Masa depan Manuel Almunia dilihat semakin malap. Dia tidak diturunkan dalam dua perlawanan pra musim yang lalu. Kali terakhir Almunia bermain adalah ketika tewas dengan Spurs pada perlawanan liga hujung musim lepas. Tewas dengan Spurs adalah sesuatu yang memeritkan buat fans Arsenal terutama sekali di UK. Tambah lagi yang tinggal dekat North London kerana mereka ini berjiran dengan fans Spurs. Sudah semestinya kena menganjing kaw-kaw. Bagi fans dekat Malaysia tak terasa sangat permusuhan ini tapi still aku sakit hati sebab kekalahan tersebut memusnahkan harapan untuk bersaing mendapatkan takhta liga. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebab utama kenapa Wenger mahu lepaskan Almunia.
Selepas kekalahan dengan Spurs, Arsene Wenger menurunkan Lukasz Fabianski sebagai penjaga gol sehinggalah sekarang. Ini kerana Wenger masih lagi mahu melihat Fabianski buktikan dirinya bahawa dia layak menjadi penjaga gol utama Arsenal. Adakah Arsene Wenger mahu jadikan Fabianski sebagai pilihan utama? Sejauh manakah keyakinan kita kepada Fabianski yang mempunyai kecenderungan melakukan kesalahan-kesalahan bodoh di padang ini? Mungkin Fabianski hebat semasa latihan tetapi sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak mempunya ketahanan mental bila beraksi dalam perlawan sebenar. Mungkin juga Wenger berpendapat yang Fabianski masih muda dan masih berpotensi untuk memperbaiki mutu permainannya. Jadi aku berpendapat sebab utama Almunia dipinggirkan adalah kerana Wenger merasakan pada usia 33 tahun, Almunia bukan sahaja tidak mampu memperbaiki permainan malah sebaliknya.
Kemungkinan Almunia tidak akan beraksi untuk Arsenal dikuatkan lagi apabila Arsene Wenger membuat kenyataan dimana masih tiada calon sesuai untuk jersi No. 1 pada ketika ini. Ada ura-ura mengatakan kelab Osasuna dan Atletico Madrid dari La Liga berminat untuk mendapatkan khidmat Almunia. Namun Osasuna telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka tidak ada berhubung dengan Arsenal bagi membincangkan perpindahan tersebut. Sejauh mana kebenaran berita-berita ini tidak dapat dikenal pasti. Yang pastinya memang banyak berita angin tentang perpindahan memandangkan jendela perpindahan masih lagi terbuka.
Pada waktu ini, terdapat beberapa penjaga gol dikaitkan bakal pengganti No. 1 di Arsenal. Khabar yang paling kuat sekali ialah Mark Schwarzer, penjaga gol Fulham yang berumur 37 tahun. Di katakan Arsenal telah membuat bidaan awal 2M - ditolak dan kemudian menaikkan kepada 4M serta tawaran kerja sebagai jurulatih. Menurut sumber-sumber yang semestinya tak boleh kita percayakan sangat, Schwarzer berminat untuk menyertai Arsenal tetapi urusan perpindahan ini agak sukar kerana Fulham tidak mempunya pengurus buat masa ini. Selain itu, Igor Akinfeev dari CSKA Moskow dan Maarten Stekelenburg dari Ajax turut dikaitkan sebagai calon pengganti Almunia.
Namun Schwarzer dilihat sebagai calon yang paling sesuai jika diambil kira faktor umurnya yang bangka bagi tidak membantutkan perkembangan penjaga gol muda seperti Vito Mannone dan Wojciech Szczesny. Arsene Wenger menaruh harapan yang tinggi kepada Szczesny dan percaya dia bakal menyinar di Stadium Emirates suatu hari nanti. Szczesny dilihat beraksi dengan baik sekali ketika dipijamkan kepada kelab Brentford musim lepas.
Menurut ramai penganalisa Liga Perdana Inggeris, tidak dinafikan Arsene Wenger bijak menilai pemain yang berpotensi tinggi namun mempunyai kelemahan dalam menilai penjaga gol. Semasa Wenger mula menjejakkan kaki di Highbury, skuad Arsenal masih mempunyai lagenda penjaga gol England, David Seaman. Hanya Jens Lehmann penjaga gol dibeli Wenger beraksi dengan baik terutama sekali ketika era Unbeaten. Sementara itu, Richard Wright, Rami Shaaban, Alex Manninger semuanya terlungkop.
Jadi siapakah yang bakal menyarung jersi No. 1 Arsenal musim hadapan? Adakah Schwarzer? Fabianski? Szczesny? masih lagi Almunia? atau Helmi Eliza Elias?
huhu.. boleh plak AW hampeh pilih keeper.. pikir positif jer bro, mane tau Fabianski menyinar ke musim nih.. keeper nih kalo jarang main, susah nk bina keyakinan dalam diri.. ;)
ReplyDeleteSusah sket la nak percaya ngan Fabianski ni bro. Walau mcm mana pun Wenger kena sign jugak keeper yg berwibawa. Kalau aku jadi Fabregas pun rasa lemah je bila tgk Fabianski jadi keeper.
ReplyDeleteFabregas - Super Fab!
Fabianski - Flop Fab!
haha aku tau tu..cerita keeper ni mengingatkan aku perdebatan arse no 4 dgn atikah suatu ketika dulu di bwh tajuk.. Fabianski Penjaga Gol Bertaraf Dunia yang nyata disangkal arse no 4..hehe.. aku sokong arse no 4.
ReplyDeleteciter lama tu awe.. haha.. tapi mmg betul, sampai skarang tak nampak pun keeper yang betul2 boleh diharap kat arsenal ni. Nak harapkan Szczesny tu muda lagi. Mungkin dia bagus, mungkin tidak. Kita tak tau lagi. hanya masa yang menentukan. Wenger tak boleh jadikan Fabianski tu No 1. Persembahan dia dah la tak meyakinkan kita sbg fans nih. Apatah lagi defender yg bermain ngan dia. Bila defender tak yakin ngan dia nanti mesti lah diorang miscommunicate dan terjadi lah kesilapan2 bengong yg seterusnya.
ReplyDeletenak x nak AW kena buat sesuatu..almunia pun dh tingtong dh aku tgk.. apapun aku ttp suka kalau rene adler jd keeper arsenal.. marten stekelenburg pun ok, muka cuak tp perform la jgk..
ReplyDeleteRene Adler bagus ke main? aku tak penah tgk plak.. kalau Manuel Neuer main time WC ari tu boleh tahan gak..
ReplyDeleteAdler patutnya pegi WC ari tu brsm tim wiese n manuel neuer tp injured n digantikan dgn joerg butt.. kalu dh trpilih utk WC fhm jelah.. AW kan dh rikey2 dia ari tu..pd aku dia bagus mgkin x pd org lain..tp yg pasti jauh lebih bagus drp fabianski..
ReplyDeletehahaha betul tu. Fabianski is the worst ever Arsenal goalkeeper!!
ReplyDelete