Showing posts with label Perpindahan. Show all posts
Showing posts with label Perpindahan. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Sejak Januari lagi Alex Chamberlain dikaitkan rapat dengan perpindahan ke Arsenal. Ada juga laporan yang mengatakan Arsenal sudah bersedia untuk dapatkan bintang muda Southampton itu dengan bayaran £10juta pada jendela perpindahan Januari, namun gagal apabila The Saints mahukan sekurang-kurangnya £12juta untuk bintang tersebut.


Kata sepakat akhirnya tercapai semalam apabila Arsenal bersertuju untuk membida Chamberlain dengan harga £15juta dimana Arsenal hanya membayar wang pendahuluan sebanyak £7juta dahulu dan selebihnya bergantung kepada pencapaian pemain tersebut.

Menurut artikel Jamie Sanderson, penulis YoungGuns Blog dan kolumnis Mirror Football, walaupun Alex Chamberlain mempunyai larian yang pantas, bermain diposisi sayap dan dari Southampton, beliau bukanlah klon kepada Theo Walcott.

Chamberlain dikatakan lebih sesuai bermain diposisi tengah dalam taktik 4-3-3 berbanding posisi wide yang selalu menjadi tempat Nasri, Arshavin dan Walcott. Ini kerana beliau mempunyai kemahiran yang sangat baik disamping mampu membuat hantaran short pass dan long pass dengan tepat.

Pemain yang akan berusia 18 tahun minggu depan ini juga mempunyai kekuatan fizikal yang bagus lantas membuatkan beliau tidak boleh dibuli oleh pemain lawan. Jika terlepas kawalan bola sekalipun, beliau sentiasa mempamerkan semangat dan kesungguhan untuk mengejar bagi mendapatkan kembali bola dari pihak lawan. Selain itu Chamberlain juga boleh menggelecek dengan sangat baik.

Dengan kebolehan yang ada pada Alex Chamberlain ini, Arsene Wenger mempunyai pilihan samada mahu meletakkan beliau pada posisi tengah dimana kekuatan fizikal, visi dan ketepatan hantaran menjadi kelebihan ataupun menggunakan aset kepantasan dan kelajuan di posisi wide.

Namun kita tidak boleh mengharapkan Alex Chamberlain memberikan impak serta merta memandangkan beliau masih muda dan perlu menyesuaikan diri dengan cara permainan Arsenal.

Pembelian ini dilihat menjadi langkah baik bagi mengetengahkan bakat pemain Inggeris yang dikatakan kentandusan pelapis. Kelab lain yang mengambil langkah yang sama pada musim ini adalah Man Utd yang mendapatkan Phil Jones dan Liverpool yang mendapatkan Jordan Henderson. Kedua-dua pemain ini dibeli dengan harga £16juta.

Arsene Wenger juga dikatakan sedang berusaha membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan bagi memantapkan skuad Arsenal musim hadapan yang akan bermula minggu depan.  

Friday, June 10, 2011

Mirror Football hari ini secara eksklusifnya melaporkan bahawa Arsenal berjaya dalam persaingan dengan Man Utd dan Liverpool bagi mendapatkan bakat muda England ini. Pemain sayap Southampton yang sudah lama dikaitkan untuk berpindah ke kelab yang lebih besar ini dikatakan telah segera terbang pulang dari destinasi percutian apabila mengetahui beliau akan disahkan menjadi pemain Arsenal pada 1 Julai ini.

Alex Chamberlain berjaya bantu Southampton melangkah ke Championship
Sebelum ini Alex Ferguson dikatakan bercadang untuk mendapatkan Chamberlain setelah berjaya dalam bersaingan dengan Arsene Wenger bagi mendapatkan Phil Jones dan Ashley Young yang bakal menyusul kemudian namun kali ini Wenger awal-awal lagi mengambil langkah awal.

Kejayaan mendapatkan Alex Chamberlain ini tidak dinafikan adalah hasil dorongan bapa beliau sendiri iaitu Mark Chamberlain, seorang bekas pemain kebangsaan England yang pernah membuat lapan kali penampilan ketika bermain untuk Stoke. Mark Chamberlain yakin bahawa anak beliau dapat banyak belajar dibawah bimbingan Arsene Wenger.

Pada awal bulan ini Mark Chamberlain dipetik berkata:
He’s only going to get better. A lot of people speak to me and say, ‘Maybe it’s too soon - look at Theo.’ But for me, I think Theo’s doing fantastic, he’s developing as a player, he’s still developing and he’s only young. To develop at a place like Arsenal can’t be a bad thing. In my eyes, I’d like him to go there as soon as possible, and continue his development.

Arsenal sudah lama berminat untuk mendapatkan Alex Chamberlain dan dikatakan hampir berjaya membeli beliau pada Januari lepas.

Friday, May 27, 2011

Lama sungguh aku tak update blog ni. Maaflah kepada yang setia datang menjenguk blog ni tapi haram pun tak ada update. Tak perlulah setiap kali aku menghilang, aku nak kena bagitau puncanya. Sudah semestinya aku sibuk dengan kerja.

Baiklah, kita teruskan dengan berita yang tak berapa nak terkini ni. Seorang lagi pemain muda Barcelona yang mana juga produk dari akademi La Masia bersetuju untuk menyertai Arsenal mengikut jejak langkah Jon Toral yang memilih untuk bersama Arsenal Februari lalu.

Bellerin mewakili Barcelona Cadete B, pasukan pemain simpanan Barcelona
Pada bulan lalu, Bellerin telah menolak kontrak baru bersama Barcelona berikutan beberapa siri pertikaian dengan staf pelatih disana. Sementara itu, Chelsea dan Man Utd juga dikatakan turut berminat untuk mendapatkan Bellerin namun Arsenal lebih pantas menyambar pemain Sepanyol bawah 16 tahun ini. Untuk itu Arsenal telah bersetuju untuk membayar wang pampasan sebanyak €400,000.

Bellerin adalah pemain sayap kanan yang pantas disamping mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan turut mahir dalam melakukan banyak trik. Seorang pemain attacking semula jadi, beliau juga gemar menjaringkan gol dalam kotak penalti.

Kedua-dua pemain yang 'dicuri' dari Barcelona iaitu Bellerin dan Toral,  telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun lagi.



Diambil dari: YoungGunsBlog

Tuesday, February 22, 2011

Sebuah stesen radio Catalan, Rac1, melaporkan bahawa Arsenal telah bersetuju untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona iaitu Jon Miquel Toral Harper. Wang pampasan sebanyak €350,000 akan dibayar oleh Arsenal untuk membolehkan pemain berusia 16 tahun tersebut berpindah dari Nou Camp ke Stadium Emirates.

Lima atau enam tahun akan datang Xavi akan menuntut balik pemain ber'DNA' Barcelona ini
Arsenal juga dikatakan telah bertemu dengan ibu kepada Toral, yang berbangsa Inggeris pada bulan lepas dan keluarga beliau telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Ironinya, Toral diwakili oleh adik lelaki Pep Guardiola iaitu Pere Guardiola sebagai ejen beliau. Walaupun perjanjian ini dikatakan sudah dimetrai, terdapat juga media di Sepanyol melaporkan Man City, Chelsea dan Liverpool turut cuba dapatkan Toral. 

Toral adalah pemain 'Cadete A' Barcelona dan ketika ini turut mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 16 tahun. Beliau dikatakan seorang pemain tengah yang kuat dan mempunyai bakat teknikal semulajadi. Menurut laporan 101GreatGoals pula, Toral merupakan pemain sayap kiri yang juga boleh bermain di bahagian kanan. Baru-baru ini beliau menjaringkan hat-trick ketika menentang Cornell dan dikenali sebagai pemain yang rajin dan yang paling matang dikalangan rakan sebaya di Barcelona.

Sudah pastinya kehilangan seorang lagi aset mereka akan mengeruhkan lagi hubungan Barcelona dengan Arsenal kerana mereka masih lagi tidak berpuas hati atas apa yang sudah berlaku kepada Cesc Fabregas. Namun Barcelona harus menyalahkan diri sendiri kerana mereka tidak menunjukkan keinginan untuk cuba dan yakinkan pemain tersebut untuk terus tinggal di Nou Camp sejak segalanya jelas bahawa beliau mahu berpindah ke England setelah empat tahun bersama.

Menurut Rac1 lagi, Arsenal juga dilaporkan cuba dapatkan rakan Toral iaitu Sergi Samper yang merupakan gandingan beliau dibahagian tengah. Namun pemain yang juga berusia 16 tahun itu menolak tawaran untuk bermain di Stadium Emirates.



Sumber:

Thursday, August 26, 2010

Dalam sidang akhbar bersama wartawan sebentar tadi, Arsene Wenger akhirnya mengesahkan Sebastien Squillaci menjadi pemain terbaru yang dibawa masuk menyertai skuad the Gunners musim ini. Beliau dijangka akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan yang lain esok pagi namun disahkan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Blackburn hari Sabtu ini.

Squillaci sah menjadi milik Arsenal dengan bayaran perpindahan yang dianggarkan £3.8 juta
Arsene Wenger merasakan Squillaci mempunyai segala kualiti dan ciri-ciri untuk menjadi pemain pertahanan yang bagus di Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 30 tahun ini juga sangat berpengalaman dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Liga Juara-juara Eropah terutama sekali ketika bersama Sevilla dan Lyon. Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman diperingkat antarabangsa bersama skuad Perancis.

Menurut laporan Mirror Football, Wenger dipetik berkata:
We needed a centre-back of quality and experience if possible, and at the right price - Sebastien was all of that. He is a real defender and is good in the one against one, good in the air, and can score goals on set-pieces as well. I believe he will be suited to the English game. He will train with us tomorrow morning, but will not be involved on Saturday.

Arsenal juga sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol kebangsaan Australia, Mark Schwarzer namun Fulham telah menolak dua bidaan untuk pemain berusia 37 tahun itu. Walaupun Wenger tidak menolak kebarangkalian untuk membeli pemain lagi menjelang tarikh tutup jendela perpindahan, beliau menegaskan tiada perjanjian pembelian sedang dijalankan dalam masa terdekat ini.

Pengurus berusia 61 tahun itu berkata:
We are where we are - we have four great 'keepers and it is important we give confidence to them for the next game. I do not rule it out, but at the moment I say I am not in a position to sign anybody. At the moment, it is all dead.

Sudah semestinya pembelian terbaru ini melegakan ramai pihak terutama sekali penyokong Arsenal yang mengharapkan barisan pertahanan the Gunners musim ini sangat ampuh dari serangan-serangan pihak lawan. Namun begitu, skuad musim ini akan nampak lebih stabil dan mantap jika Wenger berjaya membawa penjaga gol baru bagi mengawal gawang gol Arsenal setelah Almunia dan Fabianski dilihat tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam menjalankan tugas tersebut.

Friday, August 13, 2010

Arsene Wenger telah menyerap lima pemain simpanan ke dalam skuad utama. Mereka yang baru 'naik pangkat' tersebut adalah Emmanuel Frimpong, Jay Emmanuel-Thomas, Henri Lansbury, Havard Nordtveit dan Craig Eastmond. Namun begitu, hanya Frimpong sahaja dijangka bakal mendapat peluang untuk beraksi dalam perlawanan liga sementara yang lainnya mungkin akan digunakan untuk perlawanan FA dan Carling Cup atau bila terdesak sahaja.

Frimpong bakal memberi saingan pada Alex Song pada masa hadapan
Sementara itu, jurulatih skuad England bawah 19 tahun telah memanggil tiga pemain pemain muda Arsenal iaitu tak lain dan tidak bukan Emmanual Frimpong, Benik Afobe dan Nico Yennaris untuk perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Ketiga-tiga pemain tersebut sebenarnya bukanlah berketurunan Inggeris tetapi layak mewakili England kerana mereka telah lama menetap di United Kingdom.

Emmanuel Frimpong adalah berketurunan Ghana dan sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mewakili pasukan kebangsaan tempat asal usul keturunan beliau itu. Namun begitu, beliau masih boleh membuat pilihan untuk mewakili mana-mana pasukan kebangsaan kerana masih belum dipanggil untuk mewakili pasukan senior. Sementara itu Afobe berketurunan dari Congo dan Yennaris dari Greece. 

Laporan asal: YoungGunsBlog