Showing posts with label FA Cup. Show all posts
Showing posts with label FA Cup. Show all posts

Thursday, March 3, 2011


Klik sini kalau player tak load.

Monday, February 21, 2011

Aku tak tengok perlawanan semalam. Video highlights yang aku post ni pun aku tak tengok lagi sebab UiTM block untuk tengok video. Maka tak banyak la yang dapat aku ulaskan. Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan ni bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini berdasarkan barisan pemain yang diturunkan oleh Wenger. Beliau seperti memberi peluang kepada pemain yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk membuktikan kepada beliau bahawa mereka tidak sepatutnya memanaskan bangku simpanan.

Barisan pemain yang diturunkan rata-rata terdiri dari pemain yang 'out of form', baru pulih dari kecederaan dan seorang pemain muda untuk diberikan pengalaman bermain. Hanya Alex Song dan Bacary Sagna sahaja merupakan pemain utama diturunkan. Jadi tidak hairanlah persembahan mereka tidak begitu meyakinkan kerana masih belum cukup persefahaman seperti yang dipamerkan barisan pemain utama Arsenal. Namun begitu set pemain ini seharusnya melakukan yang lebih baik dari apa yang mereka sudah pamerkan kerana berdasarkan keputusan semalam inya masih belum cukup bagus. Perlawanan ulangan akan dilansungkan bulan hadapan.

Klik sini jika player tak boleh load

Sunday, January 9, 2011

Aku bukan suka sangat pun nak komen perlawanan FA Cup jadi post kali ini aku buat simple saja. Untuk perlawanan ini Wenger buat sembilan pertukaran pemain dari kesebelasan utama dan memberikan peluang kepada pemain seperti Arshavin dan Bendtner untuk buktikan kenapa mereka harus bermain dalam kesebelasan utama.

Tekaan dah tepat cuma sedikit terlambat untuk menahan bola yang disepak padu Snodgrass
Secara keseluruhan persembahan Arsenal sangat mengecewakan terutama sekali dengan banyak hantaran yang tidak tepat dan pemain yang tidak begitu fokus. Dua tonggak serangan iaitu Arshavin dan Bendtner gagal mempamerkan aksi yang cemerlang. Arshavin banyak kali dilihat tidak dapat membaca gerakan rakan sepasukan yang membuat hantaran kepada beliau dan mensia-siakan peluang satu lawan satu dengan penjaga gol. Bendtner pula nampak average je. Mungkin kerana diletakkan di posisi yang berbeza - sayap kanan.

Pemain lain seperti Chamakh, Rosicky dan Denilson juga tidak bermain pada prestasi sebenar mereka. Walaupun ini kali kedua Denilson menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan, beliau ada juga membuat percubaan berbahaya yang hampir menghasilkan gol. Secara jelasnya, hanya Szczesny dan Djourou sahaja yang bermain dengan sangat baik dari awal hingga ke wisel penamat. Szczesny berjaya menyelamatkan dua percubaan berbahaya dan hampir juga dapat menepis sepakan penalti dari Snodgrass. Djourou pula sangat cemerlang mengawal barisan pertahanan malahan nampak lebih berkesan dan Squillaci.

Dua pemain gantian iaitu Fabregas dan Walcott membawa impak kepada persembahan Arsenal manakala Carlos Vela pula tidak menonjol. Andai kata Vela akan dipinjamkan kepada kelab lain di Liga Perdana, beliau tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan FA Cup dengan kelab tersebut kerana terikat dengan peraturan. Berbalik kepada impak dua pemain utama, Walcott ditarik dalam kotak penalti dan Fabregas dengan yakin menyumbat gol penyamaan. Keputusan seri bermakna kita akan bertemu kembali pada perlawanan ulangan.

Selepas perlawanan selesai, Theo Walcott telah membuat kenyataan dalam laman rasmi bahawa beliau meminta maaf kepada Arsene Wenger dan Simon Grayson kerana dengan sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti. Pada pendapat aku, Walcott tak perlulah nak jujur sangat sebab tak ada sapa pun bangkitkan isu ini. Nanti tak pasal-pasal reputasi jatuh dan pengadil pun akan fikir dua tiga kali untuk kasi penalti.

Lupa pulak dengan kewujudan Sanchez Watt, pemain Arsenal yang dipinjamkan kepada Leeds. Budak ni masih lagi mentah tapi dah nampak kepantasan beliau dalam larian yang sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepada barisan pertahanan Arsenal. Satu lagi, Keiran Gibbs kali ni berjaya bermain 90 minit tanpa sebarang masalah kecederaan. Kalau tak, main sekejap je dah cedera balik. Diharap tak ada lagi masalah yang sama berulang.

Video Highlights