Kalau tempoh hari Lukas Fabianski, kini Vito Mannone pula menyatakan hasrat untuk berpindah dari Arsenal. Inilah masalah kalau ada banyak penjaga gol yang berbakat dan masih muda. Mereka tidak boleh bersabar dengan duduk dibangku simpanan dan mahukan peluang untuk buktikan kemampuan diri.
Sedangkan penjaga gol pilihan kedua Arsenal, Fabianski tidak dapat banyak peluang, inikan pula penjaga gol ketiga. Setakat ini Mannone hanya beraksi untuk pasukan simpanan dan penjaga gol berusia 23 tahun ini merasakan perkembangan karier bolasepak beliau boleh terbantut jika terus kekal.
Mannone dipetik berkata:
The ideal situation would be to let me go on loan and then make it permanent.
Tidak dinafikan penjaga gol muda Itali ini berbakat besar, akan tetapi Arsenal tidak boleh mengambil risiko yang tinggi dengan menurunkan beliau pada perlawanan liga mahupun piala domestik seperti Carling Cup atau FA Cup. Ini kerana memenangi apa-apa kejuaraan sekali pun menjadi keutamaan Arsenal musim ini setelah 6 tahun berputih mata.
Damian Martinez mungkin akan diserap ke skuad utama |
Sumber: The Sun
0 comment(s):
Post a Comment