John Hartson ketika mewakili Arsenal 1995-1997 |
Sesiapa yang mula meminati Arsenal sebelum tahun 1998 lagi pasti kenal dengan penyerang yang mempunyai saiz badan gergasi ini. John Hartson suatu ketika dulu pernah mencipta rekod perpindahan termahal British untuk pemain remaja ketika menyertai Arsenal pada January 1995 dengan harga 2.5M. Namun jodoh beliau dengan Arsenal tak panjang dengan kehadiran Dennis Bergkamp dan Nicolas Anelka.
Lebih kurang 12 bulan lepas, Hartson dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan intensif selepas disahkan kanser testisnya telah merebak ke otak dan hatinya. Namun sekarang beliau dapat menarik nafas lega apabila disahkan doktor bebas dari kanser setelah menjalani 6 kali pembedahan utama dan 67 sesi kemoterapi.
Pada hari Jumaat lepas, Hartson yang kini berusia 35 tahun kelihatan berseri-seri dan gembira selepas memperbaharui janji pernikahan dengan isterinya, Sarah McManus di sebuah majlis mewah. Sebenarnya mereka sudah berkahwin pada bulan Disember lepas, tetapi atas sebab kesihatan Hartson yang teruk, mereka tidak dapat meraikan majlis perkahwinan dengan meriah. Majlis tersebut juga dilansungkan bersempena kejayaan beliau dalam menentang kanser.
Tahniah kepada Hartson. Namun begitu perlu diingat penyakit kanser ini senang datang balik. Jadi pemeriksaan lanjutan tu sangatlah penting.
R.I.P - Paul Avery (28 tahun) |
Baru-baru ni je ada seorang fan Arsenal, Paul Avery, meninggal dunia akibat kanser payudara. Mendiang juga merupakan lelaki termuda yang meninggal dunia akibat kanser payudara. Disahkan menghidapi kanser pada tahun 2006 dan setahun kemudian disahkan doktor bebas dari kanser setelah menjalani rawatan. Namun begitu, kanser beliau muncul kembali pada March tahun lalu tetapi kali ini doktor sahkan yang kanser nya telah merebak ke otak dan hati. Mendiang menghembuskan nafas yang terakhir Isnin minggu lepas disamping keluarga dan orang yang tersayang.
Laporan asal: Mirror Football, Daily Mail
0 comment(s):
Post a Comment