Showing posts with label Youth. Show all posts
Showing posts with label Youth. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Monday, December 12, 2011

Ramai pihak memperkatakan bahawa Arsenal adalah one-man-team dimana kelab ini hanya bergantung kepada kapten Robin van Persie untuk menang dalam satu-satu perlawanan. Memang jelas sekali penyerang on-form ini lah yang banyak menjaringkan gol kemenangan Arsenal, namun ramai yang tidak nampak akan sumbangan Alex Song yang menjadi tunjang pasukan ini.

Tanpa terjahan, pintasan dan hantaran dari Alex Song, Arsenal tidak dapat mengawal permainan dengan baik. Sepertimana kita semua tahu, pasukan yang mampu menguasai bahagian tengah selalunya akan memperoleh kemenangan kerana setiap serangan banyak bermula dibahagian tersebut. 

Malas nak tulis panjang-panjang, korang layan video kat bawah.

Thursday, December 1, 2011


Arsene Wenger dikatakan telah bersedia membelanjakan sebanyak £30juta bagi mendapatkan bintang muda Dortmund ini pada Januari depan. Tindakan Wenger ini adalah bagi meyakinkan Robin van Persie bahawa Arsenal masih bercita-cita tinggi dan berharap agar kapten kita yang kontraknya akan berakhir lagi 18 bulan ini kekal bersama the Gunners.

Thursday, November 24, 2011

Tetiba pulak Alex Song perasan jadi Ronaldinho. Sejak bila pulak dia bertukar dari defensive midfielder ke tricky winger pulak ni? Aku rasa Theo Walcott pun tak pernah buat macam ni. Dah la tunjuk skill, siap assist lagi tu.


Tuesday, November 22, 2011


Kalau tempoh hari Lukas Fabianski, kini Vito Mannone pula menyatakan hasrat untuk berpindah dari Arsenal. Inilah masalah kalau ada banyak penjaga gol yang berbakat dan masih muda. Mereka tidak boleh bersabar dengan duduk dibangku simpanan dan mahukan peluang untuk buktikan kemampuan diri.

Tuesday, November 15, 2011


Selepas Arshavin, Coquelin dan Bendtner, kini ini Lukasz Fabianski pula dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Arsenal memandangkan jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Beliau mahukan lebih aksi bagi menjamin tempat dalam pasukan kebangsaan Poland pada kejohanan Euro2012 yang bakal berlansung pada musim panas ini di Poland dan Ukraine.

Sunday, November 13, 2011


Alex Song menjadi sasaran terbaru Barcelona yang dikatakan boleh menjadi calon pengganti sesuai buat  midfielder mereka iaitu Seydou Keita. Pemain kebangsaan Mali itu sudah merancang untuk berhijrah dari Camp Nou pada penghujung musim ini dan Barcelona sudah bersedia untuk membida Song dengan jumlah lebih dari £15juta.

Menurut laporan di Jerman, Schalke bersedia untuk menawarkan Jefferson Farfan kepada Arsenal untuk ditukarkan dengan Andrei Arshavin yang sebelum ini sudah meluahkan rasa kekecewaan beliau kerana kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.
Diantara 3 pemain yang dibawa masuk musim lepas, hanya Koscielny sahaja yang cemerlang
Nampaknya khabar angin terbaru mengatakan Arsene Wenger akan membuat jualan penghabisan stok dengan menjual pemain-pemain yang sudah merosot prestasinya. Diantara mereka adalah Sebastien Squillaci, Marouane Chamakh dan juga Manuel Almunia.

Friday, November 11, 2011


Kagum dengan impak kehadiran Gervinho ke Stadium Emirates, Alex Song dengan ringan mulut memuji rakan sepasukan dari benua Afrika itu. Gervinho pantas menjadi kesayangan penyokong serta berjaya menempa kukuh tempat dalam kesebelasan utama Arsenal sejak awal penyertaan beliau dari kelab Perancis, Lille.


Francis Coquelin adalah salah seorang lagi pemain yang sedang mempertimbangkan masa depan beliau bersama Arsenal setalah tidak banyak diberikan masa bermain. Beliau hanya membuat penampilan sebanyak 5 kali sahaja pada musim ini dan beliau akui akan tinggalkan Emirates Stadium Januari depan jika situasi masih tidak berubah.


Andrei Arshavin telah kehilangan tempat beliau dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini. Jelas sekali puncanya adalah kerana prestasi tidak konsisten yang dipamerkan beliau sendiri dan tidak dinafikan juga dengan kehadiran Gervinho yang banyak memberi impak semenjak menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Lille.

Thursday, November 10, 2011


Posisi asal Andre Santos adalah dibahagian sayap, maka tidak hairanlah permainan beliau kelihatan sangat cemerlang ketika menyerang. Sememangnya bek kiri pasukan kebangsaan Brazil ini lebih gemar menyerang daripada bertahan. Ini adalah gaya permainan beliau yang sebenarnya.

Tuesday, August 9, 2011

Sejak Januari lagi Alex Chamberlain dikaitkan rapat dengan perpindahan ke Arsenal. Ada juga laporan yang mengatakan Arsenal sudah bersedia untuk dapatkan bintang muda Southampton itu dengan bayaran £10juta pada jendela perpindahan Januari, namun gagal apabila The Saints mahukan sekurang-kurangnya £12juta untuk bintang tersebut.


Kata sepakat akhirnya tercapai semalam apabila Arsenal bersertuju untuk membida Chamberlain dengan harga £15juta dimana Arsenal hanya membayar wang pendahuluan sebanyak £7juta dahulu dan selebihnya bergantung kepada pencapaian pemain tersebut.

Menurut artikel Jamie Sanderson, penulis YoungGuns Blog dan kolumnis Mirror Football, walaupun Alex Chamberlain mempunyai larian yang pantas, bermain diposisi sayap dan dari Southampton, beliau bukanlah klon kepada Theo Walcott.

Chamberlain dikatakan lebih sesuai bermain diposisi tengah dalam taktik 4-3-3 berbanding posisi wide yang selalu menjadi tempat Nasri, Arshavin dan Walcott. Ini kerana beliau mempunyai kemahiran yang sangat baik disamping mampu membuat hantaran short pass dan long pass dengan tepat.

Pemain yang akan berusia 18 tahun minggu depan ini juga mempunyai kekuatan fizikal yang bagus lantas membuatkan beliau tidak boleh dibuli oleh pemain lawan. Jika terlepas kawalan bola sekalipun, beliau sentiasa mempamerkan semangat dan kesungguhan untuk mengejar bagi mendapatkan kembali bola dari pihak lawan. Selain itu Chamberlain juga boleh menggelecek dengan sangat baik.

Dengan kebolehan yang ada pada Alex Chamberlain ini, Arsene Wenger mempunyai pilihan samada mahu meletakkan beliau pada posisi tengah dimana kekuatan fizikal, visi dan ketepatan hantaran menjadi kelebihan ataupun menggunakan aset kepantasan dan kelajuan di posisi wide.

Namun kita tidak boleh mengharapkan Alex Chamberlain memberikan impak serta merta memandangkan beliau masih muda dan perlu menyesuaikan diri dengan cara permainan Arsenal.

Pembelian ini dilihat menjadi langkah baik bagi mengetengahkan bakat pemain Inggeris yang dikatakan kentandusan pelapis. Kelab lain yang mengambil langkah yang sama pada musim ini adalah Man Utd yang mendapatkan Phil Jones dan Liverpool yang mendapatkan Jordan Henderson. Kedua-dua pemain ini dibeli dengan harga £16juta.

Arsene Wenger juga dikatakan sedang berusaha membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan bagi memantapkan skuad Arsenal musim hadapan yang akan bermula minggu depan.  

Monday, July 11, 2011


Nicklas Bendtner dan Manuel Almunia tidak turut serta dalam siri jelajah Asia kerana dikatakan sedang dalam proses untuk melengkapkan perpindahan keluar dari Stadium Emirates. The Star melaporkan bahawa Bendtner telah terbang ke Jerman pada hujung minggu lepas bagi berbincang dengan Dortmund.

Bendtner dinilai £12juta oleh Arsenal namun kini tawaran £9juta sudah memadai bagi melepaskan penyerang kebangsaan Denmark itu berhijrah ke kelab lain. Selain Dortmund, Sporting Lisbon juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Bendtner.

Sementara itu Almunia pula dikhabarkan telah pulang ke Sepanyol dengan berkemungkinan akan menyertai Atletico Madrid atau pun Malaga. Arsene Wenger dipercayai mahukan £1juta sahaja untuk penjaga gol berusia 34 tahun tersebut.

Sunday, June 26, 2011


Asyik khabar angin player masuk je. Ne yang keluar pulak. Mark Randall sedia meninggalkan Arsenal dengan percuma dan join Chesterfield.

Pemain berusia 21 tahun ini membuat hanya 13 penampilan utama semasa di Arsenal dan selebihnya loan ke kelab-kelab lain. Dia telah bermain untuk Burnley, MK Dons, dan Rotherham United season lepas hanya membuat 10 penampilan. Randall setuju kontrak 1 tahun bersama kelab tersebut.

Lagi 1 kes Samba, baru sahaja tandatangan lanjutan kontrak sehingga 2015 Feb. Striker Blackburn, Roberts mengakui ia adalah sukar untuk seorang pertahanan yang mantap untuk menolak keinginan bermain di Arsenal. Dia berkata di Skysport:

There's no doubt Chris Samba has done well for the football club and he signed a new contract recently.I'm sure the club will do everything in their power to keep him, but Arsenal's a big challenge and a big club and you would understand if he wants to go and play Champions League football as much as it would be an issue for us.I'm sure we're going to work hard to keep him. It's a big draw.

Dengan team mate dia sendiri sudah menyokong dan berharap dia akan kekal. Kemungkinan kita akan terlepas Samba. Lagi ditanya samada Samba ada kualiti untuk menjadi seorang pemain Arsenal. Roberts menambah:

I think there is no doubt in that. You see what he has done and brought to our team.There is no doubt that he can perform at Champions League level.

Thursday, June 23, 2011


Emmanuel Frimpong sedia melutut untuk terus kekal di Arsenal, jika Arsenal membuat keputusan untuk menjualnya musim panas ini.

Musim panas lepas, anak kelahiran Ghana ini bersedia untuk berlawan kesebelasan utama Arsenal tetapi dia menderita ligamen yang teruk semasa latihan dan sekarang dilaporkan dia ini akan dipinjamkan untuk memberi ruang merasa kesebelasan utama dikelab lain.

Tetapi, budak 19 tahun ini memberitahu twitter akaun yang dia tidak ada minat untuk meninggalkan Arsenal sebaliknya akan terus memberi aksi terbaiknya untuk kekal bermain di kesebelasan utama Arsenal.

April, pemain muda ini memberitahu official website yang dia akan menggunakan kesempatan yang ada jika diberi peluang seperti mana Jacky melakukan season lepas, dengan yakinnya mengekalkan tempat dimata Wenger selepas menunjukkan aksi yang memberansangkan semasa menentang Liverpool dan Blackpool.

Melalui masa depan nya ini Frimpong tweet kn :
Arsenal FC is pumping through my veins. I will never leave Arsenal even if I get released I will beg on both knees to stay they’re going to have to escort me [out].

Friday, June 10, 2011

Mirror Football hari ini secara eksklusifnya melaporkan bahawa Arsenal berjaya dalam persaingan dengan Man Utd dan Liverpool bagi mendapatkan bakat muda England ini. Pemain sayap Southampton yang sudah lama dikaitkan untuk berpindah ke kelab yang lebih besar ini dikatakan telah segera terbang pulang dari destinasi percutian apabila mengetahui beliau akan disahkan menjadi pemain Arsenal pada 1 Julai ini.

Alex Chamberlain berjaya bantu Southampton melangkah ke Championship
Sebelum ini Alex Ferguson dikatakan bercadang untuk mendapatkan Chamberlain setelah berjaya dalam bersaingan dengan Arsene Wenger bagi mendapatkan Phil Jones dan Ashley Young yang bakal menyusul kemudian namun kali ini Wenger awal-awal lagi mengambil langkah awal.

Kejayaan mendapatkan Alex Chamberlain ini tidak dinafikan adalah hasil dorongan bapa beliau sendiri iaitu Mark Chamberlain, seorang bekas pemain kebangsaan England yang pernah membuat lapan kali penampilan ketika bermain untuk Stoke. Mark Chamberlain yakin bahawa anak beliau dapat banyak belajar dibawah bimbingan Arsene Wenger.

Pada awal bulan ini Mark Chamberlain dipetik berkata:
He’s only going to get better. A lot of people speak to me and say, ‘Maybe it’s too soon - look at Theo.’ But for me, I think Theo’s doing fantastic, he’s developing as a player, he’s still developing and he’s only young. To develop at a place like Arsenal can’t be a bad thing. In my eyes, I’d like him to go there as soon as possible, and continue his development.

Arsenal sudah lama berminat untuk mendapatkan Alex Chamberlain dan dikatakan hampir berjaya membeli beliau pada Januari lepas.

Friday, May 27, 2011

Lama sungguh aku tak update blog ni. Maaflah kepada yang setia datang menjenguk blog ni tapi haram pun tak ada update. Tak perlulah setiap kali aku menghilang, aku nak kena bagitau puncanya. Sudah semestinya aku sibuk dengan kerja.

Baiklah, kita teruskan dengan berita yang tak berapa nak terkini ni. Seorang lagi pemain muda Barcelona yang mana juga produk dari akademi La Masia bersetuju untuk menyertai Arsenal mengikut jejak langkah Jon Toral yang memilih untuk bersama Arsenal Februari lalu.

Bellerin mewakili Barcelona Cadete B, pasukan pemain simpanan Barcelona
Pada bulan lalu, Bellerin telah menolak kontrak baru bersama Barcelona berikutan beberapa siri pertikaian dengan staf pelatih disana. Sementara itu, Chelsea dan Man Utd juga dikatakan turut berminat untuk mendapatkan Bellerin namun Arsenal lebih pantas menyambar pemain Sepanyol bawah 16 tahun ini. Untuk itu Arsenal telah bersetuju untuk membayar wang pampasan sebanyak €400,000.

Bellerin adalah pemain sayap kanan yang pantas disamping mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan turut mahir dalam melakukan banyak trik. Seorang pemain attacking semula jadi, beliau juga gemar menjaringkan gol dalam kotak penalti.

Kedua-dua pemain yang 'dicuri' dari Barcelona iaitu Bellerin dan Toral,  telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun lagi.



Diambil dari: YoungGunsBlog