Tuesday, July 27, 2010

Jan Vertonghen - boleh juga bermain sebagai defensive midfielder 
Surat khabar Metro UK hari ini mengaitkan seorang lagi pemain Ajax yang bermain di posisi pertahanan dengan Arsenal. Beliau adalah Jan Vertonghen, pemain berusia 23 tahun dan juga berasal dari Belgium. Sama seperti Vermaelen, beliau juga seorang pemain mempunyai kekuatan kaki kiri dan juga boleh bermain di posisi bek kiri. Selain itu, kelebihan Vertonghen ialah beliau juga boleh bermain sebagai defensive midfielder.

Dikhabar Arsenal telah membida Vertonghen dengan harga 10M untuk membawa pemain tersebut menyertai Vermaelen di Stadium Emirates. Dalam interview bersama Goal.com, Vertonghen menyatakan yang beliau tidak pernah bermain di posisi pertahanan tengah bersama Vermaelen sebelum ini baik bersama Ajax mahupun skuad kebangsaan Belgium. Ini mungkin kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan kaki kiri.

Walaubagaimana pun, ini hanyalah khabar angin. Nama pun surat khabar Metro. Kalau diikutkan logik, buat apa nak beli pemain pertahanan tengah yang mempunyai kekuatan kaki kiri lagi. Nanti tak pasal-pasal berebut tempat dengan Vermaelen. Walaupun mereka bekas rakan sepasukan, keserasian antara mereka tidak dapat diketahui kerana mereka tidak pernah bermain di posisi pertahanan tengah bersama. Kalau betul pun, mungkin juga Wenger mahu menggunakan Vertonghen sebagai defensive midfielder. Ini kerana hanya Alex Song sahaja dilihat berbakat di posisi tersebut.

Laporan asal: Metro UK

Tagged:

2 comments:

  1. perrgh..sekali mcm aaron ramsey daa.. sama kaki kiripun xpe asal player ajax aku sokong je..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal.. sekali imbas mcm ramsey. haha

    ReplyDelete