Sunday, February 27, 2011

Tengah malam ini adalah hari yang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua penyokong Arsenal. Kemarau piala hampir 6 tahun bakal ditamatkan oleh set pemain selepas zaman invincible. Kali terakhir Arsenal beraksi dalam perlawanan akhir adalah pada tahun 2007 dan ianya juga adalah perlawanan akhir Piala Carling menentang Chelsea. Setelah empat tahun berlalu, Arsenal kini kembali ke Wembley dengan misi memburu piala pertama selepas Piala FA 2005.

Perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham bakal berlansung jam 12 tengah malam ini
Dalam perlawanan akhir yang sama empat tahun lepas, kita kecundang ditangan Chelsea yang menurunkan barisan pemain utama mereka sedangkan Arsenal menurunkan rata-rata pemain yang masih muda seperti Denilson, Justin Hoyte, Armand Traore, Abou Diaby dan Jeremie Aliadiere. Keputusan Wenger untuk terus membariskan pemain muda kerana merasakan ianya tidak adil kepada mereka kerana pemain-pemain ini yang diturunkan hingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Mungkin juga ketika itu baru dua tahun Arsenal tidak menjuarai apa-apa maka Wenger tidak beri keutamaan sangat pada piala ini.

Kini sebarang kejuaraan adalah sangat penting buat Arsenal kerana dipercayai kejayaan lain bakal menyusul selepas kita memenangi sesuatu kejuaraan. Oleh itu, untuk musim ini Arsenal sudah bersiap sediah untuk menurunkan pemain-pemain utama pada perlawanan akhir. Walaupun begitu, seperti kita semua sedia maklum bahawa Arsenal akan turun tanpa ketua pasukan Cesc Fabregas dan Theo Walcott akibat kecederaan.

Sesungguhnya Fabregas benar-benar mahu mengetuai pasukan menjuarai Piala Carling ini setelah sekian lama kita tidak menjuarai apa-apa. Difahamkan bahawa selepas mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Stoke, beliau bekerja dengan sangat keras untuk pulih dari kecederaan dan beliau telah menyatakan hasrat untuk bermain pada perlawanan ini. Namun Wenger merasakan ianya terlalu berisiko tinggi untuk benarkan Fabregas beraksi dan ketua pasukan kita ini memahami keputusan tersebut.

Dalam temubual eksklusif bersama The Sun, Fabregas berkata:
It's hugely disappointing. Maybe my heart was ruling my head when I felt I might play. Now, reluctantly, I must accept I cannot. Even on Friday morning I had hoped to be involved, even if it was on the bench. But the boss, Arsene Wenger, is right and the most important thing is to make sure I get fit as quickly as possible to help Arsenal for the rest of the season.

Fabregas perlu direhatkan sehingga pulih sepenuhnya kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk saingan tiga lagi kejuaraan iaitu Liga Perdana, Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA. Walaupun terlepas untuk beraksi di Wembley kali ini, beliau masih mempunyai peluang untuk ke Wembley dua kali lagi pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA, jika Arsenal layak. Oleh itu, apa yang beliau harus lakukan sekarang adalah berusaha dengan keras agar dapat segera pulih untuk perlawanan menentang Barcelona akan datang.

Dengan ketiadaan Fabregas, Robin van Persie akan menggalas tugas sebagai ketua pasukan. Sementara itu Jack Wilshere pula diberi kepercayaan oleh Wenger untuk mengambil alih tugas sebagai playmaker. Aku menjangkakan trio barisan tengah Arsenal akan dibarisi oleh Wilshere, Song dan Diaby dimana Song dan Diaby akan bertindak sebagai 'deep-lying midfielder'.

Seperti yang disiarkan Arsenal.com, Wenger dipetik berkata:
He’s had very good games. His confidence has grown, his responsibility has grown, certainly. Our game goes naturally through Fabregas. When he’s not there, it will go more through Wilshere. The way of the game is simple: it goes always through the team’s strong points. So that the game goes through Wilshere is a good thing for him because it means the players around him have confidence in him. He will enjoy this game.

Marilah kita berharap agar Arsenal akan membawa pulang piala ini ke Stadium Emirates. Walau apa pun yang terjadi pagi nanti, aku akan tetap setia menjadi fan Arsenal. Kamon Arsenal!!

Barisan kemungkinan:
Szczesny
Sagna - Djourou - Koscielny - Clichy
Song - Diaby
Nasri - Wilshere - Arshavin
van Persie

Tagged:

1 comment: