Diantara 3 pemain yang dibawa masuk musim lepas, hanya Koscielny sahaja yang cemerlang |
Nampaknya khabar angin terbaru mengatakan Arsene Wenger akan membuat jualan penghabisan stok dengan menjual pemain-pemain yang sudah merosot prestasinya. Diantara mereka adalah Sebastien Squillaci, Marouane Chamakh dan juga Manuel Almunia.
Squillaci yang kini berumur 31 tahun dikatakan akan meninggalkan Stadium Emirates untuk berhijrah menerusi perjanjian pinjaman ataupun perpindahan kekal dimana Arsenal akan menerima tawaran sekitar £2juta. Pemain yang dibeli dari Sevilla musim lepas ini telah jatuh menjadi pilihan kelima selepas kehadiran Per Mertesacker Ogos lepas.
Tidak ketinggalan juga Chamakh yang sebelum ini pernah dilaporkan menarik minat Sevilla, turut akan menemui jalan keluar selepas gagal mendapatkan rentak permainan seperti awal penyertaan beliau. Namun pemergian Chamakh ke mana-mana kelab bergantung jika Wenger berjaya dapatkan pengganti beliau.
Sementara itu pula, Almunia yang sedang dipinjamkan ke West Ham turut boleh dibida dengan nilai perpindahan hanya sekitar £300,000 sahaja.
Sumber: The Mail
0 comment(s):
Post a Comment