Sunday, November 13, 2011


Alex Song menjadi sasaran terbaru Barcelona yang dikatakan boleh menjadi calon pengganti sesuai buat  midfielder mereka iaitu Seydou Keita. Pemain kebangsaan Mali itu sudah merancang untuk berhijrah dari Camp Nou pada penghujung musim ini dan Barcelona sudah bersedia untuk membida Song dengan jumlah lebih dari £15juta.

Arsene Wenger telah cuba untuk menyambung kontrak Song yang hanya akan berakhir tiga tahun lagi itu pada masa yang lebih lama lagi. Namun percubaan awal Wenger gagal apabila pemain berusia 24 tahun itu menolak tawaran lanjutan kontrak tersebut. Walaubagaimanapun, Wenger masih akan membuat tawaran baru pada masa akan datang bagi mengekalkan Alex Song sekurang-kurangnya selama empat tahun lagi. 

Ini kerana Alex Song adalah salah seorang key player Arsenal dan tugas beliau sebagai tulang belakang bahagian tengah adalah sangat penting buat The Gunners. Selain itu, Song juga adalah seorang pemain yang serba boleh dimana selain bertindak sebagai defensive midfielder, beliau juga boleh bermain di posisi pertahanan.

Menurut khabar angin, jika Song tidak mahu menyambung kontrak bersama Arsenal, Barcelona bersedia untuk membida pemain kebangsaan Cameroon itu pada musim panas akan datang. Alex Song dikatakan keberatan untuk membawa famili beliau keluar dari London, namun mungkin akan mempertimbangkan keputusan beliau itu berdasarkan situasi masa depan Arsenal.

Sumber: The Mirror

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment