Tuesday, July 27, 2010

Di ketika ini tersebar luas berita tentang ketua pasukan Cesc Fabregas telah bersetuju menandatangani kontrak awal untuk menyertai Barcelona musim hadapan (2011/2012). Ura-ura mengatakan Fabregas hanya akan bermain untuk satu musim lagi seperti yang dikatakan oleh Xavi dan Andres Iniesta.

Idea pra-kontrak ini diambil dari hasil keberkesanan jual beli Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid. Pada pendapat aku, ini semua cerita bohong. Arsenal tidak sama dengan Manchester United dan aku pasti Arsenal tidak beroperasi seperti mereka. Kemungkinan cerita tahyul ini dibuat-buat oleh pihak Barcelona sendiri.

Sekali lagi ini adalah satu taktik keji Barcelona yang ingin menimbulkan perasaan berbelah bagi penyokong Arsenal kepada Fabregas. Ini kerana mereka tahu, Fabregas berat hati untuk tinggalkan Stadium Emirates kerana terhutang budi kepada Arsenal dan sokongan padu daripada penyokong-penyokong Arsenal. Jadi tidak mustahil Fabregas akan berpindah jika merasakan para penyokong tidak begitu menginginkannya lagi.

Dinasihatkan kepada kawan-kawan, janganlah ada rasa benci kepada Cesc Fabregas dan teruskan menyokong beliau. Kepada sesiapa yang masih belum tandatangan petisyen, boleh klik kat sini.

Marchetti dikatakan bakal pengganti Buffon sebagai penjaga gol utama Italy
Federico Marchetti ialah seorang lagi penjaga gol yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Namanya adalah tidak asing lagi bagi fans Arsenal kerana ketika beliau menggantikan Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol utama Italy pada Piala Dunia lepas, beliau dikatakan menjadi salah seorang target Arsene Wenger. Di Italy, beliau turut dilabel sebagai 'the new Buffon'.

Menurut Datasport.it, sebuah berita sukan Italy, Arsenal akan membuat bidaan 10M kepada Cagliari bagi mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 27 tahun itu. Dikhabarkan proses perpindahan Marchetti ke Stadium Emirates akan selesai apabila bermulanya Emirates Cup hujung minggu ini.


Tagged:

3 comments:

  1. haha aku igt federico marcheda td.. federico marchetti rupanya..kalu betul apa yg dikhabarkan aku mengalu2kan lah mamat ni.. cerita cesc ni org dh terlalu muak dh sbnrnya..bg aku cesc adlh mangsa keadaan... dan jika fan akan mbencinya satu je yg aku nampak iaitu statement nya dlu yg myatakan dia nk blk ke spain.. ini mgkin akan membunuhnya.. aku tahu maksudnya, nk blk..ye lah sape x nak blk kg kan.. tp ayat tu mgkin akan jd punca utk fan membuangnya.. tp aku hrp semua fan fhm situasi ni.. cesc berada di tmpat yg betul..

    ReplyDelete
  2. dan..barca mmg ciiii sbnrnya.. dh elok sgtlah dgn media yg mmg dr dulu putar alam..

    ReplyDelete