Thursday, November 11, 2010

Agak rugi juga tak dapat tengok match semalam yang mendebarkan secara lansung. Arsenal yang dalam misi menebus maruah setelah kalah dua kali berturut-turut bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh sekali. Ternyata jika pasukan kita ini bermain dengan rentak semalam, sudah pasti gelaran juara berada dalam genggaman. Tapi biasalah bila dalam situasi yang terdesak macam ni baru nak tunjukkan kesungguhan.

Setiap pemain mestilah ada kesedaran seperti ini pada setiap perlawanan dan tidak hanya memberi respon bila diperlukan sahaja. Selalu kita lihat Arsenal memulakan permainan dengan bersahaja. Bak kata Wenger tempoh hari, Arsenal lack of urgency. Namun semalam Arsenal terus mengasak sebaik perlawanan dimulakan dan inya berhasil apabila Chamakh berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang dari Alex Song. Ianya dijaringkan dalam masa 37 saat masa bermula dan yang terpantas musim ini.

Chamakh telah menjaringkan 7 gol setakat ini
Arshavin yang menunjukkan kesungguhan pada perlawanan minggu lepas turut mengekalkan semangat beliau apabila turut mempunyai peluang menjaringkan gol apabila hanya berada dalam posisi satu lawan satu dengan penjaga gol Wolves. Selain itu satu rembatan leret beliau terkena tiang gol. Alangkah baiknya jika Arshavin boleh mengekalkan cara permainan sebegini pada setiap perlawanan.

Sesungguhnya aku rindu dengan persembahan Arshavin dua musim lepas. Lagi-lagi ketika beliau menjaringkan empat gol menentang Liverpool. Rasa macam dia boleh kembalikan feel masa zaman Henry dulu. Tetapi malangnya sejak musim lepas, mutu permainan beliau menurun dari apa yang kita lihat sebelum itu. Namun begitu aku tak pastilah jika ianya disebabkan oleh kecederaan yang beliau alami berlarutan atau ianya hanya sekadar alasan.

Seperti yang dijanjikan Wenger, Fabregas juga turut mempamerkan aksi yang jauh lebih baik ketika menentang Newcastle pada Ahad lalu. Beliau turut mempunyai dua peluang untuk menjaringkan gol yang mana satu ditampan penjaga gol dan satu lagi hanya sedikit tersasar. Sekali lagi Fabregas membuktikan komitmen tiada tolok bandingnya kepada Arsenal dan secara tidak lansung menyangkal pendapat sesetengah penyokong bahawa beliau sudah tawar hati bermain untuk The Gunners.

Aku faham ada sebilangan dari kita yang meragui ketua pasukan kita ini apabila beliau dilihat tidak beraksi sebaik musim lepas. Apatah lagi setelah kontroversi yang ditimbulkan ketika musim perpindahan pemain yang lepas. Namun seperti yang kita dapat lihat juga, beliau akan kembali dengan aksi yang lebih baik untuk menyangkal semua tanggapan tersebut.

Secara jujurnya sekarang, aku relakan pemergian ketua pasukan kita ini jika beliau berhasrat untuk menggapai kejayaan bersama pasukan lain. Sebagai penyokong, aku hormati keputusan tersebut dan sentiasa menyokong karier bolasepak beliau. Bagi aku, kalau Fabregas seorang saja yang bagi komitmen 110% dipadang sedangkan pemain lain tidak, alamatnya 10 tahun akan datang pun belum ada piala dalam kabinet piala Stadium Emirates.Mentaliti ini seharusnya diperbetulkan kerana jika Fabregas tidak dapat beraksi dengan baik atas sebab-sebab tertentu, pemain lain pula harus tampil untuk memberi impak kepada rentak permainan Arsenal.

Berbalik kepada perlawanan pagi semalam, bukan sahaja barisan tengah yang nampak hidup dan barisan serangan yang tajam sahaja harus dipuji, malah barisan pertahanan juga tidak kurang hebatnya mengekang serangan pihak lawan tambah-tambah lagi ketika dipenghujung perlawanan. Walaupun Wolves merupakan pasukan bawahan, mereka tetap memberi tentangan hebat seperti yang telah mereka pamerkan ketika menentang Chelsea dan Man Utd tempoh hari.

Akhir sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Fabianski yang turut sama memberi respon yang baik kali ini setelah kesilapan beliau yang membuatkan Arsenal dimalukan Newcastle ditempat sendiri. Nampaknya baju pink yang dipakai kali ini memberikan tuah kepada beliau. Jika bukan kerana aksi cemerlang beliau menyelamatkan bola, sudah pasti keputusan semalam tidak akan sama dan situasi Arsenal mungkin akan menjadi lebih teruk jika tewas sekali lagi.

Bak kata arseblog pula, ianya persembahan terbaik Fabianski untuk Arsenal setakat ini. Bukan hanya kerana berjaya menyelamatkan bola tetapi beliau nampak kuat, tegas dan berkomunikasi dengan baik dengan barisan pertahanan. Beliau tidak hilang kepercayaan diri dan tidak membiarkan kesilapan minggu lepas menghantui diri. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada beliau untuk mengekalkan konsistensi ini.

Video Highlights

Reaksi anda:

Tagged: , , ,

2 comments:

  1. update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat update la cepat

    ReplyDelete
  2. dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah update dah updatedah update dah update dah update dah updatedah update dah update dah update dah update dah update dah update

    ReplyDelete