Tuesday, November 22, 2011


Borussia Dortmund dikhabarkan hanya akan melepaskan bintang muda mereka jika ditawarkan £30juta. Kelab Bundesliga ini pada awalnya dikatakan mahu mengekalkan Mario Goetze setidak-tidaknya hingga hujung musim depan namun mereka sedar masa depan pemain berusia 19 tahun ini adalah bersama kelab elit Eropah yang lain.

Dua scout Arsenal telah dihantar ke Jerman untuk melihat dan menilai kemampuan Goetze pada perlawanan Bundesliga antara Dortmund dan Bayern Munich. Dalam perlawanan tersebut, pemain kebangsaan Jerman ini telah menjaringkan gol tunggal menewaskan Bayern Munich dengan 1-0.

Sementara CEO Arsenal, Ivan Gazidis bersama perunding, Richard Law akan berbincang tentang minat The Gunners pada Goetze apabila mereka bertemu dengan pegawai rasmi Dortmund apabila mereka bertandang ke Stadium Emirates dalam pertembungan Liga Juara-juara Eropah minggu ini.

Jika Arsenal bersetuju dengan harga ini, Goetze akan menjadi pemain termahal yang pernah dibida, dua kali ganda dari nilai ketika Andrey Arshavin dibawa masuk dari Zenit St Petersburg pada Januari 2009.

Sumber: The Mail

Tagged:

2 comments:

  1. klu mahal tp berbaloi x pa...tp klu dpt lg murah lg berbaloi2x....

    ReplyDelete
  2. gamble je.. kalau bdk ni bleh buat rvp rasakan team arsenal ni still ambitious ape salahnya.. ape2 pn rvp mesti dikekalkan!

    ReplyDelete