Wednesday, July 28, 2010

Sol Campbell diberi jersi no 5 - meyakinkan beliau akan bermain dalam kesebelasan utama
Walaupun masih belum diumumkan oleh Arsenal.com, The Sun UK telah melaporkan Sol Campbell telah menandatangani kontrak satu tahun dengan pilihan untuk dilanjutkan 12 bulan lagi jika beliau bermain cukup perlawanan bersama Newcastle. Beliau dikatakan menerima tawaran gaji 30K seminggu dari kelab yang digelar Magpie tersebut.

Perpindahan ke St James Park ini mengembirakan isteri beliau, Fiona yang keluarganya turun temurun menyokong Newcastle United. Ini juga selaras dengan rancangan pasangan tersebut yang ingin membina keluarga bahagia di utara UK.

Namun begitu, sebab utama keputusan ini diambil adalah kerana beliau bimbang tidak dapat bermain banyak perlawanan jika terus berada di Stadium Emirates. Berdasarkan faktor umur, beliau akan menjadi pilihan ke empat Arsene Wenger selepas Vermaelen, Koscielny dan Djourou.

Lain pula situasi di St James Park dimana prospek beliau untuk terus bermain setiap perlawanan adalah tinggi. Ini kerana dengan ketiadaan Steven Taylor yang cedera selama dua bulan, Sol Campbell akan menjadi tonggak utama barisan pertahanan Newcastle United.

Selain itu, pengurus Newcastle United sekarang adalah Chris Houghton yang dulunya pernah melatih Campbell di White Hart Lane. Difahamkan Houghton juga ada membincangkan tentang kemungkinan Campbell akan ditawarkan kerja sebagai jurulatih pada masa akan datang.

Laporan asal: The Sun UK
Newcastle United pun dah confirm!

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment