Saturday, November 12, 2011


Thierry Henry menggesa agar para penyokong terus berada dibelakang Arsene Wenger dan tetap memberi sokongan terhadap individu yang menjadikan beliau seorang pemain yang bertaraf bintang. Penuh dengan rasa terhutang budi, beliau juga mengingatkan lagi para penyokong tentang apa yang Wenger sudah lakukan untuk kelab ini.

Lagenda Arsenal ini rasa terpanggil untuk memberi sokongan terhadap Wenger kerana beliau sedar bekas majikannya itu mendapat tekanan hebat dalam usaha cuba mengembalikan era kegemilangan The Gunners. Henry sedar itu bukan kerja mudah untuk Wenger memandangkan banyak kelab lain di England kini mampu bersaing apatah lagi dengan sokongan wang yang banyak dari pelabur.

Menurutnya lagi, apabila satu masa Wenger tidak lagi menguruskan kelab ini lagi, barulah ramai orang akan sedar segala usaha, kerja, pendek kata jasa yang telah beliau lakukan.

Henry dipetik berkata:
It’s always easy to judge on the spur of the moment in football, that’s the way it is. The day he stops, quite a lot of people will realise what he’s done for the club. It’s always easy to criticise but can you find better than Wenger?

Untuk yang entah keberapa kali dah pun, Henry sekali lagi menyatakan bahawa beliau adalah penyokong tegar Arsenal sepanjang hidup dan tidak pernah sekalipun beliau lupakan kenangan lalu diantara dirinya dan penyokong yang lain.

Kata Henry:
Arsenal play good football and I’ve become a Gunners supporter for life. Something happened between me and the fans that I’ll never forget.

Sumber: The Mail

Tagged: , ,

0 comment(s):

Post a Comment