Menurut laporan di Jerman, Schalke bersedia untuk menawarkan Jefferson Farfan kepada Arsenal untuk ditukarkan dengan Andrei Arshavin yang sebelum ini sudah meluahkan rasa kekecewaan beliau kerana kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.
Kontrak Farfan akan berakhir pada penghujung musim ini, maka Schalke sedang terdesak untuk menjual pemain kebangsaan Peru ini bagi mengelakkan kemungkinan beliau pergi tanpa sebarang bayaran. Walaupun begitu, kelab Bundesliga ini tidak akan menjual Farfan pada Januari akan datang melainkan dapat mencari pengganti pemain yang berusia 27 tahun tersebut.
Difahamkan Schalke telah mensasarkan untuk dapatkan Arshavin yang dilihat sebagai pengganti yang sesuai untuk Farfan, lantas dapat menyelesaikan dilema mereka ini dengan membuat tawaran kepada Arsenal bagi menukarkan dua pemain tersebut.
Arsenal dikatakan menilai Arshavin sekitar £15juta dan jumlah itu jugalah yang Schalke mahukan untuk lepaskan Farfan berdasarkan situasti kontrak pemain mereka itu buat masa ini.
Sumber: talkSPORT
0 comment(s):
Post a Comment