Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, November 14, 2011


Siapa individu yang melemparkan pizza ke arah pengurus Man Utd, Alex Ferguson, akhirnya didedahkan. Ianya menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak insiden 'Battle of Old Trafford II' atau 'Battle of the Buffet' ini berlaku pada tahun 2004. Dalam perlawanan tersebut Man Utd telah mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal dalam liga sehingga ke perlawanan ke-49 sahaja.

Friday, January 7, 2011


Kebiasaannya sesuatu perlawanan Eropah menjadi perhatian kerana pertembungan gaya antara dua pasukan. Sebagai contoh taktik bertahan Inter Milan ketika menentang pasukan yang sangat kuat seperti Barcelona. Sama juga seperti Tottenham yang mengejutkan pasukan dari Eropah yang lain dengan menggunakan taktik tradisional sayap Inggeris dan target man cara lama. Dalam Europa League, Napoli bermain dengan tiga pemain dibarisan pertahanan menentang pasukan yang menggunakan empat pemain dibarisan pertahanan.

Arsenal menentang Barcelona mempunyai sedikit kelainan dari contoh-contoh diatas kerana cara permainan mereka hampir sama. Ianya seolah-olah Wenger cuba menjadikan pasukan bimbingan Guardiola sebagai blue print untuk merealisasikan pasukan Arsenal yang mantap. Mereka juga dilihat mengadaptasikan falsafah Barcelona sedikit demi sedikit setiap tahun.

Kedua-dua pasukan mempunyai dasar formation yang berbeza, 4-3-3 untuk Barcelona sementara Wenger telah bertukar kepada 4-2-3-1 hanya baru-baru ini, namun kedua-dua pengurus telah memasukkan elemen 'fluidity' ataupun kebebasan kepada pemain untuk bermain dengan cara lain atau tersendiri bergantung kepada keadaan dalam taktik mereka.

Messi berhubung baik dengan Dani Alves, seorang pemain bek kanan yang selalu naik kedepan, dan Sergio Busquets akan turun untuk melindungi posisi yang ditingalkan Alves. Sementara Arsenal, Nasri diletakkan bermain jauh dipinggir padang, tetapi selalu bergerak ketengah untuk berhubung dengan Fabregas, dan van Persie juga selalu turun sedikit untuk mengambil bola. Song dan Wilshere pula bertukar-tukar giliran untuk menjadi perisai kepada barisan pertahanan sambil membuat hantaran-hantaran dari bawah.

Musim ini Wenger juga dipengaruhi dengan falsafah pressing Barcelona yang mana diguna pakai dengan lebih teguh lagi, Arsenal banyak mengadaptasi cara ini dan ianya dilakukan dengan lebih baik dari sebelum ini. Garisan pertahanan sangat kedepan seperti Barcelona dan fullback pula memberikan ruang yang lebar untuk memudahkan serangan.

Jadi, kedua-dua kelab bermain dengan gaya yang sama, cuma bezanya Barcelona mempunyai barisan kesebelasan utama yang lebih baik dari Arsenal. Bagaimana Arsenal nak menang? Jika diimbas kembali, Inter Milan dan pasukan yang baru naik ke La Liga iaitu Hercules, tidak dapat menyaingi hantaran-hantaran seperti Barcelona, namun mereka bermain dengan sangat bertahan dan hanya membuat serangan balas. Liverpool (kurang dari 4 tahun lepas) pergi ke Nou Camp, menggunakan taktik yang sama dan menang 2-1, tetapi ianya sebuah pasukan yang berbeza dari sekarang kerana ianya pasukan yang dibimbing pada saat-saat akhir Rijkaard bersama Barcelona. 

Jika Arsenal bermain secara bertahan, mereka pasti akan dihancurkan kerena mereka tidak biasa dengan taktik tersebut dan barisan pertahanan juga tidak cukup mantap. Dua tahun lepas Koscielny bermain di liga bawahan Perancis, ianya sesuatu yang sukar jika kita mengharapkan beliau dapat berdepan dan mengawal David Villa dan Lionel Messi.

Pertama sekali, Arsenal perlu mengharapkan Thomas Vermaelen sudah cergas pada Febuari kerana ketiadaan seorang pemain pertahanan ball-playing ini, Arsenal pasti dapat diratah dengan mudah lebih-lebih lagi Barcelona yang sentiasa menekan tanpa henti. Vermaelen seorang yang bijak untuk mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan dan memulakan gerakan dari bawah. Wenger juga perlu membuatkan van Persie lebih tajam ketika menyerang. Ketika menentang Man City, beliau telah mempamerkan tanda-tanda untuk menjadi David Villa versi Arsenal, seorang yang boleh berhubung baik dengan pemain lain disekeliling beliau sementara menjadi focal point atau titik utama ketika mereka naik untuk menyerang. Namun beliau masih nampak tumpul dan tidak konsisten semenjak kembali dari kecederaan.

Theo Walcott juga perlu bermain dalam perlawanan ini dimana tahun lepas beliau yang melakukan perbezaan dalam rentak permainan di Stadium Emirates. Jika beliau bermain dibahagian kanan seperti kebiasaannya, kecenderungan beliau untuk turun bertahan sangat bermanfaat terhadap David Villa. Kekurang bakat untuk bertahan menjadi sebab utama Arshavin harus duduk dibangku simpanan. Wenger juga boleh mencuba nasib untuk meletakkan Walcott disebelah kiri kerana kebanyakan ancaman Barcelona musim ini datang dari Dani Alves yang selalu naik keatas, kadang-kadang beliau seakan-akan pemain tengah tambahan. Jika Walcott diletakkan dibahagian ini, secara tidak lansung akan membuatkan Alves sentiasa berada diposisi asal dan kemungkinan juga Pedro akan turun membantu. Apa-apa pun kepantasan Walcott seharusnya menjadi kunci kepada garisan pertahanan Barcelona yang tinggi.

Kedua-dua pasukan bermain dengan cara yang hampir sama, meneruskan kawalan bola dan membuat hantaran melepasi pertahanan lawan. Arsenal mempunyai banyak attacking player untuk dipilih dari bangku simpanan sedangkan Barcelona mempunyai kesebelasan utama yang lebih baik. Arsenal mungkin harus bermain dengan lebih direct dengan menhantar bola terus kedepan kepada van Persie dan Walcott, sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Namun disebabkan barisan pertahanan yang agak lemah, Arsenal perlu mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol kerana ianya adalah satu-satunya cara untuk terus berada dalam kejohanan ini.

Diterjemahkan dan diolah dari artikel tulisan Sameer Chopra, EPLTalk.

Wednesday, August 25, 2010

Mail Online telah menyiarkan kenyataan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho mengenai pendapat beliau tentang pasukan manakah yang bakal memberi saingan dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pada pendapat beliau, Arsenal masih belum cukup bagus jika nak dibandingkan dengan Chelsea, Man Utd dan Man City yang dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman dan bereputasi tinggi.

Beliau dipetik berkata:
Year after year it looks like, but no, looks like, but no. Always the same type of comment, ‘it’s a young team’, ‘it will be next season’. I remember when we played them in a Carling Cup semi-final when they played the ‘team of young boys’. The ‘team of young boys’ is not any more the team of young boys now, they are the team of 25, 26, 27-year-olds. So Fabregas, Walcott, Clichy, Song, Sagna, they are not any more a team of young kids, they are a team in the age to win things. But I do not think they will do it. I think it will again be Man United, Chelsea and of course Man City, because they have a great squad.

Kenyataan Mourinho ada juga benarnya walaupun diantara nama-nama yang disebut, hanya Clichy dan Sagna sahaja yang tergolong pemain dalam lingkungan umur 25 hingga 27 tahun. Namun Arsenal kini dibarisi oleh pemain seperti Vermaelen, Rosicky, Arshavin, van Persie, Almunia dan mungkin juga Squillaci yang berumur 25 tahun keatas dan boleh juga dikatakan sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk bergelar pemenang. Alasan Arsenal masih dibarisi oleh pemain-pemain muda sudah tidak boleh diguna pakai.

Dua muka baru yang dibawa masuk dari kelab Perancis setakat ini
Aku pasti bila ditanya tentang keyakinan dengan skuad yang ada sekarang, ramai yang yakin. Aku pun begitu tetapi dalam hati, masih ada rasa sangsi dengan pemain-pemain yang ada sekarang. Mujurlah dengan adanya pembelian baru seperti Marwan Al-Shamakh, Laurent Koscielny dan kemungkinan Sebastian Squillaci menguatkan kembali tahap keyakinan ini. Cuma satu lagi pembelian pemain diperlukan iaitu penjaga gol yang cekap dan berpengalaman bagi menggantikan Almunia yang mana mutu permainan beliau dilihat semakin merosot.

Walau bagaimanapun, tidak nafikan mereka-mereka ini bukanlah nama besar dan tidak pernah menang apa-apa sebelum ini melainkan Cesc Fabregas yang pernah merasakan nikmat menjadi juara Eropah dan Dunia bersama Sepanyol serta Arshavin sebagai juara  Europa League dan Europen Super Cup bersama Zenit St. Petersburg. Oleh itu adalah normal jika Mourinho atau sesiapa sahaja mempersoalkan kebolehan anak didik Wenger ini.

Perlu di ingat, tiada manusia yang dilahirkan semulajadi sebagai  pemenang melainkan mereka sendiri berusaha untuk menang. Suatu ketika dahulu tiada siapa yang menyangka Arsenal boleh bertahan dari mengalami kekalahan selama 49 perlawanan. Tidak mustahil juga keajaiban boleh berlaku sekali lagi. Pada akhirnya terpulanglah kepada Wenger dan anak-anak buah beliau untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara.

Tuesday, August 24, 2010

Setelah kejayaan menjaringkan hat-trick pada perlawanan liga menentang Blackpool tempoh hari, Theo Walcott kini menjadi buah mulut ramai tidak kira dikalangan peminat, media dan juga penulis blog. Walcott mempamerkan aksi yang cemerlang dan boleh dikatakan ianya persembahan yang terbaik beliau sepanjang karier bersama Arsenal. Jadi aku juga tidak ketinggalan untuk memperkatakan tentang isu hangat ini. Mampukah Theo Walcott mengikut jejak langkah lagenda Arsenal, Thierry Henry?

Mari kita mulakan dengan karier awal Theo Walcott. Beliau memulakan karier senior bersama Southampton pada tahun 2005. Walcott membuat penampilan senior pertama ketika Southampton menentang Leeds United dalam perlawanan Liga Championship dimana beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Beliau terus menjadi perhatian apabila menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya menentang Milwall dan sekali lagi ketika menentang Stoke City. Sejak dari itu Walcott menjadi buruan pasukan ternama seperti Chelsea, Liverpool, Man Utd, Spurs dan termasuk jugalah Arsenal.

Dalam banyak-banyak tawaran tersebut, Walcott telah memilih Arsenal sebagai kelab pilihan beliau dengan perpindahan bernilai £12 juta. Arsenal tidak membayar wang perpindahan tersebut sekali gus untuk pemain yang ketika itu berusia 17 tahun. Perjanjian pembayaran adalah £5 juta wang pendahuluan dan diikuti £5juta berdasarkan penampilan bersama kelab dan lagi £2 juta berdasarkan penampilan bersama pasukan kebangsaan. Suatu ketika dulu, Walcott pernah menjadi perhatian apabila beliau tersenarai dalam skuad Piala Dunia 2006 England. Ramai pihak telah mengkritik pemilihan tersebut kerana beliau masih muda dan tidak pernah bermain dalam Liga Perdana.

Karier bersama Arsenal tidaklah seindah yang disangka. Pada usia yang masih muda, Walcott kurang mendapat peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama. Oleh kerana mempunyai reputasi yang tinggi dan dikatakan mempunyai ketangkasan seperti Thierry Henry, beliau turut merasakan tekanan apabila ramai yang mengharapkan beliau dapat menyamai kehebatan lagenda Arsenal itu. Selain itu, Walcott juga dibebani banyak masalah kecederaan dibahagian bahu, belakang dan lutut yang membuatkan beliau tidak dapat beraksi dengan baik.

Adakah Walcott akan mempamerkan aksi yang konsisten musim ini?
Bagi pemain yang banyak menghadapi masalah kecederaan, agak sukar untuk seseorang itu mendapat rentak permainannya kembali selain keyakinan yang kian pudar. Akibat dari masalah ini, persembahan Walcott menjadi tidak konsisten dimana ada ketika beliau beraksi dengan baik dan ada ketikanya beliau lansung tidak memberikan sebarang impak dalam sesuatu perlawanan. Hasilnya, beliau menjadi mangsa kritikan beberapa tokoh bolasepak yang disegani di England antaranya dari lagenda Liverpool yang juga seorang pengulas sukan BBC, Alan Hansen dan lagenda Spurs, Chris Waddle.

The ball comes to him and if he gets a good first touch he might be on his way if he shows pace. But he has a plan in his mind before the ball comes to him. He's not looking as if to think, 'This is where I want to be, this is where I want to go, and this is what I'm going to do'. It just seems to be all off the cuff. People keep saying to me, 'Oh he's young and he'll learn'. I keep thinking, 'Fabregas has learnt and he's young, Rooney has learnt... they all read the game so well'. I just don't think he's got a football brain and he's going to have problems.

Waddle tidak boleh bandingkan Walcott dengan Fabregas mahupun Rooney. Mereka tidak mengalami masalah seperti yang diterangkan sebelum ini. Tempoh matang seseorang pemain untuk menyerlah juga adalah tidak sama. Mungkin Walcott sedikit lambat tetapi beliau baru berusia 21 tahun. Henry juga baru menyerlah selepas menyertai Arsenal pada umur 22 tahun. Tidak mustahil juga tempoh matang beliau sama dengan Thierry Henry. Beliau juga pernah dikritik sebelum ini oleh penulis arsenalnewsreview.co.uk, Myles Palmer. ArsenalNewsReview adalah salah satu sumber berita tidak rasmi yang sangat popular suatu ketika dulu.

Palmer pernah mengkritik Thierry Henry dalam penulisan beliau ketika menghasilkan review post-match perlawanan pra musim Arsenal musim 1999/2000. Pada ketika itu, Henry yang masih mewakili Juventus sedang hangat diperkatakan tentang perpindahan ke Highbury. Palmer menulis:
And remember, Thierry Henry is not a striker. He is not a goalscorer. He scored only 20 goals in 103 games for Monaco. And he did nothing at Juventus. Henry is a right-footed left winger who is quick and skilful. He can also play wide on the right. Even Arsene Wenger cannot make Henry into a striker. So lets get that straight in our minds before we read any more ignorant tosh in the papers. Got it? Thierry Henry is a winger.

Lebih kurang sebulan selepas penulisan beliau ini, Thierry Henry menyertai Arsenal dengan bayaran perpindahan £10 juta. Ternyata kenyataan Palmer meleset apabila Henry tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris walaupun tidak begitu menyerlah ketika bersama Juventus di Serie A. Apakah persamaan Thierry Henry dengan Theo Walcott yang dapat dikesan dan cuba dihasilkan oleh Arsene Wenger? Apakah yang membuatkan Wenger memberikan jersi nombor 14 kepada Theo Walcott?

Mari kita selidik sedikit latar belakang Thierry Henry pula. Sama seperti Walcott, Henry juga asalnya bermain diposisi penyerang ketika usia remaja beliau. Sewaktu bersama Monaco yang mana Arsene Wenger merupakan pengurus disitu, beliau telah diletakkan sebagai pemain sayap kerana Wenger percaya ketangkasan, kawalan bola yang baik dan kemahiran beliau mampu merobek pertahanan lawan. Pada masa yang sama, Wenger terus mencari posisi yang sesuai untuk Henry. Beliau merasakan Henry sepatutnya diletakkan sebagai penyerang, namun beliau tidak begitu pasti. Adakah anda semua perasan, situasi ini hampir sama dengan Walcott?

Henry merupakan lagenda Arsenal yang tiada tandingan
Kini Walcott telah berjaya membuktikan kebolehan sebenar beliau dengan persembahan yang lebih meyakinkan. Pada perlawanan menentang Blackpool tempoh hari, Walcott kelihatan tenang membuat penyudahan disamping melakukan tugas rutin beliau mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Tidak hairanlah Wenger memberikan pujian dan semangat yang membina untuk Walcott. Wenger percaya boleh lakukan perkara yang sama kepada Walcott seperti apa yang telah beliau lakukan kepada Henry iaitu menukar posisi sayap yang tangkas kepada penyerang yang produktif.

I believe that Theo can score goals because when he was young he scored goals. I know it goes away a little between the ages of 18 and 21, when players adapt to the top level, but I think Theo can score goals and I am convinced he will finish in the middle. First of all he has good timing of his runs, and he senses when you have to go behind the defenders. And he has electric pace – once he is a yard past a central defender nobody in the world can catch him. He’s quite a good finisher. He used to be too nervous in front of goal and rushed his movements. Now he is composed.

Diharap Walcott tidak begitu selesa dengan pujian yang telah diberikan dan mampu mempamerkan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan musim ini hingga ke akhir karier. Cuma apa yang membimbangkan adalah masalah kecederaan yang sering menghantui beliau. Sama-samalah kita berharap agar Walcott tidak dibebani masalah kecederaan yang boleh membantutkan prestasi permainan pada masa akan datang. Hasil bimbingan dari Wenger dan tiada nasib yang malang, tidak mustahil Walcott mempu menandingini Thierry Henry. Akhir kata, all the best kepada Theo Walcott!!

Thursday, July 29, 2010

Hari ini aku terbaca di shoutbox Atikah dimana gunnersheart meminta pendapat fans Arsenal yang lain mengenai masalah kecederaan yang menimpa skuad the Gunners. Jadi kali ini, aku akan mengupas tentang isu ini yang semakin menjadi misteri kepada kita semua.

RVP, Bendtner dan Fabregas tidak dapat bermain di Anfield
Seperti kita semua tahu, pemain-pemain Arsenal sangat cenderung untuk tercedera sejak akhir-akhir ini. Sehingga waktu ini, tiga pemain utama disahkan tidak dapat bermain pada perlawanan pembukaan liga menentang Liverpool di Anfield. Mereka adalah Robin Van Persie, Nicklas Bendtner dan juga ketua pasukan Cesc Fabregas. Bendtner mengalami kecederaan dibahagian peha manakala Fabregas dan Van Persie tidak memiliki tahap kecergasan yang secukupnya setelah berehat panjang.

Apakah punca sebenar masalah ini berlarutan hingga ke saat ini? Adakah Arsene Wenger tidak tahu menilai pemain yang ingin dibelinya itu berkecenderungan untuk cedera? Adakah Arsenal selama ini tidak bernasib baik apabila pemainnya tercedera? Adakah pula bentuk latihan yang digunakan Arsene Wenger yang mengakibatkan kecederaan ini?

The Invincibles - kali terakhir Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris
Pernahkah anda semua terfikir, ketika era Arsenal memenangi liga dan juga beberapa piala lain, tiada pula masalah seperti ini melanda? Kesemua kesebelasan utama Arsenal sangat jarang untuk tercedera dan ini menjadikan Arsenal satu unit yang kuat. Nama-nama seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Ashley Cole, Gilberto Silva, Robert Pires, Sol Campbell dan ramai lagi jarang untuk mengalami kecederaan.

Pada ketika itu Arsenal menjadi pasukan yang digeruni oleh mana-mana pasukan lain lebih-lebih lagi pasukan yang berada di tangga tengah liga hingga ke bawah. Bak kata Edu, mentaliti pasukan lawan terus menjadi negatif apabila dijadualkan bertemu Arsenal. Namun, ini tidak bermakna pasukan Arsenal sekarang tidak lagi hebat dan digeruni, cuma pasukan ini tidak sehebat dulu.

Setelah kejayaan Arsenal memenangi silverware dari satu musim ke musim seterusnya, terdapat beberapa pasukan mendapat idea bagaimana untuk menyekat penguasaan Arsenal ini. Caranya ialah mereka perlu menyekat Arsenal bermain 'Cara Arsenal'. Taktik hantaran singkat serta bermain dengan menggunakan keupayaan teknikal masing-masing adalah 'Cara Arsenal' yang dicipta oleh Arsene Wenger.

Fabregas menunjukkan cara untuk mengajar pasukan lawan supaya tidak membuli Arsenal
Bagaimana 'Cara Arsenal' ini disekat? Mudah saja, pasukan lawan hanya perlu bermain secara fizikal. Setiap kali pemain Arsenal mendapat kawalan bola, mereka perlu mengasak dan membuat terjahan tanpa menghiraukan ianya terjahan tepat atau lambat. Bagi mereka, yang penting pemain-pemain Arsenal ini harus diasak dan diterjah. Kalau tidak, Arsenal akan menguasai permainan dengan cara mereka.

Pada pandangan pasukan lawan, apabila seseorang pemain Arsenal itu tercedera, ianya menjadi pengajaran kepada yang lain. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Eduardo dan Ramsey. Secara tidak lansung, ini sedikit sebanyak mempengaruhi mentaliti dan keyakinan pemain lain untuk bermain 'Cara Arsenal'. Akibatnya, hantaran menjadi tidak tepat dan para pemain teknikal kurang kreatif menggunakan kemahiran masing-masing.

Eduardo tidak lagi dapat beraksi dengan baik selepas kakinya patah
Sayangnya, apabila seseorang pemain itu mula mengalami kecederaan yang serius, kebarangkalian untuk cedera semula adalah sangat tinggi. Malah ianya akan turut mempengaruhi keyakinan dan mutu permainan permain terbabit. Antara contoh pemain yang mengalami situasi ini adalah Jose Antonio Reyes, Van Persie, Eduardo, Walcott, Diaby, Rosicky dan mungkin juga Ramsey suatu hari nanti.

Sebagai contoh ketika era pasukan lawan tidak mengetahui cara untuk menyekat 'Cara Arsenal', skuad Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain seperti Thierry Henry, Patrick Viera dan Robert Pires yang masing-masing secara purata bermain 50 perlawanan setiap musim. Pada masa sekarang, pemain seperti Van Persie, Rosicky dan Arshavin hanya bermain secara purata tidak lebih dari 40 perlawanan.

Nasib yang sama turut menimpa ketua pasukan Cesc Fabregas. Beliau pada peringkat awal karier bermain banyak perlawanan namun sejak dua musim lepas ianya terhad kepada 33 dan 36 perlawanan sahaja. Situasi yang sama bakal terjadi kepada pemain-pemain seperti Walcott, Nasri, Denilson, Diaby, Ramsey dan yang lain.

Antara sebab pasukan lawan secara berleluasa dapat bermain secara kasar adalah kerana pasukan Arsenal sekarang tidak mempunyai pemain yang beperwatakan agresif dan bertubuh badan sasa yang dapat melindungi pemain-pemain teknikal, pemain muda, dan pemain bertubuh badan sederhana. Arsenal juga mempunyai purata ketinggian pemain yang rendah berbanding pasukan lain.

Vieira  bertindak seperti 'Abang Long' yang melindungi rakan sepasukannya
Tidak seperti dahulu, Arsenal mempunyai pemain seperti Patrick Vieira, Emmanuel Petit, Sol Campbell dan Gilberto Silva yang sentiasa melindungi pemain-pemain lain. Mereka akan mengasak lawan kembali jika ada yang cuba membuli rakan sepasukan secara fizikal. Mengikut statistik dalam 6 dari keseluruhan 9 musim Vieira bersama Arsenal, beliau telah mengutip 51 kad kuning dan 6 kad merah.

Selain itu pihak media Inggeris turut memainkan peranan menjayakan pendekatan kasar pihak lawan terhadap Arsenal. Media Inggeris dinampak berat sebelah dalam memberi pandangan dan juga liputan terhadap skuad Arsenal yang rata-ratanya bukan pemain berbangsa Inggeris.

Ramsey turut mengalami nasib yang sama seperti Eduardo
Apabila Wenger mengeluarkan kenyataan bahawa Martin Taylor tidak patut bermain bolasepak lagi, beliau dikecam kerana terlalu mengikut emosi serta dikatakan tidak bersikap profesional. Wenger sekali lagi dikecam hebat apabila mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa keatas Ryan Shawcross. Beliau dikatakan bakal menggelapkan masa depan bintang muda England itu yang turut sama trauma dengan kejadian tersebut.

Pihak media dari media cetak sehinggalah pengulas perlawanan turut menyokong pihak lawan dengan alasan Arsenal bermain terlalu pantas sehingga timbulnya kecederaan yang tidak disengajakan. Arsenal juga dipersalahkan kerana memperkenalkan permainan yang pantas dan menarik. Seharusnya pasukan lawan perlu berusaha lebih keras memperbaiki mutu permainan mereka dan menggunakan taktik yang bijak bagi menewaskan Arsenal.

Inilah salah satu sebab pasukan kebangsaan England tidak dapat beraksi dengan baik di peringkat antarabangsa. Jika pasukan lawan yang kebanyakannya mempunyai pemain berbangsa Inggeris dapat mengatasi  pasukan campuran Arsenal dari segi mutu permainan dan teknikal, sudah pasti mereka setidak-tidaknya dapat beraksi lebih baik semasa di kejohanan Piala Dunia lepas. Ini tidak, mereka menyalahkan kelab seperti Arsenal yang tidak memberi peluang kepada pemain berbangsa Inggeris. Ada sebabnya kenapa Wenger lebih gemar membeli pemain luar. Nantilah kita bincangkan.

Reyes sentiasa disekat dari mempamerkan kemahirannya
Apa yang membimbangkan, jika keadaan ini tidak dikawal, ramai pemain yang berbakat besar dan berpotensi untuk menyinar gagal beraksi seperti yang diharapkan. Lihat saja kepada Jose Antonio Reyes dan Eduardo. Walaupun tidak mengalami kecederaan teruk seperti Eduardo, Reyes pada mulanya beraksi dengan baik dan memperlihatkan kemahiran gelecekan beliau yang menarik. Namun prestasi beliau mula menurun apabila mengalami kecederaan buku lali yang berlarutan.

Bayangkan betapa ruginya jika perkara yang sama turut terjadi kepada Aaron Ramsey. Beliau yang dilihat bakal menggantikan Cesc Fabregas suatu hari nanti, tidak diketahui sama ada boleh beraksi dengan baik lagi.

Pada pandangan aku, hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan situasi ini terus berlaku iaitu Arsene Wenger harus menukar pendekatan yang ada sekarang kepada lebih agresif dan membeli pemain-pemain yang beperwatakan seperti Vieira, Essien dan juga Gatusso. 'Cara Arsenal' tidak boleh digunakan lagi sekarang kerana ianya berjaya disekat dengan baik oleh pasukan lawan. Apa pula pendapat anda?


Monday, July 26, 2010

Semalam aku bercerita tentang penjaga gol, hari ini nak cerita pasal pertahanan pulak. Persoalan sama ada barisan pertahanan Arsenal sudah cukup mantap atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya dan buah mulut fans Arsenal. Bagi posisi full back rasanya masalah tidak timbul kerana kita semua tahu bahawa Gael Clichy dan Bakari Sagna beraksi dengan baik sekali untuk Arsenal selama ini. Backup diorang, Eboue dan Gibbs pun boleh tahan bagusnya. Jadi kali ini aku akan menyingkap misteri posisi pertahanan tengah Arsenal.

Silvestre dan Gallas bukan lagi pemain Arsenal
Seperti kita sudah sedia maklum, William Gallas dan Mikael Silvestre sudah dilepaskan oleh Arsenal setelah masing-masing tamat kontrak. Pemergian Silvestre amatlah dialu-alu kan tetapi kehilangan pemain yang berkualiti seperti Gallas adalah membimbangkan jika tidak diganti dengan pemain yang setanding dengannya. Ya, gantikan pemain yang mempunyai kualiti yang sama atau lebih dari Gallas dan bukan sama sikapnya.

Gallas dikecam hebat kerana tidak bertindak sebagai ketua pasukan yang memberi inspirasi kepada rakan sepasukan. Selain itu ada khabar mengatakan Gallas mencetuskan suasana tegang di bilik persalinan Arsenal. Ini diikuti dengan pengakuan Kolo Toure yang mendedahkan sebab utama dia pindah ke Man City adalah kerana ketidak sefahaman beliau dengan Gallas serta disuap gaji yang banyak oleh kelab barunya itu.

Apa-apa pun, itu cerita lama dan Gallas telah pun meninggalkan Arsenal. Khabarnya sebab beliau tidak mahu menandatangani kontrak baru dengan Arsenal adalah  kerana hasrat beliau menginginkan gaji 80K seminggu dan 2 tahun kontrak ditolak oleh Arsenal. Walaupun banyak kelab ternama seperti AS Roma, PSG dan Panathanaikos mahukan khidmat beliau, tiada kata putus dicapai kerana kelab-kelab tersebut juga tidak dapat menurut kemahuan Gallas yang inginkan gaji yang mahal walaupun usianya dah lanjut.

Pemergian Gallas mungkin ada hikmahnya kerana sebelum beliau sebagai pemain pertahanan paling senior dia ditugaskan mengemudi barisan belakang. Kini tugas tersebut diberikan kepada Thomas Vermaelen yang tidak dapat disangkalkan lagi mempunyai tokoh kepimpinan berdasarkan pengalaman beliau sebagai ketua pasukan Ajax Amsterdam.

Koscielny perlu mantapkan fizikalnya
Setakat ini, Arsene Wenger hanya mendapatkan Laurent Koscielny sebagai ganti. Adakah Koscielny mempunya kualiti seperti mana Gallas? Aku pun tak tau sebab belum tengok betul-betul dia main. Menurut beberapa blogger yang serius memerhatikan permainan Koscielny sewaktu perlawanan persahabatan menentang Barnet tempoh hari, budak baru ini kelihatan goyah dan banyak terlepas tandukan bola. Walaubagaimana pun masih terlalu awal untuk kita menilai Koscielny kerana mungkin beliau masih lagi gementar dan tidak biasa dengan corak pemainan Arsenal.

Sedikit membimbangkan apabila Koscielny sendiri mengakui kelemahan dirinya adalah dari segi fizikal sementara kelebihan beliau adalah pandai membaca permainan lawan. Ketinggian Koscielny ialah 1.86 meter. Ianya lebih 3 sentimeter tinggi dari Vermaelen yang berketinggian 1.83 meter. Kalau dulu keboleh Vermaelen diragui kerana tidak begitu tinggi, bagaimana pula dengan Koscielny? Sekurang-kurangnya Vermaelen mempunya tubuh badan yang tegap. Bagaimana beliau nak menghalang asakan penyerang sasa seperti Drogba dan Rooney dengan tubuh badan yang sebegitu? Mahu atau tidak Koscielny perlu tegapkan badannya, ambik la creatin atau anabolic steroid sekali pun.

Jagielka seorang pemain pertahanan yang tak tinggi
Adakah Wenger akan hanya membeli seorang sahaja pemain pertahanan? Sehingga kini ada dua lagi pemain pertahanan yang khabarnya bertiup kencang seperti ribut dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates Stadium. Pertama ialah Phil Jagielka dari Everton yang dinilai 15M dan yang kedua Per Mertesacker dari Werder Bremen yang dinilai 10M. Walaupun Jagielka mempunyai pengalaman yang luas dalam EPL, ketinggian beliau hanyalah 1.80 meter dan lagi rendah dari Vermaelen. Bolehkah beliau mengatasi penyerang-penyerang tinggi lampai lain seperti Zlatan Ibrahimovic, Fernando Torres dan Peter 'Panjang' Crouch? Lagipun beliau sebenarnya bermain di posisi tengah atau tengah bertahan ketika bermain untuk kelab Sheffield United sebelum diubah ke posisi pertahanan tengah oleh Everton sejak tiga tahun lalu.

Bagaimana pula dengan Djohan Djourou dan Sol Campbell yang berpengalaman luas itu? Djohan Djourou memang diakui mempunyai bakat dan cukup ketinggiannya untuk menjadi pemain pertahanan tengah yang ideal (1.92 meter). Cuma sayangnya, beliau berkecenderungan untuk cedera. Menurut statistik, musim lepas beliau hanya bermain 1 perlawanan, musim sebelumnya 29 dan dua musim lepas hanya 2 perlawanan. Sol Campbell pula walaupun berpengalaman luas, pada usia 36 tahun, masih bolehkah beliau beraksi dengan bertenaga sekali jika pemain pertahanan utama tercedera atau digantung perlawanan?

Sehingga kini masa depan Sol Campbell masih lagi tidak dapat dipastikan kerana beliau masih lagi berbulan madu dengan isteri yang baru dikahwininya. Kebarangkalian beliau akan masih bersama Arsenal musim hadapan adalah tinggi memandangkan gambar beliau masih lagi terpampang di laman web rasmi sedangkan gambar Gallas dan Silvestre sudah dibuang kedalam tong sampah.

Mertesacker tinggi lampai dan banyak pengalaman bersama skuad Germany
Calon yang cukup sesuai pada pandangan aku ialah Per Mertesacker. Pemain tinggi lampai (1.98 meter) ini merupakan pemain kesebelasan utama Werder Bremen. Beliau juga telah membuat 69 penampilan untuk skuad kebangsaan Germany. Maka boleh dikatakan beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di Eropah. Walaupun beliau tiada pengalaman di EPL, perlu diingat, kita juga mahu bersaing untuk Liga Juara-juara Eropah. Berdasarkan prestasi Mertesacker bersama skuad Germany pada Piala Dunia tempoh hari, terbukti sudah kebolehan beliau apabila berjaya bertahan dengan baik ketika Germany membelasah England dan pasukan favourite Argentina.

Namun begitu, jika Arsenal menyambung kontrak Sol Campbell, dikhuatiri Wenger tidak akan membawa mana-mana pemain pertahanan tengah lagi. Ini kerana untuk meyakinkan Campbell bagi menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Beliau sebelum ini secara terbuka mengatakan pada waktu sekarang beliau hanya mahu bermain bolasepak sebanyak mungkin. Seorang lagi pemain muda Arsenal yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab Nurnberg di Bundesliga bakal diberikan peluang untuk bermain untuk Arsenal musim hadapan ialah Havard Nordtveit. Beliau pada asalnya bermain pada posisi pertahanan tengah, namun diubah menjadi bek kanan ketika bersama Nurnberg. Keserbagunaan beliau ini amat berguna untuk Arsenal yang kekurangan pemain.

Apa sekali pun tindakan Arsene Wenger, diharap barisan pertahanan Arsenal cukup mantap untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.


Sunday, July 25, 2010


Masa depan Manuel Almunia dilihat semakin malap. Dia tidak diturunkan dalam dua perlawanan pra musim yang lalu. Kali terakhir Almunia bermain adalah ketika tewas dengan Spurs pada perlawanan liga hujung musim lepas. Tewas dengan Spurs adalah sesuatu yang memeritkan buat fans Arsenal terutama sekali di UK. Tambah lagi yang tinggal dekat North London kerana mereka ini berjiran dengan fans Spurs. Sudah semestinya kena menganjing kaw-kaw. Bagi fans dekat Malaysia tak terasa sangat permusuhan ini tapi still aku sakit hati sebab kekalahan tersebut memusnahkan harapan untuk bersaing mendapatkan takhta liga. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebab utama kenapa Wenger mahu lepaskan Almunia.

Selepas kekalahan dengan Spurs, Arsene Wenger menurunkan Lukasz Fabianski sebagai penjaga gol sehinggalah sekarang. Ini kerana Wenger masih lagi mahu melihat Fabianski buktikan dirinya bahawa dia layak menjadi penjaga gol utama Arsenal. Adakah Arsene Wenger mahu jadikan Fabianski sebagai pilihan utama? Sejauh manakah keyakinan kita kepada Fabianski yang mempunyai kecenderungan melakukan kesalahan-kesalahan bodoh di padang ini? Mungkin Fabianski hebat semasa latihan tetapi sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak mempunya ketahanan mental bila beraksi dalam perlawan sebenar. Mungkin juga Wenger berpendapat yang Fabianski masih muda dan masih berpotensi untuk memperbaiki mutu permainannya. Jadi aku berpendapat sebab utama Almunia dipinggirkan adalah kerana Wenger merasakan pada usia 33 tahun, Almunia bukan sahaja tidak mampu memperbaiki permainan malah sebaliknya.

Kemungkinan Almunia tidak akan beraksi untuk Arsenal dikuatkan lagi apabila Arsene Wenger membuat kenyataan dimana masih tiada calon sesuai untuk jersi No. 1 pada ketika ini. Ada ura-ura mengatakan kelab Osasuna dan Atletico Madrid dari La Liga berminat untuk mendapatkan khidmat Almunia. Namun Osasuna telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka tidak ada berhubung dengan Arsenal bagi membincangkan perpindahan tersebut. Sejauh mana kebenaran berita-berita ini tidak dapat dikenal pasti. Yang pastinya memang banyak berita angin tentang perpindahan memandangkan jendela perpindahan masih lagi terbuka.

Pada waktu ini, terdapat beberapa penjaga gol dikaitkan bakal pengganti No. 1 di Arsenal. Khabar yang paling kuat sekali ialah Mark Schwarzer, penjaga gol Fulham yang berumur 37 tahun. Di katakan Arsenal telah membuat bidaan awal 2M - ditolak dan kemudian menaikkan kepada 4M serta tawaran kerja sebagai jurulatih. Menurut sumber-sumber yang semestinya tak boleh kita percayakan sangat, Schwarzer berminat untuk menyertai Arsenal tetapi urusan perpindahan ini agak sukar kerana Fulham tidak mempunya pengurus buat masa ini. Selain itu, Igor Akinfeev dari CSKA Moskow dan Maarten Stekelenburg dari Ajax turut dikaitkan sebagai calon pengganti Almunia.



Namun Schwarzer dilihat sebagai calon yang paling sesuai jika diambil kira faktor umurnya yang bangka bagi tidak membantutkan perkembangan penjaga gol muda seperti Vito Mannone dan Wojciech Szczesny. Arsene Wenger menaruh harapan yang tinggi kepada Szczesny dan percaya dia bakal menyinar di Stadium Emirates suatu hari nanti. Szczesny dilihat beraksi dengan baik sekali ketika dipijamkan kepada kelab Brentford musim lepas.

Menurut ramai penganalisa Liga Perdana Inggeris, tidak dinafikan Arsene Wenger bijak menilai pemain yang berpotensi tinggi namun mempunyai kelemahan dalam menilai penjaga gol. Semasa Wenger mula menjejakkan kaki di Highbury, skuad Arsenal masih mempunyai lagenda penjaga gol England, David Seaman. Hanya Jens Lehmann penjaga gol dibeli Wenger beraksi dengan baik terutama sekali ketika era Unbeaten. Sementara itu, Richard Wright, Rami Shaaban, Alex Manninger semuanya terlungkop.

Jadi siapakah yang bakal menyarung jersi No. 1 Arsenal musim hadapan? Adakah Schwarzer? Fabianski? Szczesny? masih lagi Almunia? atau Helmi Eliza Elias?