Friday, November 18, 2011


Ejen kepada Leandro Damiao telah mendedahkan bahawa Arsenal dan Tottenham sudah membuat tawaran mendapatkan penyerang kebangsaan Brazil tersebut. Damiao beraksi dengan cemerlang bersama kelab Internacional setakat ini dengan menjaringkan 17 gol dalam 13 perlawanan.

Tottenham dikatakan sudah lama memantau perkembangan Damiao dan peluang untuk mereka mendapatkan penyerang berusia 22 tahun ini lebih cerah memandangkan Internacional dan Tottenham mempunyai hubungan kerjasama yang telah terjalin sejak 2009. Salah satu keistimewaan Tottenham adalah mereka akan diberi keutamaan dalam bidaan pemain akademi Internacional.

Namun begitu, kata putus adalah milik Damiao sendiri untuk memilih untuk terima tawaran dari kelab mana. Selain Tottenham dan Arsenal, Chelsea, Liverpool, AC Milan, Shakhtar Donetsk, Dnipro dan Dynamo Kiev dikatakan turut berminat untuk dapatkan khidmat beliau.

Ketiadaan passport EU mungkin akan menjadi penghalang untuk kelab dari England dapatkan bintang muda ini, namun memandangkan beliau sudah membuat penampilan antarabangsa sebanyak 22 kali, Damiao mungkin diberikan permit kerja, itu pun dengan rayuan.

Ejen Damiao, Sivori & Asociados dipetik berkata:
Now Damiao has important requests: there is a good offer of Tottenham, one from Arsenal and even some Spanish clubs are sounding out Internacional.

Sumber: Sky Sports

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment