar cerita yang berulang-ulang tentang Fabregas ke Barcelona. Pihak Barcelona memang tak putus asa untuk membawa kembali pemain yang dilahirkan dari akademi mereka ini. Taktik paling keji mereka ialah dengan menggunakan media untuk menggoyahkan hubungan Fabregas dengan Arsenal FC dan juga penyokong. Hampir kesemua pemain kesebelasan utama Barcelona nak bercakap, tidak ketinggalan manager, bekas presiden, presiden baru, calon presiden yang gagal, penjaga kaunter tiket dan juga tukang cuci tandas stadium. Yang nyata, Fabregas masih lagi terikat kontrak dengan Arsenal. Siapa diorang nak bercakap on behalf of Fabregas?

Berikut adalah rentetan mulut busuk pemain-pemain Barcelona.

Lionel Messi
Antara yang terawal bukak mulut dengan mengatakan Fabregas akan sertai Barcelona seawal bulan April yang lalu. Semasa kejohanan Piala Dunia yang lepas, Messi sekali lagi mengeluarkan kenyataan dimana bermain dengan Fabregas di Barcelona sekali lagi adalah istimewa. Minggu lepas pula dia sekali lagi berkata yang dia sangat berbesar hati jika Fabregas datang ke Barcelona.


Full time pemain bola sepak, part time pakar DNA. Tak dinafikan Xavi sangat bagus di padang namun bertukar menjadi seorang celaka mulut besar yang konsisten bila bercakap pasal Fabregas. Hujung musim lepas lahanat ini dipetik berkata dia sangat sukakan Fabregas sertai Barcelona. Kemudian, ketika kejohanan Piala Dunia dia kata yang sangat jelas Fabregas mahu berpindah ke Barcelona. Lepas tu suka-suka hati cakap Arsenal hanya pinjam Fabregas untuk musim depan.

Gerrard Pique
Manshitster reject. Kawan baik Fabregas semasa di akademi. Awalnya berkata Fabregas akan berat hati untuk tolak tawaran Barcelona dan kemudian semasa celebrate kemenangan Spain sekali lagi berkata Fabregas impikan Barcelona.

Clone Sarah Jessica Parker ni pulak cakap Cesc akan join dia kat Barcelona. Kemudian dia buat follow-up dengan berkata Fabregas sangat sempurna untuk Barcelona.

Pedro Rodriguez

Andres Iniesta
Hero Sepanyol! (Kalau Fabregas tak bagi bola, takdenya kau jadi hero). Dia sangat sukakan Fabregas datang ke Barcelona.

Sergio Busquets
Respect Fabregas seorang pemain Arsenal namun kemudia berkata dia mahukan Fabregas ke Barcelona.

David Villa
Salah seorang penyerang yang paling berbakat abad ini pula berikrar yang dia akan lakukan apa sahaja untuk bawa Fabregas ke Barcelona.

Secara jujurnya aku hanya pernah baca berita pasal DNA Barcelona tu jer. Berita-berita selepas tu semua aku malas nak baca sebab semuanya cakap benda yang sama. Cakap banyak tak guna la, kalau betul-betul nak sediakan dulu duit. Sedangkan James Milner diorang rate 30M, Fabregas atleast double harga tu.

Laporan asal: Mirror Football
Gambar: Google Image, Arseblog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan ini aku merasmikan pembukaan Blog Arsenal Nombor Empat pada jam 3.02PM tanggal 24 Julai 2010.

Aku sebenarnya dah lama nak tulis blog pasal Arsenal ni, cuma masa tak mengizinkan. Dari satu musim ke satu musim atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Diharap kali ini aku dapat menulis dengan penuh konsisten.

So basically aku akan tulis pasal Arsenal, komen dengan permainan, transfer rumours dan lain-lain. Aku baru belajar tulis blog, jadi kalau ada kesalahan atau cadangan silalah inform.

Ok lah, tak nak cerita panjang. Let my blogging journey begin!