Showing posts with label Bekas Pemain. Show all posts
Showing posts with label Bekas Pemain. Show all posts

Saturday, November 12, 2011


Thierry Henry menggesa agar para penyokong terus berada dibelakang Arsene Wenger dan tetap memberi sokongan terhadap individu yang menjadikan beliau seorang pemain yang bertaraf bintang. Penuh dengan rasa terhutang budi, beliau juga mengingatkan lagi para penyokong tentang apa yang Wenger sudah lakukan untuk kelab ini.

Tuesday, January 4, 2011

Kolo Toure tengah buat headlock kat Adebayor, belum Yaya join sekali tu
Menjelang perlawanan menentang kelab lama mereka, dua bekas bintang Arsenal ini telah terlibat dalam pergaduhan semasa sesi latihan sebagai persedian terakhir sebelum bertandang ke Stadium Emirates pagi esok. Difahamkan ianya disebabkan oleh ketidak sefahaman ketika sesi latihan. Pertelingkahan ini bagaimanapun berjaya dileraikan oleh bekas lagenda Arsenal, Patrick Vieira dan pemain pertahanan City, Vincent Kompany.

Insiden yang sudah pastinya akan mengeruhkan lagi keharmonian bilik persalinan City ini merupakan satu lagi  tamparan hebat buat Roberto Mancini setelah David Silva dan Mario Balotelli disahkan tidak dapat bermain menentang Arsenal. Tiada alasan yang munasabah jika kita gagal mendapatkan tiga mata penuh esok memandangkan pihak lawan kini mengalami masalah dalaman.

Ekslusif dari: Mirror Football (Klik link untuk lagi gambar)

Saturday, October 16, 2010

Laurent Koscielny disahkan dalam Arsenal.com mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Birmingham malam ini. Ketiadaan beliau memberikan peluang kepada Djourou untuk beraksi memandangkan Thomas Vermaelen dikhabarkan hanya akan pulih dalam masa 10 hari lagi. Maka malam ini kita dapat saksikan gandingan Djourou dan Squillaci pada barisan pertahanan.

Hleb akhirnya sedar yang rumput tidak selalunya hijau
Pada malam ini juga kita akan dapat menyaksikan Alex Hleb kembali setelah dua tahun meninggalkan Stadium Emirates untuk meraih gaji yang lebih tinggi dan rasa glamour bersama Barcelona. Namun sepanjang dua tahun ini beliau gagal menarik perhatian Pep Guardiola untuk bermain dalam kesebelasan utama dan telah dipinjamkan ke kelab Vfb Stuttgart pada musim lepas dan Birmingham pada musim ini.

Beliau yang kini berusia 29 tahun masih belum menunjukkan impak yang diharap-diharapkan namun pengurus Birmingham, Alex McLeish yakin Hleb masih mempunyai Faktor X dan meminta beliau untuk buktikannya pada malam ini. Dalam pada itu Hleb juga yakin Birmingham mampu melakukan kejutan seperti West Brom jika bekerja dengan lebih keras.

Tuesday, September 21, 2010

Reyes adalah seorang pemain yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan suatu ketika dilihat mempunyai potensi besar untuk menyinar namun akibat dari masalah kecederaan, prestasi beliau mula merundum jatuh. Walaupun begitu, ramai yang tidak menyedari penglibatan beliau dalam kebanyakan gol yang dijaringkan Arsenal pada musim 2005/06. Tidak kiralah melalui hantaran through ball, set piece, atau merembat kencang kedalam gawang pihak lawan.

Sesungguhnya beliau memberikan impak yang besar pada musim tersebut terutama sekali ketika kempen Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan Arsenal menjadi naib juara setelah tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir yang berlansung di Paris. Reyes telah meminta untuk berpindah ke Sepanyol kerana merasakan gaya permainan di England tidak sesuai bagi diri beliau dan kini mewakili kelab Atletico Madrid.

*Update

Sedikit info mengenai Jose Antonio Reyes:
  • Dilahirkan pada 1 September 1983.
  • Posisi asal sebagai sayap kiri namun boleh juga bermain diposisi penyerang.
  • Memulakan karier professional bersama kelab asal Sevilla FC pada umur 16 dan menyertai Arsenal pada umur 20 tahun.
  • Arsenal membayar £10 juta untuk mendapatkan khidmat Reyes pada Januari 2004 dan Sevilla bakal menerima £7 juta lagi jika beliau beraksi dengan baik.
  • Sepanjang 3 tahun bersama Arsenal beliau menjaringkan 16 gol dalam 69 perlawanan.
  • Dipinjamkan ke Real Madrid pada musim 2006/07 melalui pertukaran dengan Julio Baptista.
  • Pada Julai 2007, Reyes melengkapkan perpindahan £10.2 juta ke Atletico Madrid.



Tuesday, September 7, 2010

Oleh kerana terpaksa melalui minggu yang agak bosan, beberapa pemain dah bekas pemain banyak meluangkan lebih masa dalam temuramah bersama wartawan. Namun dalam tak sedar, ada sesetengah kenyataan mereka sangat bahlul dan tidak masuk akal.

Kita mulakan dengan si lahanat Adebayor. Beliau percaya dengan pemain Man City yang ada sekarang, ianya bermakna skuad bimbingan Roberto Mancini ini sudah berjaya menandingi kehebatan Arsenal. Selain itu beliau turut merasakan bahawa Man City akan dipandang sebagai skuad yang lebih besar dari Arsenal jikalau mereka berjaya menang sekurang-kurangnya sepuluh perlawanan berturut-turut.

Memang betul Man City dapat beli pemain yang diorang mahukan dengan hanya menabur wang berjuta-juta pound tetapi setiap pemain perlukan keserasian antara mereka untuk mendapatkan rentak permainan yang baik dan ianya tak akan menjadi jika pemain silih berganti. Yang paling tak boleh tahan, menang sepuluh perlawanan berturut-turut dah rasa bagus? Cuba atasi rekod 49 perlawanan tanpa kalah dulu baru boleh dipertimbangkan kehebatan City.

Ini diikuti dengan bekas pemain sayap Chelsea, Arjen Robben. Beliau percaya dengan mendapatkan khidmat Rafael van der Vaart, Spurs kini tiada banyak beza dari Arsenal. Robben turut memuji rakan sepasukan dari Belanda itu dengan mengatakan van der Vaart adalah salah seorang pemain tengah terbaik di Liga Perdana dan mungkin yang paling terbaik.

Baiklah, memang tidak disangkal van der Vaart adalah salah seorang pemain yang sangat berkualiti. Namun ianya tidak bermakna Spurs akan jadi lebih bagus dari Arsenal. Kehebatan sesebuah pasukan tidak bergantung kepada pemain sahaja seperti yang dikatakan oleh Adebayor dan Robben, tetapi taktik yang berkesan serta moral yang tinggi turut menjadi faktor. Lihat pada Inter, tiada Ronaldo dan Messi tapi masih boleh menjuarai Liga Juara-juara Eropah.

Oleh kerana berasa malu aduan mereka tidak dilayan oleh FA, Stoke menghantar wakil mereka Ryan Shawcross untuk membuat kenyataan bagi menutup malu mereka. Shawcross merasakan Wenger ada masalah peribadi terhadap beliau apabila nama beliau disebut dalam kenyataan Wenger berkenaan taktik ragbi yang dipakai Stoke.

Aku rasa tak salah kalau Wenger nak berdendam, kalau lah betul pun. Shawcross memang seorang pemain yang kasar dan lebih teruk lagi, dia sering terlepas dari hukuman berat memandangkan beliau adalah salah seorang bintang muda England. Beliau pernah mencederakan Theo Walcott dan Adebayor sehinggakan terpaksa berehat selama tiga ke empat minggu dan penyebab kaki Ramsey patah.

Beralih kepada bekas penjaga gol Arsenal, John Lukic. Beliau berkata bahawa Wenger sepatutnya perlu dapatkan penjaga gol seperti Jose Reina, Victor Valdes atau Julio Cesar. Menurut beliau, Arsenal bakal menanggung akibat apabila gagal mendapatkan penjaga gol yang berkualiti pada musim ini. Lukic turut menegaskan, George Graham yang juga bekas pengurus Arsenal membelanjakan £1.3 juta untuk David Seaman yang mana rekod perpindahan termahal bagi penjaga gol di Great Britain ketika itu.

Seaman mewakili Arsenal selama 13 tahun dan membuat 405 penampilan dari 1990 hingga 2003
Mungkin benar kata-kata Lukic tersebut namun zaman sudah berubah. Seaman dibeli dari kelab QPR dan kini kebanyakan kelab sudah menjadi kaya. Arsenal mungkin tidak dapat membida Reina, Valdes dan Cesar kerana kelab yang diwakili masing-masing tidak berminat untuk menjual penjaga gol terbaik mereka. Selain itu, mereka juga bukan dalam situasi yang perlukan wang dan mungkin hanya akan mempertimbagkan tawaran jika yang diterima sangat tinggi.

Akhir sekali, Mark Schwarzer masih lagi kecewa kerana tidak dapat menyertai skuad the Gunners musim ini. Namun beliau masih bertindak secara professional apabila tidak mahu berkata apa-apa tentang isu perpindahan ini kerana bimbang akan berkata perkara yang salah yang mampu merenggangkan hubungan beliau dengan Fulham.

Tiada apa yang aku boleh katakan pada Schwarzer melainkan beliau tiada rezeki untuk bermain bersama Arsenal. Walau bagaimanapun, macam mana Schwarzer boleh dipilih sebagai calon pengganti Almunia musim ini jika beliau bakal dipanggil skuad kebangsaan Australia untuk kejohanan Asian Cup di Qatar pada Januari tahun depan? Mungkin ada hikmahnya Almunia masih kekal sebagai penjaga gol Arsenal musim ini.

Sunday, August 29, 2010

Stoke City telah membuat aduan kepada FA England dan Premier League terhadap kenyataan Arsene Wenger yang sebelum ini menggambarkan mereka sebuah pasukan ragbi. Pengurus pasukan Tony Pulis berasa sangat marah dengan kenyataan yang dirasakan menghina ketua pasukan Stoke, Ryan Shawcross. Wenger dikatakan telah menuduh Shawcross menyepak penjaga gol Spurs, Huerelho Gomes ketika perlawanan minggu lalu.

Stoke telah menghantar surat kepada Arsenal dan pihak yang berkuasa dalam bolasepak sebagai tanda protes yang mana mereka kini harus memutuskan samada mahu mendenda Wenger yang disifatkan membawa keburukan dalam bolasepak ataupun tidak. Menurut Mirror Football, Pulis dipetik berkata:
What he said was totally and utterly out of order. I don’t expect that of a person of Arsene’s esteem. What he said about Ryan was also very, very poor. The club will deal with it in the proper manner.

Nampaknya, Tony Pulis adalah seorang yang sangat sensitif dan senang berkecil hati. Wenger hanya memberi contoh dalam kenyataan beliau dan bukannya mencerca seperti yang dianggap oleh Pulis. Tidak seperti Fabio Capello yang dilabel sebagai 'Jackass' oleh media Inggeris. Bagaimana agaknya beliau hendak mengatasi perang psikologi yang selalu diguna pakai oleh pengurus berpengaruh seperti Ferguson, Mourinho dan Benitez?

Sementara itu talkSPORT melaporkan, Maarten Stekelenburg tidak berminat untuk meninggalkan Ajax berikutan mereka layak ke Liga Juara-juara Eropah setelah menang di pusingan kelayakan. Stekelenburg yang 10 tahun lebih muda dari Schwarzer sebelum ini dikatakan sedia untuk dijual oleh Ajax kerana memerlukan wang untuk membuat pembelian pemain lain. Namun kini Martin Jol dikatakan telah berpuas hati dengan skuad yang beliau ada sekarang.

Pires sewaktu era kegemilangan beliau
Media itu turut melaporkan bahawa lagenda Arsenal, Robert Pires bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris. Pires yang kini berusia 36 tahun tidak mewakili mana-mana kelab setelah tamat kontrak bersama Villarreal dan dikatakan mendapat tawaran kontak lumayan selama dua tahun untuk bermain dengan kelab Shanghai Shenhua di China. Namun beliau telah menolak tawaran tersebut dan kini dikatakan sedang diperhati rapat oleh West Ham, Wigan dan Bolton.

Wednesday, July 28, 2010

Masihkah korang semua ingat dengan Edu yang pernah menyarung jersi Arsenal nombor 17? Pemain tengah kelahiran Brazil ini adalah salah seorang tonggak utama Arsenal ketika era Invincibles. Pernah satu ketika dulu, beliau hampir mewakili skuad kebangsaan England apabila mendapat kerakyatan British. Namun, beliau membatalkan hasrat tersebut setelah akhirnya mendapat panggilan untuk mewakili Brazil.

Edu atau nama penuhnya Eduardo Cesar Daude Gaspar menyertai Arsenal pada tahun 2001 dari kelab Corinthians dengan yuran perpindahan £6 juta. Setelah membantu Arsenal menjuarai 2 gelaran liga (2001/02, 2003/04 ), 3 piala FA (2002, 2003, 2005) dan 2 Community Shield (2002, 2004), beliau meninggalkan Highbury untuk bersama Valencia pada tahun 2005.

Edu kini mewakili kelab asalnya Corinthians ditemubual oleh wakil Arsenal Brasil yang mengutarakan ketibaan beliau di Arsenal, pemain kesukaannya, era Invincibles, pandangan beliau terhadap Arsene Wenger dan banyak lagi. Temubual ini dibawakan khas oleh Arseblog.



Tuesday, July 27, 2010

Baptista kahwini Miss Leon 2003, Silvia Nista
Ketua pasukan Cesc Fabregas yang masih lagi berehat panjang dilihat menghadiri majlis perkahwinan salah seorang bekas pemain Arsenal bersama buah hatinya di Madrid. Julio 'the Beast' Baptista suatu ketika dulu pernah menyertai Arsenal dalam perjanjian pinjaman dengan kelab Real Madrid pada musim 2006/07. Perjanjian tersebut turut menyaksikan Jose Antonio Reyes dipinjamkan ke kelab Real Madrid.

Cesc hadir bersama Carla
Walaupun hanya bermain untuk the Gunners untuk satu musim sahaja, nama Baptista sentiasa diingati oleh fans Arsenal kerana beliau pernah menjaringkan empat gol ketika Arsenal menewaskan Liverpoool pada pusingan awal Carling Cup tahun 2007. Perlawanan yang berlansung di Anfield tersebut berkesudahan Liverpool dibelasah Arsenal 3-6.

Julio Baptista yang kini mewakili kelab AS Roma dilaporkan sedang dijaja oleh kelabnya bagi mendapatkan wang perpindahan untuk membeli pemain baru musim panas ini. Beliau yang kini menerima hakikat terpaksa meninggalkan Rome, memilih Sepanyol atau England sebagai destinasi seterusnya.

Laporan asal: Futbolita