Penyerang yang semakin hilang sentuhannya ini dikatakan menjadi sasaran utama Sevilla pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari tahun depan.
Sporting Director Sevilla, Monchi, sangat berminat untuk membawa Chamakh ke Sepanyol, namun segalanya bergantung kepada siapa pula yang akan menjadi backup kepada Robin van Persie nanti. Tambahan pula Nicklas Bendtner yang dipinjamkan ke Sunderland musim ini sudah menyatakan hasrat untuk tidak bermain untuk The Gunners lagi.
Selain dari Sevilla, Everton juga berminat terhadap Chamakh, namun kemungkinan besar mereka hanya mahu mendapatkan pemain antarabangsa Morocco itu melalui perjanjian pinjaman sahaja.
Pada pendapat korang, kalau betul lah khabar angin ni, patutkah Chamakh dikekalkan atau dibiarkan pergi?
Sumber: The Mail
0 comment(s):
Post a Comment