Thursday, February 24, 2011

Kemenangan pagi tadi menjadikan perbezaan mata dengan Man Utd hanya tinggal satu mata sahaja lagi. Walaupun mereka masih kekurangan satu perlawanan namun kejayaan kita ini pastinya memberikan tekanan kepada pendahulu liga ini lebih-lebih lagi apabila menentang Wigan, Chelsea dan Liverpool dimana ketiga-tiganya dilansung ditempat lawan.

No 18 yang lebih bagus dari Cygan ataupun Sylvester
Secara positifnya, tiga mata ini sangatlah berharga disamping kita dapat lihat Sebastien Squillaci membuktikan bahawa beliau masih lagi mempunyai kualiti permainan yang baik untuk terus menyarung jersi Arsenal. Selain menjaringkan gol tunggal perlawanan, beliau juga bertahan dengan cemerlang dengan mematahkan serangan berbahaya Stoke yang banyak dicipta melalui set-piece. Kekentalan barisan pertahanan ini juga pastinya dibantu dengan adanya kelibat Johan Djourou yang sentiasa tidak mengecewakan. Tidak dinafikan beliau menjadi pemain pertahanan yang berpengaruh musim ini sejak ketiadaan Thomas Vermaelen.

Apa yang negatifnya, dua pemain utama kita iaitu Theo Walcott dan Cesc Fabregas mengalami kecederaan pada perlawanan ini. Walcott yang pergelangan kaki terkehel sudah disahkan akan terlepas dari beraksi pada perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham Ahad ini. Sementara Fabregas pula mengalami masalah hamstring. Walaupun masih belum disahkan oleh Wenger berikutan perlu jalani pemeriksaan lanjut, dari apa yang diperhatikan ianya nampak serius. Kebiasaannya kecederaan hamstring akan mengambil masa 2 atau 3 minggu untuk pulih dan bermakna beliau akan terlepas perlawanan akhir Piala Carling dan menentang Barcelona.

Risau akan kecederaan yang dialami, Fabregas meluahkan kekecewaan pada akaun twitter beliau:
I dont know if ill make sunday or no, but all i know is that from this moment to sunday 16'30 i wont sleep if its necessary. Ive waited too long to captain a final for arsenal and i wont give up till the last second.

Berdasarkan apa yang beliau luahkan, ternyata sekali ketua pasukan kita ini sangat komited pada Arsenal dan sangat menyedihkan apabila beliau berkemungkinan besar terlepas dari beraksi. Sudah pastinya ketiadaan Fabregas sedikit sebanyak memberi kesan pada permainan Arsenal, terutama sekali kreativiti untuk mencipta peluang. Menurut statistik dari Orbinho, sejak musim lepas 68% dari kemenangan yang Arsenal perolehi adalah apabila Fabregas diturunkan berbanding hanya 44% apabila beliau tidak beraksi.

Video Highlights


Separuh masa pertama


Separuh masa kedua


Tagged: , , ,

1 comment: