Kalau tempoh hari Lukas Fabianski, kini Vito Mannone pula menyatakan hasrat untuk berpindah dari Arsenal. Inilah masalah kalau ada banyak penjaga gol yang berbakat dan masih muda. Mereka tidak boleh bersabar dengan duduk dibangku simpanan dan mahukan peluang untuk buktikan kemampuan diri.
Sejak kebelakangan ini Lukas Podolski telah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Namun kini jiran kita, Tottenham pula dikatakan bersedia untuk merampas penyerang kebangsaan Jerman ini untuk menyertai mereka di White Hart Lane.
Impian Laurent Koscielny untuk mewakili pasukan kebangsaan Perancis di peringkat antarabangsa akhirnya tercapai apabila beliau diberi peluang membuat penampilan pertama dalam perlawanan persahabatan menentang USA pada Sabtu lepas.
Robin van Persie telah dibenarkan meninggalkan pasukan kebangsaan Belanda dan pulang ke London selepas Bert van Marwijk bersetuju untuk merehatkan ayam tambatan Arsenal ini selepas berbincang dengan Arsene Wenger. Keputusan ini diambil kira bagi mengelakkan penjaring terbanyak Arsenal musim ini mengalami kecederaan seperti sebelum-sebelum ini.
Bintang Belgium ini telah mengakui akan meninggalkan Lille musim depan untuk meneruskan karier beliau dan sudah hampir pasti destinasinya adalah ke Sepanyol untuk bersama Real Madrid.
Emmanuel Eboue adalah seorang lagi pemain yang dijangka akan dijual Arsene Wenger dalam misi 'menyegarkan' pasukan Arsenal bagi menghadapi musim akan datang.
Galatasaray dilaporkan akan membida £4juta bagi mendapatkan pemain yang tidak dapat mempamerkan persembahan yang konsisten sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Insiden yang sangat menjatuhkan reputasi beliau adalah ketika menyebabkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan yang menyaksikan Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.
Ia juga dikatakan menjadi titik tolak kejatuhan moral rakan sepasukan lain apabila kehilangan dua mata berharga disaat Arsenal bersaing hebat dengan Man Utd dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana.
Eboue tidak ikut serta pada Asia Tour baru-baru ini kerana menurut Wenger beliau mengalami kecederaan betis. Namun Eboue juga ditinggalkan di London ketika para pemain lain bergerak ke Jerman untuk beraksi menentang FC Cologne. Ianya dikatakan bagi membolehkan beliau melengkapkan perpindahan ke kelab lain.
Hihi, Saje je. Arsene Wenger telah mengesahkan yang Denilson akan balik ke Brazil untuk di loankan. Arsenal menandatangi pemain ini dengan harga 3.4m dari Brazil juga pada Ogos 2006. Walaupun hanya membuat 150 penampilan, Denilson sukar mendapat kesebelasan utama di bawah Arsene. Dia juga berkata ini adalah peluang beliau bermain di kesebelasan utama di Brazil. Dia juga sedih sebab meninggalkan rakan di Arsenal dan semua yang banyak membantu dia.
Kesian juga tengok dia ne masa introduce masuk stadium training hari tu kena boo. Aq x sampai hati juga na boo, aq diam dan tepuk tangan je la.Takpe la, ini mungkin peluang terbaik dia untuk konsisten dalam permainan. Selamat Maju jaya!
Antara kata-kata dia :
I want to say thank you to the club and, of course also a big thank you to all the Arsenal fans who are special. I'm now focused on doing well in Brazill next season, but will always be looking out for the Arsenal results. It's a great club with many great players, a good team spirit and a top-class manager. I wish you well for next season.
Samir Nasri ingin membuktikan bahawa beliau bukan hanya bagus untuk 1 musim! Selepas persembahan yang mengkagumkan semusim 10/11 dengan memengangi PFA Player Of The Year, dia berazam untuk terus berusaha keras.
As a player, it is hard to stay at the top of your game,I don't want last season to be just a one-off. I want to continue playing at my best and be consistent at the level I was at the start of last season.This is the difference between a good player and a great player - and I know the expectations will be higher on me too.
Nasri akan terus dikaitkan dengan kebanyakkan kelab besar, tapi hanya mahu kekal bermain buat masa sekarang di Arsenal. Beliau berkata lagi:
As a team, we all realise now what we need to do to win a trophy,"We had everything to be champions, but if you look at it, every time we played to go top of the league, we never did.In terms of talent, I feel Arsenal had the best squad of the whole league. We played the best football. We were the best team, even if Manchester United had a good season too.
Nasri masih belum menandatangi sebarang sambungan kontrak lagi, hanye menunggu tawaran yang berkenan dihati oleh Arsene baru la dia sign. Semua peminat pasti mahukan dia ini menyarung jersi Arsenal season depan. Dengan performance season lepas nasri menambah:
We have improved so much, and if the boss adds some good players, I really believe a trophy will be won.
Defend Arsenal Djourou menegaskan bahawa ini adalah musim terbaik beliau bermain penuh dengan bukan major injuries pun la. Dia telah memberitahu lagi bahawa sedia bermati-matian untuk mendapat tempat dimata Si Arsene ini walaupun arsene sedia melabur untuk menguatkan lagi bahagian defend. Kecederaan bahu yang dihadapi semasa perlawanan FA cup menentang ManSetan tidak la terlalu lama. Dengan Perlawanan pre-season, Djourou berkata:
It was good for me to come back into the team, after the hard year I had with injury, to come back and play that well was very good.I’ve been here a long time, I want to keep my place and become a better player. When you play in the top flight each player has to push himself and battle for his place, and I am no different.I know I can improve and that I have a lot in me, so now I have to improve in time for pre-season and be ready for the team.Last season, I had a little shoulder injury at the end, but I think overall it was very good for me.I hope it’s the case that other players look to me because I have experience, and that the manager continues to have confidence in me.
Mungkin juga terlalu banyak beban, kadang-kala memang perlu juga backup team yang cukup mantap untuk menyokong 1st team. Aq pon masih menunggu new signing ne. :)
Lagi-lagi injured, orang duk sibuk berjalan-jalan makan angin ko buat ape Diaby? international duty la neh..haih.. die ne akan menjalani pembedahan buku lali minggu depan. Seterusnya menyebabkan dia ne terlepas sehingga awal musim. Ini bukan bende baru bagi peminat2 Arsenal. Diaby ne antara seorang yang suke na cederakn diri sendiri.hahah mungkin sebab dia pernah injured yang serius dulu dan terus mengsetani dia neh. Itu 1 hal, dgn sifat panas baran ko ag.! ko ingt ko sorg je ke main atas pandang.? 1 team, mase lawan NewCastle.. panas xtentu pasal , tawo la dia ne br baik dari injured kalau orang da tackle mcm tu buat2 jatuh ke ape da la. ok2 aq xna pnjg lebar. Korg tgk video ne, mungkin sama mcm korang kot time game tuh,hahaha.:D Sakit otak weyh.!!
Menurut laporan Mirror Football, Robin van Persie telah naik angin terhadap Abou Diaby dalam bilik persalinan Arsenal sehingga mereka berdua terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan yang turut berada disitu. Punca pertelingkahan tersebut berlaku disebabkan pemain Perancis tersebut dilayangkan kad kuning kerana melambatkan perlawanan dengan menyepak jauh bola ketika sepakan percuma diberikan kepada Blackpool.
van Persie bengang
Van Persie difahamkan berasa sangat marah kerana bimbang pisang bakal berbuah dua kali seperti yang berlaku ketika menentang Newcastle tempoh hari. Pada perlawanan tersebut, Diaby dibuang padang akibat membalas kekasaran Joey Barton dan sejak itu bermulalah mimpi ngeri Arsenal yang pada awalnya sudah selesa dihadapan dengan empat gol. Nyata sekali van Persie tidak mahu tindakan bodoh seperti itu mengundang padah pada Arsenal.
Sementara itu, Cesc Fabregas seolah-olah memberi hint berkenaan masa depan beliau apabila membuat satu kenyataan menerusi akaun twitter sejurus kemenangan terhadap Blackpool pada Ahad lepas. Cesc dipetik berkata:
300 games for Arsenal today with a very important victory. I look back and I see so many great things. But I look at the future and I see even greater things. Thank you very much for making me feel so special all those years. Now I want more. Let’s fight untill the end!
Kenyataan "Now I want more" boleh ditafsirkan kepada dua maksud. Besar kemungkinan adalah beliau mahu lebih banyak kenangan bersama Arsenal yang turut bermaksud beliau akan terus kekal di Stadium Emirates. Kemungkinan yang lainnya, beliau sudah dapat banyak kenangan bersama Arsenal dan kini mahu lebih. Lebih kejayaan, bersama Barcelona mungkin? Maksud yang sebenar hanya Cesc sahaja yang tahu. Kita tunggu saja musim panas ni.
Fabio Capello telah memuji pemain muda yang semakin mengukuhkan nama beliau dalam kesebelasan utama Arsenal ini dengan mengatakan beliau adalah masa depan England. Pengurus skuad tiga singa tersebut menegaskan bintang Arsenal ini akan menjadi tulang belakang pasukan England dalam misi menjuarai Euro 2012.
Menurut Wenger, Wilshere mampu bermain di sebarang posisi midfield
Capello kini dikatakan sudah bersedia untuk memberi kepercayaan beliau kepada Jack Wilshere sebagai pengikat barisan tengah England. Wilshere juga dikatakan akan diberikan tugas sebagai holding midfielder untuk perlawanan persahabatan menentang Denmark di Copenhagen bulan depan. Jika percubaan ini berjaya, Wilshere akan dikekalkan tempat beliau sepanjang pusingan kelayakan Euro 2012 hingga ke pusingan akhir, jika England layak.
Ini bermakna pemain Man City, Gareth Barry akan digugurkan jika Capello masih mahu mengekalkan formasi 4-4-2 yang biasa diguna pakai beliau. Jelas sekali Capello sangat teruja dengan kemunculan pemain muda seperti Wilshere. Pemain berusia 19 tahun ini membuat penampilan pertama bersama skuad senior England pada Ogos 2010 ketika menentang Hungary namun hairannya beliau tidak tersenarai ketika perlawanan kelayakan menentang Bulgaria dan Switzerland.
Sekarang Capello mahu memberi peluang kepada Wilshere dimana beliau dipetik berkata:
Wilshere will be one of the new players. He played just 10 minutes against Hungary at Wembley but I've monitored him for five months and he has improved a lot. He's a really interesting player and I want to try to put him in this position in front of the defence. He is mature enough to play this role. When he started, in some moments he played without big confidence. He was timid and shy. Now every game he improves a lot. He plays with confidence, without fear, tackles and tries to win. He's very important.
Menurut Capello, salah seorang pemain terbaik diposisi holding midfielder yang pernah dilihat dalam Liga Perdana Inggeris bukan berbangsa Inggeris tetapi seorang berbangsa Perancis iaitu Claude Makelele ketika beraksi untuk Chelsea. Cara permainan beliau adalah sangat simple iaitu dengan memenangi kembali bola dan menghantarnya kepada pemain yang tahu apa yang perlu dilakukan seperti kepada seorang playmaker.
Namun Capello merasakan Wilshere mempunyai cara permainan yang lebih dari setakat menjadi spoiler (kepada pihak lawan). Ini kerana Wilshere juga boleh menjadi playmaker, menggelecek dan membuat percubaan. Pengurus berpengalaman itu menambah:
Wilshere is better technically than Makelele, though Makelele was faster. When he receives the ball, Wilshere is more dangerous than Makelele. He wins back the ball, he passes, he turns, dribbles and shoots.
Pengurus berbangsa Itali itu juga mengakui mempunyai masalah untuk mencari pemain yang betul-betul bagus untuk bermain diposisi holding midfielder ini setelah Owen Hargreaves mengalami kecederaan yang berlarutan. Menurut beliau, Gareth Barry juga tidak mampu untuk menggalas tugas ini dengan baik.
Capello dipetik berkata:
I put different players in there but they had never played in this position. Barry with Aston Villa never played this position. He started to play there only with me. But I saw Wilshere play every game in this position. Wilshere is the best new young player and playing all the time with Arsenal. If you play with Arsenal, you are a really good player. Wenger likes the good player. It is important for Wilshere to understand that he will be the future.
Bekas pengurus Real Madrid dan Juventus ini juga sedar Wilshere kadang-kadang 'nakal' dipadang atau pun diluar padang. Wilshere dibuang padang tiga bulan lepas selepas mengasari penyerang tinggi lampai Birmingham, Nikola Zigic dan masih berada dalam jaminan atas perselisihan mulut dengan seorang pemandu teksi. Namun Capello bersedia untuk menghadapi kesukaran yang bakal ditempuhi dan percaya Wilshere akan menjadi lebih matang seiring dengan perjalanan karier beliau.
Capello menerangkan:
I read he had some problem with a taxi driver. But these are silly things. The private life is private life. It is not my problem. Even so, young players have to understand young people are an example. This is important but I can't do anything about the private life. The tackle is the tackle. I saw what happened. Sometimes you can make mistakes and I did the same as a player. It is the red mist.
Seperti Fabianski, seorang lagi pemain yang menunjukkan perkembangan yang begitu memberansangkan musim ini adalah Johan Djourou. Sebelum ini Djourou tidak dapat membuktikan kehebatan sebenar beliau kerana dibelenggu dari masalah kecederaan. Pada perlawanan menentang Chelsea tempoh hari, gandingan Koscielny dan pemain kebangsaan Switzerland ini berjaya mengikat Drogba yang bertahun lamanya mengganas dikubu pertahanan Arsenal.
Cesc Fabregas hari ini telah memberikan hint dalam account twitter beliau bahawa kita semua bakal melihat seorang pemain baru dalam skuad Arsenal esok. Adakah dalam senyap-senyap Arsene Wenger berjaya membeli seorang pemain baru? Siapakah pemain yang beliau maksudkan itu dan apakah yang akan menakutkan kita semua? Fabregas kemudiannya menyambung tweet beliau dengan menulis “You guys are so impatient … can you not wait 24h??? :-p”.
Setelah melakukan sedikit kajian, pemain yang mungkin ketua pasukan kita maksudkan itu adalah Alex Song. Ini kerana 24 jam dalam masa tweet tersebut adalah waktu sepak mula Arsenal menentang Man City dan tidak mungkin Wenger akan perkenalkan pemain baru pada waktu itu. Sementara itu Craig Eastmond juga dalam account twitter beliau menyarankan kita semua supaya tunggu dalam masa 24 jam untuk lihat rambut baru Alex Song.
Apa-apa pun kita tunggu je lah pagi nanti macam mana agaknya rambut baru Alex Song. Harap-harap rambut baru beliau tu tak bawak sebarang nasib malang buat Arsenal.
Pemain left-back Aston Villa ini mengakui peluang beliau untuk menjadi pengganti Ashley Cole sebagai left-back England terjejas dengan kemunculan Keiran Gibbs. Warnock nampak akan potensi besar Gibbs dan percaya beliau merupakan pengganti yang sesuai kepada Cole yang telah menyamai rekod Kenny Sansom, juga bekas lagenda Arsenal, sebagai left-back yang paling banyak membuat penampilan untuk England iaitu 86 penampilan.
Gibbs baru membuat satu penampilan bersama skuad senior England
Menurut laporan TEAMtalk, Warnock juga menerangkan Gibbs mempunyai bakat hebat yang mana akan mengambil alih tempat Cole dalam jangka masa panjang. Gibbs dikatakan mempunyai kemampuan teknikal dan kelajuan yang hampir sama dengan Cole dan disebabkan itu jika England mengharapkan left-back mereka dapat mengekalkan ciri-ciri ini, maka Gibbs adalah calon yang sesuai jika Cole bersara kelak.
Warnock dipetik berkata:
I'm not ruling myself out but, when you see that type of player coming through, you have to hold your hands up and say there's going to be a better player in front of you. I don't know whether that's now or in the next couple of years. That's not my choice to make. But Kieran is more than capable of playing at that level.
Kesian pulak aku ngan Warnock ni, cepat sangat nak mengalah. Memang benar Gibbs mempunyai kemampuan teknikal dan kelajuan yang hampir sama dengan Cole. Kedua-dua nya lepasan akademi bolasepak Arsenal yang sudah pastinya menjalani latihan yang sama. Akan tetapi jika selalu cedera saja, macam mana beliau nak mengembangkan bakat yang ada dan oleh itu Warnock mungkin masih lagi berpeluang dalam dua atau tiga tahun lagi.
Liga Perdana Inggeris telah membuka tirai sebentar tadi dengan perlawanan pembukaan diantara Spurs menentang Man City. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan dimana Joe Hart yang baru sahaja diumumkan sebagai penjaga gol utama Man City bermain dengan cemerlang sekali. Melihatkan pada persembahan Hart tersebut, peluang Given untuk bermain lebih perlawanan adalah semakin sukar. Pada pendapat aku, Wenger harus ambil peluang ini untuk bawa Given ke Stadium Emirates.
Lain pula dengan Mark Schwarzer. Beliau bukan sahaja tidak bermain dalam kesebelasan utama malah turut tidak tersenarai sebagai pemain simpanan pada perlawanan menentang Bolton. Ada berita mengatakan yang beliau tercedera ketika latihan atau adakah sesuatu yang sedang berlaku disebaliknya? Adakah beliau sedang bersiap sedia untuk ke Stadium Emirates? Walaupun ini hanyalah tanggapan, aku harap ianya akan benar-benar berlaku.
Seperti yang telah dijangka, Arsene Wenger telah menyambung kontrak selama 3 tahun lagi di Stadium Emirates. Ini menjadikan beliau sebagai pengurus yang paling lama berkhidmat untuk the Gunners iaitu selama 18 tahun jika beliau terus kekal hingga kontrak tersebut tamat pada 2014. Wenger dipetik berkata:
“My heart belongs to Arsenal and my desire is to see this team win silverware. My commitment and drive are as strong and fresh as ever. Signing a new deal means that I can see this talented group of players reach their potential. Trust me, they are ready to deliver. With my staff and players we are in front of an exciting challenge and we are looking forward to achieving much success.”
Jangan nak mimpi sangat Denilson. Pastikan usaha dengan lebih bersungguh-sungguh
Sementara itu akhbar The Sun UK telah menyiarkan temubual santai bersama Denilson yang memperkatakan tentang mimpi beliau menjuarai Liga Juara-juara Eropah bersama Arsenal. Dalam mimpi tersebut Arsenal telah menewaskan musuh tradisi Spurs kerana beliau juga sebagaimana fans Arsenal yang lain, tidak sukakan Spurs. Jadi kemenangan tersebut sangatlah bermakna. Beliau juga bercerita tentang pengaruh Arsene Wenger terhadap skuad muda Arsenal dan bagaimana faktor umur bukan penghalang untuk berjaya.
Arsene Wenger telah menyerap lima pemain simpanan ke dalam skuad utama. Mereka yang baru 'naik pangkat' tersebut adalah Emmanuel Frimpong, Jay Emmanuel-Thomas, Henri Lansbury, Havard Nordtveit dan Craig Eastmond. Namun begitu, hanya Frimpong sahaja dijangka bakal mendapat peluang untuk beraksi dalam perlawanan liga sementara yang lainnya mungkin akan digunakan untuk perlawanan FA dan Carling Cup atau bila terdesak sahaja.
Frimpong bakal memberi saingan pada Alex Song pada masa hadapan
Sementara itu, jurulatih skuad England bawah 19 tahun telah memanggil tiga pemain pemain muda Arsenal iaitu tak lain dan tidak bukan Emmanual Frimpong, Benik Afobe dan Nico Yennaris untuk perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Ketiga-tiga pemain tersebut sebenarnya bukanlah berketurunan Inggeris tetapi layak mewakili England kerana mereka telah lama menetap di United Kingdom.
Emmanuel Frimpong adalah berketurunan Ghana dan sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mewakili pasukan kebangsaan tempat asal usul keturunan beliau itu. Namun begitu, beliau masih boleh membuat pilihan untuk mewakili mana-mana pasukan kebangsaan kerana masih belum dipanggil untuk mewakili pasukan senior. Sementara itu Afobe berketurunan dari Congo dan Yennaris dari Greece.
Pagi tadi telah berlansungnya perlawanan persahabatan antara England dan Hungary di Stadium Wembley dimana Theo Walcott telah diturunkan didalam kesebelasan utama. Sementara itu Gibbs dimasukkan seawal minit pertama separuh masa kedua dan Wilshere pada minit ke 83 untuk penampilan pertama masing-masing.
Penampilan pertama untuk Wilshere pada umur 18 tahun
Theo Walcott dilihat bermain dengan baik dan menurut statistik pada separuh masa pertama, beliau berjaya mengelecek melepasi pemain lawan sebanyak lima kali. Sedikit improvement dari Walcott yang sebelum ini dikritik kerana hanya membuat larian pantas tetapi tiada kemahiran gelecek. Beliau juga hampir membantu England mendapatkan gol awal apabila bola lorongannya ke dalam kotak penalti disepak tinggi oleh Adam Johnson.
Dalam perlawanan tersebut England pada mulanya ketinggalan 0 - 1 apabila Phil Jagielka tertolak gol kedalam gawang sendiri dan walaupun Michael Dawson berjaya mengeluarkan bola yang belum melepasi garisan gol, pengadil tetap memberikan gol untuk Hungary. Selang 8 minit Steven Gerrard berjaya menyamakan kedudukan dan 4 minit kemudian menjaringkan gol kemengangan untuk England. Dua gol yang catik dari Gerrard. Perlawanan berkesudahan England 2 - 1 Hunggary.
Disini aku sertakan highlights perlawanan tersebut.
Pengurus Tottenham Hotspur itu sebenarnya memerli skuad yang dipanggil oleh Fabio Capello kerana baginya ramai pemain yang dipilih adalah tidak terbukti cukup bagus. Paling ketara sekali ialah dengan pemilihan Jack Wilshere dan Keiran Gibbs yang bukan pemain kesebelasan utama Arsenal. Baginya masih ada pemain lain yang layak untuk dipilih.
Beliau dipetik berkata:
“Jack Wilshere is a good prospect but I thought England were supposed to be better than than any club side. Maybe Arsenal are better than England.”
Selain itu Redknapp juga mempertikaikan pemilihan dua lagi pemain muda iaitu Ashley Young dan Theo Walcott yang hanya baru-baru ini dikatakan tidak begitu bagus untuk England bila dirujuk kepada skuad Piala Dunia England. Turut dipertikaikan ialah pemanggilan Bobby Zamora yang sudah berumur 29 tahun dan hanya bermain dengan baik musim lepas.
Apa kena dengan Redknapp? Ini hanyalah perlawanan persahabatan, bukan pusingan kelayakan Euro. Tujuan perlawanan ini adalah untuk melihat pemain mana yang boleh mempamerkan aksi yang baik pada peringkat antarabangsa. Tidak salah untuk Capello cuba mencari alternatif dan serapkan pemain-pemain baru untuk diuji kemampuan mereka. Takkan lah nak kekalkan pemain-pemain yang beraksi dengan teruk pada Piala Dunia lalu?
Sebenarnya Harry Redknapp bengang kerana hanya Michael Dawson dipilih dari pasukan bimbingannya manakala tiga lagi iaitu Ledley King, Aaron Lennon dan Jermain Defoe digugurkan dan sebaliknya diganti dengan Wilshere dan Gibbs. Walau bagaimanapun diharap mulut Redknapp tu masin dimana Arsenal lebih bagus dari England. Haha.
Disini aku sertakan video latihan pemain-pemain England yang turut menampilkan Wilshere dan Gibbs.
Theo Walcott, Jack Wilshere dan Keiran Gibbs adalah di antara 13 muka baru yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan England menentang Hungary pada perlawanan persahabatan nanti. Turut sama dipanggil adalah dua pemain yang dikaitkan dengan Arsenal iaitu Gary Cahill dan Phil Jagielka serta Ben Foster, Paul Robinson, Wes Brown, Adam Johnson, Ashley Young, Darren Bent, Carlton Cole, dan Bobby Zamora.
Sementara itu antara pemain yang tidak disenaraikan adalah Jermaine Defoe dan Michael Carrick kerana kecederaan, Emile Heskey dan Jamie Carragher yang bersara serta David James, Rob Green, Matthew Upson, Sthephen Warnock, Ledley King, Shaun Wright-Philips, Joe Cole, Aaron Lennon, dan Peter Crouch. Penyingkiran ini adalah yang terbesar dalam sejarah bola sepak England. Tindakan Capello ini mungkin dipersoalkan kerana tidak membuat persiapan yang terbaik untuk skuad Piala Dunia 2010.
Gibbs dan Wilshere mempunyai masa depan yang cerah baik bersama Arsenal dan juga England
Pada pendapat, aku rombakan ini adalah untuk kebaikan pasukan England juga kerana Capello sedang membina pasukannya sendiri dari awal sebagai persediaan untuk kejohanan Euro 2012 nanti. Ini bermakna jika Wilshere yang berumur 18 tahun dan Gibbs, 20 tahun, dapat menunjukkan prestasi permainan mereka dengan konsisten, tidak mustahil meraka akan menjadi pemain pilihan utama untuk Arsenal dan England kelak.
Jack Wilshere dipetik berkata:
“I’m delighted to have been named in the squad for the first time.
“I’m also realistic and want to take things one step at a time. Being called up to the England squad is a proud moment for me and my family, but my first target is to break into the Arsenal team and play on a regular basis. To achieve that, I need to keep my head down, work hard and stay focussed."
Sementara itu Keiran Gibbs pula berkata:
“It’s a welcome surprise to have been called up for the first time.
“To reach my full potential, it’s important that I keep on improving all aspects of my game and this call up will certainly be a great learning experience for me."
Perlawanan persahabatan dengan Legia Warsaw adalah acara tahunan yang anjurkan bagi memanaskan badan sebelum bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris. Ia adalah perjanjian yang termasuk dalam kontrak semasa pembelian Lukasz Fabianski lebih kurang 3 musim lepas.
Arsenal bermula dengan goyah apabila ketinggalan 3 - 0 dalam masa awal 37 minit separuh masa pertama. Sekali lagi Fabianski melakukan kesalahan bodoh apabila percubaannya untuk menyelamatkan bola lintang hasil dari sepakan sudut pasukan lawan tidak menjadi. Sebelum tamat separuh masa pertama, Chamakh merapatkan jurang gol apabila hantaran lintang Nasri berjaya ditanduk masuk ke dalam gawang lawan menjadikan kedudukan 3 - 1.
Pada separuh masa kedua, Szsczeny, Eboue, Gibbs, Vela masuk menggantikan Fabianski, Walcott, Rosicky dan Frimpong. Ternyata kemasukan pemain-pemain ini membuahkan hasil apabila Eboue mencuri perhatian dengan menjaringkan 2 gol sementara Gibbs, JET dan Nasri 1 gol serta 1 assist dari Vela. Legia Warsaw juga tidak ketinggalan menjaringkan 2 lagi gol pada separuh masa kedua dengan perlawanan berkesudahan Legia Warsaw 5 Arsenal 6.
Arsene Wenger harus mencari jalan penyelesaian dengan segera berikutan persembahan barisan pertahanan yang lansung tidak meyakinkan. Sebelum perlawanan pembukaan tirai di Anfield nanti, Arsenal seharusnya sudah ada penjaga gol yang baru. Jika Fabianski masih lagi diturunkan dan ditambah pula dengan aksi pertahanan yang teruk sebegini, tidak mustahil kita akan bolos lebih dari 4 gol seperti dua musim lepas. Wenger perlu meneliti masalah ini dengan baik dan memperbaiki kelemahan pertahanan dengan segera.
This is an Arsenal fan blog. Not only focused on Cesc Fabregas, this blog will comment on Arsenal as a whole. Please note that the author of this blog sometimes can not control himself from ranting and cursing. Please stay away if you are not an open minded reader.