Jack Butland, penjaga gol muda Birmingham ini dikatakan sedang dipantau secara lebih dekat lagi oleh scout Arsenal. Walaupun sedang dipinjamkan ke kelab liga bawahan, Cheltenham dan tidak pernah membuat penampilan dalam kesebelasan utama Birmingham, bakat Butland berjaya dikesan oleh scout Arsenal.
The Gunners dikatakan begitu bersungguh-sunguh untuk mendapatkan Butland apabila scout yang berpengaruh, Steve Rowley dan jurulatih penjaga gol Arsenal, Gerry Peyton menyaksikan sendiri persembahan bintang muda ini ketika skuad England bawah 21 tahun membelasah Iceland 5-0 Khamis minggu lepas.
Pemain berusia 18 tahun ini sekali lagi dipantau ketika pasukan bimbingan Stuart Pearce tewas 1-2 ditangan Belgium pada Isnin lalu.
Kagum dengan persembahan Butland, Arsenal dikatakan akan membuat bidaan terhadap prospek menarik England ini. Walaupun begitu, dengan adanya Wojciech Szczesny yang dilihat sebagai penjaga gol jangka masa panjang Arsenal, perkembangan pemain muda ini dibimbangi akan terbantut.
Segalanya terpulang pada perancangan Wenger. Situasi sekarang nampak seakan-akan Manuel Almunia dan Vito Mannone akan dijual, sementara Lukasz Fabianski mahu dipinjamkan ke kelab lain, maka kemungkinan untuk Butland sertai Arsenal itu tetap ada.
Selain Arsenal, Jack Butland dikaitkan juga dengan perpindahan ke Sunderland pada bulan Januari tahun depan dengan nilai £1juta.
Sumber: The Mail
0 comment(s):
Post a Comment