Robin van Persie telah dibenarkan meninggalkan pasukan kebangsaan Belanda dan pulang ke London selepas Bert van Marwijk bersetuju untuk merehatkan ayam tambatan Arsenal ini selepas berbincang dengan Arsene Wenger. Keputusan ini diambil kira bagi mengelakkan penjaring terbanyak Arsenal musim ini mengalami kecederaan seperti sebelum-sebelum ini.
Pada Jumaat lepas, van Persie telah bermain selama 90 minit ketika seri tanpa jaringan dengan Switzerland. Oleh itu, beliau tidak akan diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Jerman hari Selasa ini selepas satu ujian darah dilakukan.
Difahamkan hasil keputusan dari ujian analisa darah van Persie, ianya menunjukkan bahaw pemain yang sudah menjaringkan 17 gol dari 21 perlawanan dalam kesemua pertandingan musim ini perlu masa berehat.
Van Marwijk dipetik berkata:
Arsene asked me if I could please not play Robin in both games. I had a good talk with Wenger and we decided that Robin would play only on Friday. After that we would send him back to London. I won't use Robin against the Germans.
Adalah sangat penting bagi Arsenal mengelakkan van Persie dari tercedera apabila The Gunners akan menghadapi beberapa perlawanan penting dalam masa lima minggu ini. Dua perlawanan menentang Man City, dalam saingan liga dan Carling Cup, kemudian menentang Dortmund dan Olympiakos bagi memastikan Arsenal layak pada pusingan seterusnya.
Kita tidak mahu lagi kapten kita ini tercedera sia-sia hanya untuk perlawanan persahabatan seperti yang pernah berlaku musim lepas. Van Persie telah terpaksa berehat selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan pada buku lali ketika mewakili Belanda dalam satu perlawanan persahabatan.
Sumber: The Mail
0 comment(s):
Post a Comment