Showing posts with label Masalah Kecederaan. Show all posts
Showing posts with label Masalah Kecederaan. Show all posts

Friday, November 18, 2011


Masalah kecederaan sekali lagi melanda Keiran Gibbs apabila beliau dikhabarkan akan menjalani pembedahan hernia yang dikatakan berlansung semalam. Khabar angin ini telah bertiup kencang walaupun laman rasmi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan. Namun mereka dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat.

Monday, June 13, 2011


Lagi-lagi injured, orang duk sibuk berjalan-jalan makan angin ko buat ape Diaby? international duty la neh..haih.. die ne akan menjalani pembedahan buku lali minggu depan. Seterusnya menyebabkan dia ne terlepas sehingga awal musim. Ini bukan bende baru bagi peminat2 Arsenal. Diaby ne antara seorang yang suke na cederakn diri sendiri.hahah mungkin sebab dia pernah injured yang serius dulu dan terus mengsetani dia neh. Itu 1 hal, dgn sifat panas baran ko ag.! ko ingt ko sorg je ke main atas pandang.? 1 team, mase lawan NewCastle.. panas xtentu pasal , tawo la dia ne br baik dari injured kalau orang da tackle mcm tu buat2 jatuh ke ape da la. ok2 aq xna pnjg lebar. Korg tgk video ne, mungkin sama mcm korang kot time game tuh,hahaha.:D Sakit otak weyh.!!


meriam tegar.!

Saturday, January 29, 2011

Arsene Wenger telah mengesahkan dalam sidang akhbar hari ini bahawa Szczesny adalah penjaga gol utama Arsenal buat masa sekarang namun mencabar Manuel Almunia yang kembali pulih dari kecederaan supaya merebut kembali tempat tersebut.

Szczesny dikatakan mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi lagenda setandin Seaman
Almunia tidak bermain sejak penghujung September lepas selepas mengalami kecederaan dibahagian siku ketika cuba menyelamatkan sepakan penalti West Brom dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 2-3 ditempat sendiri. Beliau kemudian mengalami kecederaan pergelangan kaki yang berlarutan.

Ketika ketiadaan Almunia, Lukasz Fabianski menggalas tugas dengan baik namun kini sedang mengalami kecederaan bahu dan kemudian Wojciech Szczesny menggunakan peluang yang ada dengan baik sekali dan mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika mengawal gawang Arsenal.

Walaupun mengakui memang ada beberapa kelab di Sepanyol dan Turki yang berminat untuk dapatkan khidmat Almunia pada perpindahan Januari ini, Wenger masih mahu mengekalkan penjaga gol berusia 33 tahun itu dan mencabar supaya berjuang untuk dapatkan kembali tempat beliau.

Wenger dipetik berkata:
At the moment Wojciech is No1. He has done nothing for me to take him out, but I can rotate the goalkeepers. In the cups I play sometimes different goalkeepers as well. Manuel is under contract and as long as he is at the club we are happy to have him. I like him as a man and as a player and I have shown that in my decisions. I am happy that he is here.

Pada pendapat aku, Almunia adalah seorang penjaga gol yang baik namun tidak tergolong dalam kategori yang hebat sehingga boleh dianggap lagenda seperti David Seaman dan Jens Lehmann. Namun ada baik juga jika kita dapat kekalkan penjaga gol berpengalaman ini sebagai back up kepada Fabianski dan Szczesny. Ianya akan mencipta saingan yang sihat antara mereka supaya masing-masing tidak berada dalam zon selesa.

Cabaran Wenger untuk berjuang dapatkan tempat tu bagi aku sebagai taktik untuk buatkan Almunia masih ada hati untuk terus menyarung jersi Arsenal. Seperti yang kita semua dapat lihat, setiap minggu kedua-dua penjaga gol muda dari Poland ni beraksi dengan cemerlang dan tambah berkeyakinan pada setiap perlawanan. Mana mungkin mereka akan terlepas dari kesebelasan utama melainkan mengalami kecederaan ataupun prestasi mereka tiba-tiba jatuh merundum.

Laporan: The Sun UK

Tuesday, January 18, 2011

Thomas Vermaelen akan menjalani pembedahan pada buku lali akibat daripada kecederaan di bahagian achilles tendon dan akan terlepas daripada beraksi dalam kedua-dua pusingan Liga Juara-juara Eropah menentang Barcelona pada Februari dan awal Mac ini. Beliau mengakui sedang menuju ke Sweden’s Umea Hospital untuk dibedah oleh pakar bedah tempatan, Hakan Alfredson hari ini.

Kelibat Vermaelen sangat diperlukan untuk memimpin barisan pertahanan Arsenal
Walaupun Alfredson yang juga melakukan pembedahan keatas Zlatan Ibrahimovic sebelum ini, memberi jaminan bahawa akan menamatkan masalah kecederaan yang dialami Vermaelen sejak September, bekas ketua pasukan Ajax ini terpaksa berehat sekurang-kurangnya lima minggu lagi selepas pembedahan.

Menurut Vermaelen, beliau sudah tiga kali cuba kembali dari kecederaan tetapi kesakitan yang dialami beliau semakin bertambah pada setiap kali percubaan tersebut. Pemain yang dibeli dengan harga £10 juta ini sedar beliau mengalami masalah pada September lalu ketika persiapan mewakili Belgium menentang Jerman dan Turki. Selepas selesai menentang Turki, kesakitan yang beliau dialami bertambah teruk lagi dan tidak dapat beraksi hingga kini.

Bahagian kecederaan yang dialami Vermaelen
Persoalan sekarang mampukah Djourou dan Koscielny/Squillaci bertahan dengan baik dengan asakan yang bakal diterima dari Messi, Villa, Pedro dan lain-lain? Mampukah juga mereka kekal dari mengalami sebarang kecederaan? Wenger perlu cepat buat keputusan untuk dapatkan pemain pertahanan yang baru. Walaupun beliau akan dibebani dengan masalah lambakan pemain pertahanan jika semua kekal cergas, namun lebih parah lagi jika Arsenal kekurangan pemain pertahanan berkaliber.

Laporan: Daily Mail

Thursday, November 4, 2010

Pengurus kebangsaan Holland, Bert van Marwijk telah meletakkan nama Robin van Persie kedalam senarai awal 24 pemain Holland bagi menghadapi Turkey pada perlawanan persahabatan 17 November ini di Amsterdam walaupun penyerang tersebut masih lagi belum pulih dari kecederaan sepenuhnya.

van Marwijk telah hilang akal setelah tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia lepas
Namun begitu, bukan van Persie seorang sahaja yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan walaupun masih tercedera. Mereka yang lain adalah Dirk Kuyt, Khalid Boulahrouz, Wout Brama, Eljero Elia, Theo Janssen, Ruud van Nistelrooy serta menantu beliau sendiri, Mark van Bommel.

Berita ini sudah pastinya tidak menyenangkan pengurus-pengurus pasukan yang terlibat dan tidak ketinggalan juga Arsene Wenger yang baru saja bulan lepas menegaskan bahawa van Persie lansung tidak mempunyai peluang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut. 

Tindakan van Marwijk ini sangat tidak masuk akal kerana jika difikirkan secara logik, tidak perlulah mengambil risiko memanggil pemain yang cedera untuk bermain hanya dalam perlawanan persahabatan yang bukanlah penting sangat pun. Tambahan pula van Persie memang mempunyai kecenderungan untuk cedera yang tinggi. Beliau sepatutnya dibiarkan untuk pulih sepenuhnya dahulu. 

Jika tercedera lagi, KNVB bukan sahaja tidak menanggung segala perbelanjaan untuk memulihkan van Persie malah Arsenal juga terpaksa membayar gaji pemain tersebut yang terpaksa berehat panjang. Ini sangat merugikan Arsenal kerana tidak dapat menggunakan khidmat van Persie sepenuhnya sedangkan gaji yang dibayar agak tinggi. Diorang ingat Arsenal ni tempat rehab pemain cedera ke apa?

Pada musim lepas van Persie terpaksa berehat panjang setelah tercedera ketika membuat penampilan bersama Holland menentang Itali pada perlawanan persahabatan yang juga berlansung pada bulan November. Berikutan dengan kecederaan tersebut van Persie hanya mampu membuat 20 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan 10 gol.

Sunday, October 24, 2010

Ketua pasukan Cesc Fabregas telah berjanji untuk membalas kesetian Arsene Wenger terhadap beliau dengan membawa Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. Beliau mengakui bahawa Barcelona sentiasa dihati beliau dan perasaan itu sangat kuat. Namun kini segalanya telah berakhir malah jika boleh ingin menewaskan kelab asal beliau itu pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah.

Fabregas sentiasa komited mengemudi skuad muda Arsenal
Menurut laporan MirrorFootball, Fabregas turut menegaskan bahawa apa yang berlaku pada musim panas yang lalu tidak merosakkan persahabatan, perhubungan dan reputasi beliau di Stadium Emirates. Beliau dipetik berkata:
I’ve never had a problem with the coach. He knows how passionate I am and that I will always give my maximum for Arsenal. I dream of winning the title with Arsenal. I never hid my intentions in the summer. I wanted to play for Barcelona but it wasn’t possible and that’s finished.

Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan hamstring bulan lalu diturunkan pada perlawanan menentang Shakhtar Donetsk pada Selesa lepas turut mengakui bahawa sejak beliau memikul tugas sebagai attacking midfielder, beliau lebih banyak dikasari pihak lawan berbanding dua tahun lepas dimana beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjelang perlawanan menentang Man City malam ini, Fabregas menegaskan bawaha wang tidak boleh membeli semangat berpasukan yang bakal bergelar juara. Menurut beliau, setiap pasukan boleh memilih cara untuk menang namun ianya bukan cara Arsenal. Walaupun begitu, setiap cara yang diambil sesebuah pasukan haruslah dihormati dan Fabregas tidak menolak bahawa Man City mempunyai segala ramuan untuk menjadi pasukan yang hebat maka Arsenal perlulah berusaha dengan lebih keras menentang pasukan awan biru tersebut.

Sememangnya perlawanan yang bakal berlansung sebentar lagi merupakan ujian getir buat anak buah Arsene Wenger yang kehilangan mata berharga ketika menentang Sunderland dan West Bromwich yang lalu. Tiada keputusan lain yang harus didapatkan melainkan tiga mata penuh untuk terus bersaing dan mengejar Chelsea yang semakin maju kehadapan.

Monday, October 18, 2010

Arsene Wenger dah putus asa tapi jangan salah sangka, bukan tak boleh menang piala tapi ianya berkenaan kritikan sesetengah pihak terhadap beliau. Seperti semua orang tahu, Wenger sebelum ini dengan lantang bersuara mengenai terjahan bola dan kekasaran dipadang maka apabila Wilshere pula yang melakukannya, banyak pihak dengan senang hati membidas beliau.

Sehari sebelum kejadian, Wenger telah menyatakan bahawa beliau sudah katakan apa yang perlu mengenai terjahan dan tidak mahu lagi meneruskan perdebatan isu ini. Apa yang diharapkan oleh Wenger kini adalah supaya setiap pemain yang melakukan kekasaran mestilah diberi pengajaran dengan hukuman yang setimpal. Jika pemain tersebut terlepas ketika perlawanan berlansung, bukti video haruslah diguna pakai secara konsisten.

Wilshere terlalu bersemangat sehingga mengasari pemain lawan tanpa sengaja
Setelah perlawanan semalam, antara salah seorang yang membidas Wenger adalah penulis TEAMtalk.com iaitu Mark Holmes dengan menulis artikel bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengubah sikap beliau. Ubah sikap kepala hangguk dia lah. Sesungguhnya seruan Wenger tu bukan sahaja demi kebaikan Arsenal tetapi untuk pemain kelab lain jugak.

Holmes menerangkan bahawa apa yang terjadi kepada Wilshere adalah bukti dimana kekasaran tidak disengajakan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Memang benar ianya boleh berlaku kepada sesiapa dan bila ianya terjadi pemain tersebut haruslah memperbaiki diri dan cuba elakkan dari benda sama berulang. Tapi kalau orang yang sama tetap lakukan kekasaran seperti Shawcross, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Oleh kerana rasa terpanggil untuk memberi komen maka aku pun cuba argue dengan Holmes:


Tidak tepat jika Holmes katakan Shawcross dan Henry tidak mempunyai sejarah melakukan kekasaran. Ini kerana pada Oktober 2007 Shawcross telah terlibat dalam menyebabkan kecederaan serius pada Francis Jeffers dan dua musim lepas pada Adebayor. Sementara itu Henry dilihat sengaja memijak kaki Walcott seperti dalam video dibawah.


Aku kemudian argue lagi dengan Holmes:


Ahirnya aku pun malas lagi nak sambung. Bak kata Wenger, kita memang takleh menang kalau nak lawan cakap ngan diorang ni.

Wenger bagaimanapun tetap mempertahankan Wilshere dengan mengatakan situasi tersebut tidak sama dengan apa yang beliau tegaskan sebelum ini. Ianya tidak disengajakan dan ianya adalah yang pertama untuk bintang muda England itu. Apabila terlepas kawalan bola, beliau hanya ingin mendapatkan balik bola tersebut namun malangnya terjahan beliau salah timing.

Seperti yang diakui pemain itu sendiri, Wenger juga yakin Wilshere akan belajar dari kesilapan dan akan cuba mengelak dari melakukan perkara yang sama. Pada umur 18 tahun, Fabregas juga pernah mempunyai reaksi seperti itu. Namun sikap ini tidak sama seperti Shawcross, Paul Robinson dan lain-lain yang bukan sahaja dengan megah mengatakan tidak akan mengubah cara permainan kasar mereka malah akan terus mengekalkan cara permainan berbahaya tersebut.

Apabila memberi respon pada kritikan terhadap beliau, Wenger sudah pasrah bila ada pihak yang sentiasa mengatakan Arsenal salah tidak kiralah bagaimana pendekatan beliau terhadap bolasepak. Menurut Wenger lagi, beliau boleh mempengaruhi setiap pemain dengan visi beliau terhadap sesuatu perlawanan tetapi beliau tidak dapat mempengaruhi apa orang kata terhadap Arsenal. Kalau Arsenal nak memberi respon setiap kali penilaian orang, pasukan ini akan hilang arah.

Saturday, October 16, 2010

Laurent Koscielny disahkan dalam Arsenal.com mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Birmingham malam ini. Ketiadaan beliau memberikan peluang kepada Djourou untuk beraksi memandangkan Thomas Vermaelen dikhabarkan hanya akan pulih dalam masa 10 hari lagi. Maka malam ini kita dapat saksikan gandingan Djourou dan Squillaci pada barisan pertahanan.

Hleb akhirnya sedar yang rumput tidak selalunya hijau
Pada malam ini juga kita akan dapat menyaksikan Alex Hleb kembali setelah dua tahun meninggalkan Stadium Emirates untuk meraih gaji yang lebih tinggi dan rasa glamour bersama Barcelona. Namun sepanjang dua tahun ini beliau gagal menarik perhatian Pep Guardiola untuk bermain dalam kesebelasan utama dan telah dipinjamkan ke kelab Vfb Stuttgart pada musim lepas dan Birmingham pada musim ini.

Beliau yang kini berusia 29 tahun masih belum menunjukkan impak yang diharap-diharapkan namun pengurus Birmingham, Alex McLeish yakin Hleb masih mempunyai Faktor X dan meminta beliau untuk buktikannya pada malam ini. Dalam pada itu Hleb juga yakin Birmingham mampu melakukan kejutan seperti West Brom jika bekerja dengan lebih keras.

Friday, October 15, 2010

First of all, sorry sebab dah lama tak update blog. Ianya bukanlah disebabkan aku kecewa hingga menusuk kalbu, sudah bosan, pergi haji, kena tahan ISA mahupun diculik makhluk asing. Seperti yang aku jelaskan sebelum ni, aku baru pindah rumah dan tiada akses internet ditambah pula masalah di tempat kerja. Walau bagaimanpun respect lah kat korang yang concern pasal blog ni tak kiralah secara ikhlas atau sarcastic sekali pun. Haha.

Baiklah berita yang baru dikeluarkan oleh Telegraph.co.uk hari ini sedikit tidak menyenangkan. Cesc Fabregas yang kira-kira dua minggu lalu mempunyai peluang 50-50 untuk diturunkan menentang Chelsea dikhabarkan masih belum pulih sepenuhnya. Arsene Wenger telah memberitahu dalam Arsenal TV Online bahawa Fabregas kemungkinan besar tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Birmingham Sabtu ini.

Hari tu dah hampir-hampir nak main lawan Chelsea, bila masa pulak cedera?
Ketua pasukan kita ini juga dikatakan hanya mempunyai peluang yang agak kecil untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk pada Selasa ini walaupun beliau sendiri istiharkan cergas sewaktu berehat selama dua minggu ini. Sememangnya perkara ini agak menghairankan. Begitupun buat masa ini lebih baik kita fikir positif dan tidak terbawa-bawa dengan spekulasi yang kita semua sedia maklum.

Sementara itu, Theo Walcott yang kembali tercedera ketika mewakili England pada perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012 menentang Switzerland tempoh hari dikatakan mungkin akan diturunkan Sabtu ini. Turut sama kembali pulih adalah Nicklas Bendtner yang masih belum membuat penampilan pada musim ini dan Keiran Gibbs yang seharusnya diberi peluang lebih banyak beraksi untuk memberi saingan kepada Gael Clichy yang kebelakangan ini sering melakukan kesilapan.

Dalam berita lain pula, cerita bosan Fabregas-Barcelona keluar lagi. Aku malas nak ambil port pasal tu semua tu, cuma aku nak highlight kan isi penting yang diperkatakan ketua pasukan kita ini. Menurut laporan ESPN Soccernet, dalam temubual bersama stesen radio Cadena Cope, Fabregas menyuarakan bahawa Arsenal perlu mula menang kejuaraan kerana pasukan ini mempunyai bakat yang besar cuma apa yang kurang adalah mentaliti inginkan kemenangan.

Sesungguhnya apa yang disuarakan oleh ketua pasukan ini adalah amat tepat sekali dan ianya tiada pada sesetengah pemain yang tak perlulah aku ulang lagi nama-nama tersebut. Kita sendiri bola lihat bagaimana aksi mereka-mereka ini dipadang. Apakah solution yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini? Cara yang mudah namun mungkin Wenger takkan buat ialah buang pemain yang tiada mentaliti pemenang dan gantikan dengan bersemangat juang yang tinggi.

Thursday, September 23, 2010

Arsenal telah mengesahkan bahawa Keiran Gibbs hanya mengalami kecederaan kaki yang ringan ketika perlawanan pusingan ketiga Carling Cup menentang Spurs pagi tadi dan beliau akan direhatkan dalam masa yang singkat. 

Gibbs bernasib baik tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk
Sebelum ini Wenger amat risau bek kiri itu sekali lagi mengalami kecederaan patah tulang metatarsal yang terletak dibahagian tapak kaki. Ianya adalah kecederaan yang menyebabkan Gibbs terlepas untuk beraksi hampir keseluruhan musim lepas dan dengan itu juga peluang untuk menyertai skuad England pada Piala Dunia 2010 turut tertutup.

Walau bagaimanapun setelah menjalani ujian perubatan, kecederaan tersebut tidak lebih daripada lebam yang teruk. 

Saturday, August 21, 2010

Perlawanan pertama musim ini di Stadium Emirates bakal menyaksikan the Gunners berentap menentang Blackpool yang baru layak bermain di dalam Liga Perdana. Walaupun Arsenal dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengutip mata penuh, kemampuan pasukan Blackpool tidak haruslah diperkecilkan.

Pada perlawanan pembukaan minggu lepas, Blackpool telah menang mengejut keatas Wigan dengan membelasah the Latics 4 - 0 di tempat lawan. Secara dasarnya, Blackpool tidak mempunyai sebarang tekanan kerana mereka adalah pasukan pilihan. Arsenal perlu sentiasa fokus jika tidak mahu keputusan yang sama terjadi sekali lagi seperti ketika the Gunners tewas 1 - 2 ditangan Hull City di Stadium Emirates dimana mereka juga baru layak bermain di dalam Liga Perdana musim itu.

Sikap inginkan kemenangan perlu dikekalkan oleh setiap pemain Arsenal terutama sekali kepada Diaby, Denilson dan Arshavin yang kurang bersemengat jika dibandingkan dengan Fabregas dan Van Persie. Namun dengan kembalinya Captain Fabregas dan beberapa pemain lain, diharap dapat menyuntik semangat pemain-pemain lain. Empat pemain yang terlepas beraksi minggu lepas dan disahkan cergas untuk bermain malam ini adalah Fabregas, Song, Denilson dan Djourou.

Barisan kemungkinan malam ini yang dijangka oleh Blog Arsenal Nombor Empat

Almunia
Sagna - Djourou - Vermaelen - Clichy
Song
Diaby - Rosicky
Walcott - Chamakh - Wilshere

Simpanan: Fabianski, Nordtveit, Gibbs, Eboue, Fabregas, Arshavin, Van Persie

Johan Djourou mungkin akan diturunkan di bahagian pertahanan setelah Laurent Koscielny digantung satu perlawanan akibat mendapat kad merah hasil dari dua kad kuning ketika menentang Liverpool tempoh hari. Namun begitu, Alex Song dan Harvard Nordtveit juga mampu mengisi kekosongan itu jika Djourou dirasakan belum cukup cergas. Tomas Rosicky pula akan diberikan tugas sebagai perancang utama setelah Samir Nasri terpaksa direhatkan selama sebulan akibat kecederaan.

Rosicky bakal menjadi tonggak utama Arsenal pada perlawanan malam ini
Cesc Fabregas dan Van Persie mungkin tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini kerana Wenger telah menyatakan beliau tidak mahu mengambil risiko terhadap dua pemain tersebut. Namun, untuk mengelak dari keputusan yang tidak diingini terjadi, kedua-dua pemain ini akan bersedia dibangku simpanan. Sementara itu Arshavin yang sebelum ini mendakwa dirinya belum benar-benar pulih mungkin juga akan bersedia dibangku simpanan.

Secara keseluruhannya, tiada keputusan lain yang harus Arsenal dapat malam ini melainkan tiga mata penuh!

Friday, August 20, 2010

Sevilla memberi amaran kepada Arsenal bahawa mereka tidak akan melepaskan Sebastien Squillaci dengan harga yang murah. Mereka dipercayai inginkan wang perpindahan sebanyak £6.5 juta untuk pemain tersebut, namun nampaknya tawaran Arsenal masih belum menyamai nilai yang diminta.

Menurut laporan Mirror Football, Sevilla difahamkan telah mengendalikan mesyuarat tergempar bersama ahli lembaga dimana mereka membincangkan mengenai tawaran tersebut yang turut bergantung samada mereka dapat mencari pengganti Squillaci sebelum tutupnya jendela perpindahan pada 1 September ini.

Sementara itu apabila ditanya mengapa pemain tersebut tidak diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah, pengarah sukan Sevilla, Ramon Rodriguez mengakui bahawa pemain tersebut telah membuat permintaan sebegitu bagi mengelakkan beliau terikat dari bermain dengan mana-mana kelab pada kejuaraan di Eropah.

Rodriguez dipetik berkata:
"The player asked not to play because of the offer from such a big team, but, for the moment, we believe the offer is insufficient and Squillaci is still a Sevilla player,"

Satu lagi berita yang tidak menyenangkan yang dilaporkan oleh Mirror Football ialah bidaan kedua Arsenal untuk mendapatkan Mark Schwarzer ditolak oleh Fulham. The Gunners yang pernah membuat bidaan pertama sebanyak £2 juta untuk penjaga gol kebangsaan Australia pada Mei lalu, gagal untuk memperbaiki tawaran asal mereka.

Arsenal dipercayai sangat yakin untuk mendapatkan penjaga gol berusia 37 tahun itu dengan menawarkan tawaran sama seperti yang sebelumnya apabila pemain tersebut telah meminta untuk berpindah dari kelab. Mark Hughes pula tetap dengan pendirian beliau untuk tidak menjual pemain veteran itu melainkan mendapat tawaran yang dirasakan sesuai.

Terdapat khabar angin yang mengatakan punca tiada kata sepakat dapat dicapai dalam perbincangan ini adalah kerana Fulham inginkan £4 juta berserta Carlos Vela. Namun yang jelasnya Arsene Wenger tidak ingin menaikkan nilai bidaan asal terhadap pemain terbabit dan kini mungkin mengalihkan perhatian beliau untuk mendapatkan Shay Given ataupun Marten Stekelenberg.

Arsenal.com pula mengesahkan Emmanuel Frimpong yang baru sahaja diserap ke dalam skuad utama Arsenal mengalami kecederaan ligamen lutut. Kecederaan ini dialami ketika dalam latihan yang menyebabkan beliau terpaksa direhatkan selama enam hingga ke sembilan bulan. Berita buruk ini datang sehari selepas Samir Nasri disahkan bakal terlepas beraksi selama sebulan.

Pemain defensive midfielder yang berusia 18 tahun ini banyak memainkan peranan ketika perlawanan pra musim yang lalu dan menurut Arsene Wenger, jika Frimpong tidak tercedera sebegini, beliau berkemungkinan dapat beraksi bersama skuad utama dalam kempen memburu kejuaraan musim ini.

Sementara itu Arsenal.com turut menyiarkan berita dimana empat pemain yang terlepas untuk beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Liverpool minggu lepas berpeluang untuk membuat penampilan pertama musim ini. Mereka adalah Alex Song yang baru pulih dari kecederaan betis, Johan Djourou otot belakang lutut, Denilson otot perut dan juga Cesc Fabregas yang sebelum ini tidak cukup cergas.

Dalam berita lain pula, ejen kepada Armand Traore mengatakan bahawa Benfica semakin hampir untuk mendapatkan left-back yang berusia 20 tahun itu dengan harga sebanyak £3 juta. Proses rundingan untuk perjanjian ini masih lagi berlansung antara kedua-dua kelab.

Traore menjadi pilihan ketiga di Stadium Emirates dibelakang Clichy dan Gibbs
Menurut laporan ClubCall, ejen Traore, Richard des Voeux berkata:
"A number of European clubs were interested in Armand but the Benfica option is more important in many aspects. The interest is real and we are at a sensitive stage (of negotiations). Armand is aware of contacts between Benfica and Arsenal.Benfica are a wonderful club that would interest any player. Obviously, Armand is very interested and excited about the possibility of coming to play at Benfica. Nothing is finalised, but things can be decided very soon."

Thursday, August 19, 2010

Arsenal.com telah mengesahkan bahawa Samir Nasri akan berehat selama satu bulan bagi menjalani pembedahan kecil dibahagian lutut. Beliau mengalami kecederaan tersebut ketika perlawanan pembukaan menentang Liverpool di Anfield hujung minggu lepas. Namun begitu situasi ini tidaklah begitu membimbangkan kerana tempat beliau akan diganti oleh Cesc Fabregas yang dijangka cukup cergas pada perlawanan menentang Blackpool sabtu ini.

Nasri akan berehat sebulan
Koleksi pemain muda Arsenal akan bertambah lagi dengan kehadiran Serge Gnabry dari kelab Vfb Stuttgart. Menurut laporan Young Guns, kedua-dua kelab telah bersetuju dalam perjanjian perpindahan Gnabry dan pemain tengah yang layak mewakili pasukan kebangsaan Jerman atau Ivory Coast itu akan menandatangani kontrak bersama the Gunners pada Julai tahun depan apabila umur beliau cukup 16 tahun. Arsenal dijangka membayar pampasan sebanyak £100 ribu untuk pemain play-maker yang berpotensi besar itu.

Gnabry adalah seorang pemain attacking midfielder yang laju, dikatakan boleh juga bermain diposisi right midfielder ataupun di belakang penyerang. Beliau adalah pemain yang memainkan peranan besar untuk skuad bawah 16 tahun Stuttgart yang menjuarai Piala Nike awal tahun ini yang mana beliau dianugerahkan sebagai Player of the Tournament. Gnabry dijangka akan berlatih bersama Arsenal semasa cuti musim sejuk di Bundesliga pada Januari. Ianya sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang kehidupan di London kelak.

Sementara itu nasib malang buat Ryo Miyaichi apabila kaki beliau patah ketika perlawanan percubaan bersama kelab Ajax Amsterdam. Miyaichi sebelum ini pernah menjalani latihan bersama the Gunners selama seminggu dimana beliau berjaya menarik perhatian Arsene Wenger. Beliau kemudian terbang ke Belanda setelah mendapat tawaran untuk percubaan bersama Ajax pula. Sebelum beliau berlepas, Wenger memberikan kata-kata semangat dan berjanji akan menghantar scout  untuk mengikuti perkembangan beliau.

Namun begitu, Arsenal kini telah menamatkan minat untuk mendapatkan pemain sayap dari Jepun itu setelah tulang fibula beliau patah dalam perlawanan menentang SVV Scheveningen. Miyaichi sebelum itu dikatakan sudah hampir untuk menandatangani kontrak bersama Ajax.

Monday, August 16, 2010

Ramai yang tidak berpuas hati dengan persembahan Arshavin semalam yang nampak tidak bersungguh-sunguh. Aku juga tidak ketinggalan memaki hamun Arshavin yang selalu terlepas bola dan nampak tumpul dibarisan serangan. Apakah sebabnya Arshavin tidak dapat bermain dengan baik? Hari ini bila aku terbaca link yang dikongsikan oleh arseblog, barulah aku tahu sebabnya.

Arshavin akui sedang alami kecederaan yang mempengaruhi mutu pemainannya
Menurut laporan News of The World sebelum perlawanan menentang Liverpool semalam, Arshavin dari awal lagi mengakui bahawa dia sedang mengalami kecederaan dan out of form. Arshavin telah bermain dengan teruk sekali ketika dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan Rusia pada perlawanan persahabatan menentang Bulgaria tempoh hari. Sesetengah orang di Rusia juga telah mencadangkan beliau dipecat dari menjadi ketua pasukan kebangsaan.

Arshavin mengakui bahawa beliau dihantui masalah kecederaan peha kanan yang berlarutan. Sebelum perlawanan menentang Liverpool semalam, beliau dipetik berkata:
"I am so worried about an injury I picked before the beginning of the season. They haven't even started to kick me yet - but my leg is already in pain. Working with the ball is painful. I would not like a repetition of last season when one injury after another did not allow me to play to my full ability. As to what form I am in, let's see against Liverpool. But judging by the match against Bulgaria, it is very bad."

Walaupun sebelum ini Arshavin nampak malas, tetapi kali ini kita tidak boleh salahkan beliau. Arsenal sepatutnya  merehatkan Arshavin sehingga beliau betul-betul pulih. Dalam hal ini kita tidak boleh juga salahkan Arsene Wenger secara lansung. Mungkin benar salah beliau kerana menurunkan pemain yang cedera, tetapi beliau membuat keputusan tersebut berdasarkan laporan dari physio.

Kita tidak tahu situasi sebenar samada Wenger tidak sedar akan masalah ini atau beliau tahu, tapi tetap ingin menurunkan Arshavin. Walau bagaimana pun diharap agar Arshavin direhatkan sementara waktu dan apabila sembuh sepenuhnya beliau kembali mengancam seperti waktu dahulu. Sekurang-kurangnya kini kita sudah tahu masalah sebenar Arshavin.

Thursday, July 29, 2010

Hari ini aku terbaca di shoutbox Atikah dimana gunnersheart meminta pendapat fans Arsenal yang lain mengenai masalah kecederaan yang menimpa skuad the Gunners. Jadi kali ini, aku akan mengupas tentang isu ini yang semakin menjadi misteri kepada kita semua.

RVP, Bendtner dan Fabregas tidak dapat bermain di Anfield
Seperti kita semua tahu, pemain-pemain Arsenal sangat cenderung untuk tercedera sejak akhir-akhir ini. Sehingga waktu ini, tiga pemain utama disahkan tidak dapat bermain pada perlawanan pembukaan liga menentang Liverpool di Anfield. Mereka adalah Robin Van Persie, Nicklas Bendtner dan juga ketua pasukan Cesc Fabregas. Bendtner mengalami kecederaan dibahagian peha manakala Fabregas dan Van Persie tidak memiliki tahap kecergasan yang secukupnya setelah berehat panjang.

Apakah punca sebenar masalah ini berlarutan hingga ke saat ini? Adakah Arsene Wenger tidak tahu menilai pemain yang ingin dibelinya itu berkecenderungan untuk cedera? Adakah Arsenal selama ini tidak bernasib baik apabila pemainnya tercedera? Adakah pula bentuk latihan yang digunakan Arsene Wenger yang mengakibatkan kecederaan ini?

The Invincibles - kali terakhir Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris
Pernahkah anda semua terfikir, ketika era Arsenal memenangi liga dan juga beberapa piala lain, tiada pula masalah seperti ini melanda? Kesemua kesebelasan utama Arsenal sangat jarang untuk tercedera dan ini menjadikan Arsenal satu unit yang kuat. Nama-nama seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Ashley Cole, Gilberto Silva, Robert Pires, Sol Campbell dan ramai lagi jarang untuk mengalami kecederaan.

Pada ketika itu Arsenal menjadi pasukan yang digeruni oleh mana-mana pasukan lain lebih-lebih lagi pasukan yang berada di tangga tengah liga hingga ke bawah. Bak kata Edu, mentaliti pasukan lawan terus menjadi negatif apabila dijadualkan bertemu Arsenal. Namun, ini tidak bermakna pasukan Arsenal sekarang tidak lagi hebat dan digeruni, cuma pasukan ini tidak sehebat dulu.

Setelah kejayaan Arsenal memenangi silverware dari satu musim ke musim seterusnya, terdapat beberapa pasukan mendapat idea bagaimana untuk menyekat penguasaan Arsenal ini. Caranya ialah mereka perlu menyekat Arsenal bermain 'Cara Arsenal'. Taktik hantaran singkat serta bermain dengan menggunakan keupayaan teknikal masing-masing adalah 'Cara Arsenal' yang dicipta oleh Arsene Wenger.

Fabregas menunjukkan cara untuk mengajar pasukan lawan supaya tidak membuli Arsenal
Bagaimana 'Cara Arsenal' ini disekat? Mudah saja, pasukan lawan hanya perlu bermain secara fizikal. Setiap kali pemain Arsenal mendapat kawalan bola, mereka perlu mengasak dan membuat terjahan tanpa menghiraukan ianya terjahan tepat atau lambat. Bagi mereka, yang penting pemain-pemain Arsenal ini harus diasak dan diterjah. Kalau tidak, Arsenal akan menguasai permainan dengan cara mereka.

Pada pandangan pasukan lawan, apabila seseorang pemain Arsenal itu tercedera, ianya menjadi pengajaran kepada yang lain. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Eduardo dan Ramsey. Secara tidak lansung, ini sedikit sebanyak mempengaruhi mentaliti dan keyakinan pemain lain untuk bermain 'Cara Arsenal'. Akibatnya, hantaran menjadi tidak tepat dan para pemain teknikal kurang kreatif menggunakan kemahiran masing-masing.

Eduardo tidak lagi dapat beraksi dengan baik selepas kakinya patah
Sayangnya, apabila seseorang pemain itu mula mengalami kecederaan yang serius, kebarangkalian untuk cedera semula adalah sangat tinggi. Malah ianya akan turut mempengaruhi keyakinan dan mutu permainan permain terbabit. Antara contoh pemain yang mengalami situasi ini adalah Jose Antonio Reyes, Van Persie, Eduardo, Walcott, Diaby, Rosicky dan mungkin juga Ramsey suatu hari nanti.

Sebagai contoh ketika era pasukan lawan tidak mengetahui cara untuk menyekat 'Cara Arsenal', skuad Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain seperti Thierry Henry, Patrick Viera dan Robert Pires yang masing-masing secara purata bermain 50 perlawanan setiap musim. Pada masa sekarang, pemain seperti Van Persie, Rosicky dan Arshavin hanya bermain secara purata tidak lebih dari 40 perlawanan.

Nasib yang sama turut menimpa ketua pasukan Cesc Fabregas. Beliau pada peringkat awal karier bermain banyak perlawanan namun sejak dua musim lepas ianya terhad kepada 33 dan 36 perlawanan sahaja. Situasi yang sama bakal terjadi kepada pemain-pemain seperti Walcott, Nasri, Denilson, Diaby, Ramsey dan yang lain.

Antara sebab pasukan lawan secara berleluasa dapat bermain secara kasar adalah kerana pasukan Arsenal sekarang tidak mempunyai pemain yang beperwatakan agresif dan bertubuh badan sasa yang dapat melindungi pemain-pemain teknikal, pemain muda, dan pemain bertubuh badan sederhana. Arsenal juga mempunyai purata ketinggian pemain yang rendah berbanding pasukan lain.

Vieira  bertindak seperti 'Abang Long' yang melindungi rakan sepasukannya
Tidak seperti dahulu, Arsenal mempunyai pemain seperti Patrick Vieira, Emmanuel Petit, Sol Campbell dan Gilberto Silva yang sentiasa melindungi pemain-pemain lain. Mereka akan mengasak lawan kembali jika ada yang cuba membuli rakan sepasukan secara fizikal. Mengikut statistik dalam 6 dari keseluruhan 9 musim Vieira bersama Arsenal, beliau telah mengutip 51 kad kuning dan 6 kad merah.

Selain itu pihak media Inggeris turut memainkan peranan menjayakan pendekatan kasar pihak lawan terhadap Arsenal. Media Inggeris dinampak berat sebelah dalam memberi pandangan dan juga liputan terhadap skuad Arsenal yang rata-ratanya bukan pemain berbangsa Inggeris.

Ramsey turut mengalami nasib yang sama seperti Eduardo
Apabila Wenger mengeluarkan kenyataan bahawa Martin Taylor tidak patut bermain bolasepak lagi, beliau dikecam kerana terlalu mengikut emosi serta dikatakan tidak bersikap profesional. Wenger sekali lagi dikecam hebat apabila mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa keatas Ryan Shawcross. Beliau dikatakan bakal menggelapkan masa depan bintang muda England itu yang turut sama trauma dengan kejadian tersebut.

Pihak media dari media cetak sehinggalah pengulas perlawanan turut menyokong pihak lawan dengan alasan Arsenal bermain terlalu pantas sehingga timbulnya kecederaan yang tidak disengajakan. Arsenal juga dipersalahkan kerana memperkenalkan permainan yang pantas dan menarik. Seharusnya pasukan lawan perlu berusaha lebih keras memperbaiki mutu permainan mereka dan menggunakan taktik yang bijak bagi menewaskan Arsenal.

Inilah salah satu sebab pasukan kebangsaan England tidak dapat beraksi dengan baik di peringkat antarabangsa. Jika pasukan lawan yang kebanyakannya mempunyai pemain berbangsa Inggeris dapat mengatasi  pasukan campuran Arsenal dari segi mutu permainan dan teknikal, sudah pasti mereka setidak-tidaknya dapat beraksi lebih baik semasa di kejohanan Piala Dunia lepas. Ini tidak, mereka menyalahkan kelab seperti Arsenal yang tidak memberi peluang kepada pemain berbangsa Inggeris. Ada sebabnya kenapa Wenger lebih gemar membeli pemain luar. Nantilah kita bincangkan.

Reyes sentiasa disekat dari mempamerkan kemahirannya
Apa yang membimbangkan, jika keadaan ini tidak dikawal, ramai pemain yang berbakat besar dan berpotensi untuk menyinar gagal beraksi seperti yang diharapkan. Lihat saja kepada Jose Antonio Reyes dan Eduardo. Walaupun tidak mengalami kecederaan teruk seperti Eduardo, Reyes pada mulanya beraksi dengan baik dan memperlihatkan kemahiran gelecekan beliau yang menarik. Namun prestasi beliau mula menurun apabila mengalami kecederaan buku lali yang berlarutan.

Bayangkan betapa ruginya jika perkara yang sama turut terjadi kepada Aaron Ramsey. Beliau yang dilihat bakal menggantikan Cesc Fabregas suatu hari nanti, tidak diketahui sama ada boleh beraksi dengan baik lagi.

Pada pandangan aku, hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan situasi ini terus berlaku iaitu Arsene Wenger harus menukar pendekatan yang ada sekarang kepada lebih agresif dan membeli pemain-pemain yang beperwatakan seperti Vieira, Essien dan juga Gatusso. 'Cara Arsenal' tidak boleh digunakan lagi sekarang kerana ianya berjaya disekat dengan baik oleh pasukan lawan. Apa pula pendapat anda?