Pada perlawanan persahabatan menentang SC Neusiedl awal pagi tadi menyaksikan the Gunners dengan mudah menundukkan kelab Austria tersebut 4-0. Manuel Almunia diturunkan buat pertama kali pada perlawanan pra musim ini serta diberi tugas sebagai ketua pasukan. Turut diturunkan pada separuh masa pertama adalah Nordveidt, Koscielny, Djourou, Gibbs, Nasri, Frimpong, Wilshere, Arshavin, Walcott dan Jay Emmanuel Thomas (JET).
Almunia
Nordveidt - Djouru - Koscielny - Gibbs
Frimpong
Nasri - Wilshere
Walcott - JET - Arshavin
Arsenal membuka tirai jaringan melalui Theo Walcott pada minit ke-28 hasil hantaran Samir Nasri. Tidak lama kemudian Johan Djourou terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Thomas Vermaelen. Selang dua minit JET menjadikan kedudukan 2-0 hasil hantaran Keiran Gibbs pada minit ke-30.
Pada separuh masa kedua giliran Chamakh, Eboue, Sagna, Vela dan Manonne pula diberi peluang untuk beraksi. Pada minit ke-51, Arsenal dihadiahkan sepakan penalti dan Chamakh dengan mudah menjadikan kedudukan 3-0 untuk gol pertamanya mewakili Arsenal. Gol terakhir perlawanan dijaringkan oleh Carlos Vela yang membuat sepakan lambungan melepasi penjaga gol lawan hasil hantaran Samir Nasri pada minit ke-65. SC Neusiedl berpeluang untuk menjaringkan gol sagu hati selepas dihadiakan sepakan penalti selang dua minit kemudian namun ianya berjaya diselamatkan oleh Vito Mannone.
Rumusan perlawanan:
- Masalah pertahanan Arsenal amat membimbangkan kerana Djourou yang baru pulih, kembali cedera. Walaupun ianya tidak serius, tetapi kita sudah nampak kecenderungan beliau untuk cedera sangat tinggi.
- Kombinasi Nasri dan Wilshere kelihatan menjadi dimana mereka dilihat mengawal bahagian tengah padang dengan baik sekali.
- Wilshere juga dilihat membuat larian-larian pantas yang dengan mudah merobek pertahanan lawan.
- Emmanuel Frimpong yang sebelum ini dilabel the next Essien menggalas tugas sebagai defensive midfielder dengan baik sekali.
- Turut tidak ketinggalan JET yang berbadan sasa membuktikan beliau juga boleh menjaringkan gol.
0 comment(s):
Post a Comment