Tuesday, November 15, 2011


Kalau dulu Koscielny berada dalam dilema untuk menentukan karier antarabangsa, kini Carl Jenkinson juga mengalami situasi yang hampir sama. Pemain yang dibeli dari Charlton ini akui sukar untuk membuat keputusan dalam memilih negara mana yang mahu diwakilinya, namun tegas Jenkinson perkara ini bukanlah dalam agenda beliau buat masa ini.

Pemain bek kanan ini boleh memilih untuk mewakili England ataupun Finland berikutan bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berasal dari Finland. Jenkinson sudah mewakili England dan Finland pada peringkat remaja namun masih layak untuk mewakili mana-mana negara memandangkan beliau masih belum membuat penampilan didalam skuad senior.

Sejak berpindah ke Stadium Emirates dari Charlton, Jenkinson dilihat sebagai prospek menarik pada masa akan datang. Setakat ini tidak diketahui samada beliau mahu mewakili England ataupun Finland.

Jenkinson dipetik berkata:
I honestly could not tell you what my decision will be [between England and Finland] because it's something I'm going to have to think about in depth. But I'm not in that position yet so I'm just concentrating on Arsenal and doing the best I can here.

Pada pendapat aku, keputusan Jenkinson bergantung kepada tahap keyakinan diri beliau. Jika beliau merasakan boleh menjadi pemain bek kanan yang hebat seperti Sagna, lebih baik beliau mewakili England kerana kita tahu The Three Lions adalah lebih hebat dan sering bertanding dalam kejohanan besar berbanding Finland.

Sumber: Arsenal.com

0 comment(s):

Post a Comment