Tuesday, July 27, 2010

Baptista kahwini Miss Leon 2003, Silvia Nista
Ketua pasukan Cesc Fabregas yang masih lagi berehat panjang dilihat menghadiri majlis perkahwinan salah seorang bekas pemain Arsenal bersama buah hatinya di Madrid. Julio 'the Beast' Baptista suatu ketika dulu pernah menyertai Arsenal dalam perjanjian pinjaman dengan kelab Real Madrid pada musim 2006/07. Perjanjian tersebut turut menyaksikan Jose Antonio Reyes dipinjamkan ke kelab Real Madrid.

Cesc hadir bersama Carla
Walaupun hanya bermain untuk the Gunners untuk satu musim sahaja, nama Baptista sentiasa diingati oleh fans Arsenal kerana beliau pernah menjaringkan empat gol ketika Arsenal menewaskan Liverpoool pada pusingan awal Carling Cup tahun 2007. Perlawanan yang berlansung di Anfield tersebut berkesudahan Liverpool dibelasah Arsenal 3-6.

Julio Baptista yang kini mewakili kelab AS Roma dilaporkan sedang dijaja oleh kelabnya bagi mendapatkan wang perpindahan untuk membeli pemain baru musim panas ini. Beliau yang kini menerima hakikat terpaksa meninggalkan Rome, memilih Sepanyol atau England sebagai destinasi seterusnya.

Laporan asal: Futbolita

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment