Walaupun Arsene Wenger sudah menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan kuantiti penyerang yang ada sekarang, ianya tidak menghalang untuk pihak media menyebarkan khabar angin pemain yang bakal menyertai Arsenal pada Januari tahun depan.
Sebenarnya aku tak tahu nak percaya sangat apa yang Wenger nyatakan dan dalam pada masa yang sama aku tak tolak sepenuhnya khabar angin yang dicanangkan oleh media - asalkan tak keterlaluan la beritanya. Kalau dikatakan Arsenal nak beli pemain bertaraf bintang dengan harga £30juta tu memang mustahil lah.
Ini kerana melalui pengalaman aku mengikut perkembangan berita tentang Arsenal ni lah kan, apa yang Wenger cakap sebenarnya bukan betul-betul akan beliau realisasikan. Bagi aku ianya bergantung pada keadaan.
Contohnya, musim sebelum ni Wenger cakap nak beli penjaga gol. Tapi sampai sekarang pun tak beli-beli. Ini kerana sukar untuk beliau nak capai persetujuan dalam pembelian seseorang pemain. Satu lagi contoh, Wenger pernah katakan Fabregas dan Nasri tak akan keluar dari Arsenal. Tapi akhirnya? Jadi macam aku cakap tadi semuanya bergantung pada keadaan.
Panjang pulak penjelasan aku. Berbalik pada khabar angin tentang Jovetic. Penyerang Fiorentina ini dikatakan tersenarai dalam senarai shopping Wenger ketika bukanya jendela perpindahan nanti. Aku tak rasa Wenger nak shopping lagi memandangkan dah buat besar-besaran Ogos lepas. Kalau ada pun mungkin seorang dua je lagi dibeli.
Pemain kebangsaan Montenegro ini dikatakan tidak mempunyai masalah untuk bermain di England namun kehadiran pemain ini ke Stadium Emirates, kalau betul pun, bergantung pada masa depan Chamakh bersama Arsenal. Kalau penyerang off form tu dijual baru la penyerang baru akan dibawa masuk.
Satu kemungkinan penyertaan Jovetic ke North London ini tidak akan menjadi kenyataan adalah nilai perpindahan beliau yang dijangka masih tinggi memandangkan beliau baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Fiorentina baru-baru ini.
Sumber: The Mail
0 comment(s):
Post a Comment