Showing posts with label Aksi Individu. Show all posts
Showing posts with label Aksi Individu. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Friday, December 23, 2011

Monday, December 12, 2011

Ramai pihak memperkatakan bahawa Arsenal adalah one-man-team dimana kelab ini hanya bergantung kepada kapten Robin van Persie untuk menang dalam satu-satu perlawanan. Memang jelas sekali penyerang on-form ini lah yang banyak menjaringkan gol kemenangan Arsenal, namun ramai yang tidak nampak akan sumbangan Alex Song yang menjadi tunjang pasukan ini.

Tanpa terjahan, pintasan dan hantaran dari Alex Song, Arsenal tidak dapat mengawal permainan dengan baik. Sepertimana kita semua tahu, pasukan yang mampu menguasai bahagian tengah selalunya akan memperoleh kemenangan kerana setiap serangan banyak bermula dibahagian tersebut. 

Malas nak tulis panjang-panjang, korang layan video kat bawah.

Saturday, December 3, 2011

Monday, November 21, 2011

Monday, November 7, 2011

Rosicky dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan ni dan tidak mengecewakan, beliau terlibat dalam build up play bersama van Persie untuk gol ketiga yang dijaringkan oleh Mikel Arteta. Diharap agar Rosicky dapat mengekalkan form beliau lebih-lebih lagi apabila ketiadaan Gervinho pada bulan Februari nanti apabila pemain Ivory Coast tersebut mewakili negaranya dalam kejohanan Africa Cup Nations.


Sebenarnya pertahanan Arsenal takde lah tergugat sangat masa lawan West Brom ni. Tapi Koscielny tetap mempamerkan aksi yang mantap, apatah lagi bila bergandingan dengan Vermaelen. Sebenarnya, persembahan Koscielny juga banyak menunjukkan peningkatan berbanding musim lepas. Mungkin beliau kini sudah dapat menyesuaikan dengan gaya permainan di England.


Masih banyak yang perlu Carl Jenkinson pelajari memandangkan beliau masih lagi muda. Namun, tidak mengecewakan apabila nampaknya beliau belajar dengan cepat.

Menurut statistik, Jenkinson berjaya membuat hantaran tepat dengan kadar 93%. Selain itu hantaran silang beliau juga lebih baik dari Bakary Sagna. Memang calon yang sesuai untuk menggantikan Sagna pada masa hadapan jika Jenkinson dapat terus belajar dan mengembangkan bakat beliau.

Arsene Wenger turut memuji beliau dengan berkata:
Today he had a very interesting game with the quality of his defending and the quality of his crossing. The pace of his improvement is very interesting. His energy levels are absolutely amazing.


Saturday, February 26, 2011

Persembahan individu Ryo Miyaichi sewaktu beraksi untuk Feyenoord menentang ADO Den Haag.