Showing posts with label Carling Cup. Show all posts
Showing posts with label Carling Cup. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Monday, February 28, 2011

Sememangnya aku tak tau nak kata apa lagi. Pelik jugak aku rasa kenapa Arsenal yang aku tengok semalam tak sama dengan Arsenal ketika menentang Barcelona hampir dua minggu lalu. Jelas sekali ketiadaan ketua pasukan Cesc Fabregas sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan sebenar Arsenal. Sementara ketiadaan Theo Walcott pula bermakna kuranglah ancaman kepada barisan pertahanan lawan.

Bangkitlah Koscielny dari mimpi buruk ni!
Walaupun begitu, ketiadaan kedua-dua pemain tersebut bukanlah alasan kepada kegagalan Arsenal. Tomasz Rosicky yang diberi tugas untuk memikul tanggungjawab yang sering dilakukan Fabregas memperlihatkan persembahan yang ala kadar sahaja. Rosicky sekarang tidak sama seperti Rosicky yang dulu terutama sekali selepas berehat panjang akibat kecederaan. Malah jika dibandingkan dengan Jack Wilshere, pemain muda itu dilihat lebih menyerlah dari beliau.

Bercakap tentang Wilshere, keputusan semalam adalah sangat kejam terhadap beliau. Kita dapat lihat bahawa Wilshere bermain dengan sepenuh hati dan benar-benar inginkan kemenangan lebih dari segala-galanya. Menjadi juara pada umur 19 tahun adalah pencapaian yang pasti sangat membanggakan. Namun apa boleh buat, nasib tidak menyebelahi beliau. Tangisan sejurus tamat perlawanan menggambarkan semuanya. Semoga pengalaman pahit tewas diperlawanan akhir ini menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya bukan sahaja buat beliau, tapi kepada setiap pemain juga.

Berkenaan perlawanan ini aku malas nak ulas lebih. Kita bukan kalah kerana Birmingham lebih hebat tapi kerana kesilapan sendiri yang mengundang padah. Gol pertama hadir akibat salah faham antara Sagna dengan Wilshere. Gol kedua pula hadir akibat salah faham antara Szczesny dan Koscielny pada minit-minit akhir. Arsenal sebenarnya sangat mampu untuk mengalahkan Birmingham, oleh itu boleh juga kita anggap yang Arsenal tewas ditangan sendiri.

Tiada guna kita menyalahkan individu tertentu terutama sekali yang jelasnya Koscielny. Tidak adil jika kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak cukup bagus untuk Arsenal. Seperti yang kita lihat dua minggu lepas beliau berjaya mengawal Messi dengan baik sekali. Mungkin pengalaman yang kurang juga menjadi penyebab kesilapan sebegitu berlaku. Aku menggangap kejadian semalam adalah sekadar nasib tidak baik buat Koscielny kerana pemain yang berpengalaman luas juga tidak mustahil akan melakukan kesilapan yang sama.

Kekalahan kali ini sudah pasti sangat memeritkan buat pemain dan penyokong. Tidak dinafikan ianya akan memberikan kesan yang mendalam terhadap setiap pemain maka mereka harus lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan berjuang untuk tiga lagi kejuaraan. 

Sunday, February 27, 2011

Tengah malam ini adalah hari yang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua penyokong Arsenal. Kemarau piala hampir 6 tahun bakal ditamatkan oleh set pemain selepas zaman invincible. Kali terakhir Arsenal beraksi dalam perlawanan akhir adalah pada tahun 2007 dan ianya juga adalah perlawanan akhir Piala Carling menentang Chelsea. Setelah empat tahun berlalu, Arsenal kini kembali ke Wembley dengan misi memburu piala pertama selepas Piala FA 2005.

Perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham bakal berlansung jam 12 tengah malam ini
Dalam perlawanan akhir yang sama empat tahun lepas, kita kecundang ditangan Chelsea yang menurunkan barisan pemain utama mereka sedangkan Arsenal menurunkan rata-rata pemain yang masih muda seperti Denilson, Justin Hoyte, Armand Traore, Abou Diaby dan Jeremie Aliadiere. Keputusan Wenger untuk terus membariskan pemain muda kerana merasakan ianya tidak adil kepada mereka kerana pemain-pemain ini yang diturunkan hingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Mungkin juga ketika itu baru dua tahun Arsenal tidak menjuarai apa-apa maka Wenger tidak beri keutamaan sangat pada piala ini.

Kini sebarang kejuaraan adalah sangat penting buat Arsenal kerana dipercayai kejayaan lain bakal menyusul selepas kita memenangi sesuatu kejuaraan. Oleh itu, untuk musim ini Arsenal sudah bersiap sediah untuk menurunkan pemain-pemain utama pada perlawanan akhir. Walaupun begitu, seperti kita semua sedia maklum bahawa Arsenal akan turun tanpa ketua pasukan Cesc Fabregas dan Theo Walcott akibat kecederaan.

Sesungguhnya Fabregas benar-benar mahu mengetuai pasukan menjuarai Piala Carling ini setelah sekian lama kita tidak menjuarai apa-apa. Difahamkan bahawa selepas mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Stoke, beliau bekerja dengan sangat keras untuk pulih dari kecederaan dan beliau telah menyatakan hasrat untuk bermain pada perlawanan ini. Namun Wenger merasakan ianya terlalu berisiko tinggi untuk benarkan Fabregas beraksi dan ketua pasukan kita ini memahami keputusan tersebut.

Dalam temubual eksklusif bersama The Sun, Fabregas berkata:
It's hugely disappointing. Maybe my heart was ruling my head when I felt I might play. Now, reluctantly, I must accept I cannot. Even on Friday morning I had hoped to be involved, even if it was on the bench. But the boss, Arsene Wenger, is right and the most important thing is to make sure I get fit as quickly as possible to help Arsenal for the rest of the season.

Fabregas perlu direhatkan sehingga pulih sepenuhnya kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk saingan tiga lagi kejuaraan iaitu Liga Perdana, Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA. Walaupun terlepas untuk beraksi di Wembley kali ini, beliau masih mempunyai peluang untuk ke Wembley dua kali lagi pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA, jika Arsenal layak. Oleh itu, apa yang beliau harus lakukan sekarang adalah berusaha dengan keras agar dapat segera pulih untuk perlawanan menentang Barcelona akan datang.

Dengan ketiadaan Fabregas, Robin van Persie akan menggalas tugas sebagai ketua pasukan. Sementara itu Jack Wilshere pula diberi kepercayaan oleh Wenger untuk mengambil alih tugas sebagai playmaker. Aku menjangkakan trio barisan tengah Arsenal akan dibarisi oleh Wilshere, Song dan Diaby dimana Song dan Diaby akan bertindak sebagai 'deep-lying midfielder'.

Seperti yang disiarkan Arsenal.com, Wenger dipetik berkata:
He’s had very good games. His confidence has grown, his responsibility has grown, certainly. Our game goes naturally through Fabregas. When he’s not there, it will go more through Wilshere. The way of the game is simple: it goes always through the team’s strong points. So that the game goes through Wilshere is a good thing for him because it means the players around him have confidence in him. He will enjoy this game.

Marilah kita berharap agar Arsenal akan membawa pulang piala ini ke Stadium Emirates. Walau apa pun yang terjadi pagi nanti, aku akan tetap setia menjadi fan Arsenal. Kamon Arsenal!!

Barisan kemungkinan:
Szczesny
Sagna - Djourou - Koscielny - Clichy
Song - Diaby
Nasri - Wilshere - Arshavin
van Persie

Friday, October 29, 2010

Arsene Wenger menunjukkan keseriusan beliau untuk mengakhiri kemarau piala di dalam kabinet Arsenal setelah menurunkan barisan kesebelasan dan pemain gantian yang agak kuat dimana hanya Szczesny dan Craig Eastmond sahaja yang masih belum membuat penampilan dalam perlawanan liga. Tidak kurang juga pada bangku simpanan yang dibarisi oleh Sagna, Arshavin dan Fabregas.

Pemilihan Carlos Vela berbanding JET adalah seperti diramalkan namun sayangnya persembahan penyerang Mexico tersebut agak mengecewakan apabila melepaskan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Manakala Eastmond pula tanpa disangka diturunkan berbanding Henri Lansbury yang menyerlah serta menjaringkan gol ketika perlawanan pusingan sebelumnya menentang Spurs.

Arsenal mengawal perlawanan sejak sepak mula dan mempunyai banyak peluang untuk mendahului namun Newcastle pula yang hampir membuka tirai jaringan apabila Nile Ranger berjaya meloloskan diri dari pertahanan Arsenal dan melepasi Szczesny yang meluru keluar akan tetapi digagalkan oleh Laurent Koscielny apabila beliau menampan bola baik. 

Szczesny yang sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati kerana kurang mendapat peluang bermain membuktikan bahawa beliau tidak bercakap kosong apabila berjaya mengawal gawang dari dibolosi disamping mempamerkan dua aksi 'world class' iaitu ketika menepis bola hasil rembatan kencang Alan Smith dari luar kotak penalti dan sepakan percuma yang padu dari Ryan Taylor. Sudah pasti persembahan beliau ini memberikan tekanan kepada Fabianski agar meneruskan kecermelangan beliau.

Kombinasi kelajuan dan kekuatan tonggak serangan Arsenal
Walaubagaimanapun, pemain yang mencuri perhatian kali ini adalah Theo Walcott apabila menggunakan kelebihan beliau melalui larian pantas yang tidak terkejar oleh pemain pertahanan Newcastle disamping disudahi dengan dua jaringan yang menarik. Kini kita dapat melihat Walcott yang lebih matang dan berkeyakinan berbanding diri beliau yang sebelum ini. Ianya merupakan gol kelima beliau dalam enam perlawanan.

Sementara itu, Nicklas Bendtner pula meneruskan aksi konsisten apabila sekali lagi menjaringkan gol buat Arsenal setelah pulih dari kecederaan. Jaringan beliau kali ini turut mirip jaringan yang selalu dilakukan oleh lagenda Arsenal, Thierry Henry. Dalam 16 perlawanan beliau akhir-akhir ini, Bendtner telah menjaringkan 11 gol.

Namun begitu, situasi Keiran Gibbs yang sekali lagi tercedera pada perlawanan pagi tadi amat membimbangkan kerana pada usia muda sebegini, beliau perlu sentiasa cergas untuk belajar dari pengalaman bermain atau sekurang-kurangnya dapat berlatih, bukan terpaksa berehat akibat kecederaan. Ini dapat membantutkan perkembangan beliau yang mempunyai potensi besar menjadi pemain bertaraf bintang satu hari nanti.

Video Highlights

Wednesday, September 22, 2010

Seperti yang aku beritahu sebelum ini, aku malas nak buat liputan untuk perlawanan Carling dan FA Cup. Akan tetapi untuk tidak mengecewakan kalian semua, aku sertakan sini highlights perlawanan semalam selama 16 minit yang bukan sahaja memaparkan jaringan gol malah percubaan-percubaan menarik kedua-dua belah pihak.

Lansbury meraikan gol pertama dalam karier professional beliau
Antara adegan tersebut adalah:
  • Lansbury ditolak oleh Assou-Ekotto dan jatuh didalam kotak penalti, tetapi pengadil tidak memberikan sepakan penalti.
  • Gerakan menarik Gibbs, Rosicky dan Wilshere mencipta jaringan kepada Henri Lansbury yang merupakan gol professional pertama beliau.
  • Kesilapan Johan Djourou yang hampir membenarkan Pavlychenko menaringkan gol.
  • Gol Robbie Keane yang sebenarnya offide yang juga sekali lagi menyaksikan kelemahan Fabianski.
  • Tandukan bebas Vela yang sepatutnya masuk kedalam gawang.
  • Terjahan tepat pada masa oleh Koscielny yang menyelamatkan keadaan.
  • Kaki Nasri tersangkut pada Bassong dan sepakan penalti dihadiahkan kepada Arsenal.
  • Chamakh ditarik dalam kotak penalti dan sekali lagi penalti.
  • Gibbs terjengket cedera.
  • Rembatan kencang Arshavin untuk gol keempat.
  • Nasri clear bola diatas garisan gol.
  • Rambut Brylcream bekas pemain Arsenal, David Bentley.