Friday, November 12, 2010

Arsenal.com hari ini melaporkan bahawa Wojciech Szczesny telah menandatangani kontrak baru untuk terus bersama The Gunners dalam jangka masa yang panjang. Walaupun tidak dinyatakan di dalam laman rasmi itu, kontrak tersebut dipercayai akan mengikat Szczesny bersama Arsenal selama lima tahun lagi, menurut laporan Mirror Football.

Szczesny bakal mendapat peluang beraksi dalam perlawanan Carling dan FA Cup musim ini
Berikutan itu Arsene Wenger dipetik berkata:
We are delighted to secure the long-term future of Wojciech, who we regard as a very important part of our Club's future. We have all seen his huge potential, both in training and in the matches that he has played for us, so we look forward to seeing him develop further in the coming years.

Sementara Szczesny pula:
I would just like to thank everyone that has helped me get this far, especially Liam Brady, Roy Massey and all his staff at the Hale End Academy. Also Neil Banfield, Steve Bould, all the backroom staff, Arsène Wenger, everyone at Brentford that helped me kick-on last season and all my team-mates here at Arsenal and, of course, my family.

Wojciech Szczesny berumur 20 tahun dan berketinggian 6 kaki 5 inchi mula menyertai Arsenal sejak tahun 2006. Beliau merupakan anak kepada bekas penjaga gol kebangsaan Poland, Maciej Szczesny. Pada November 2009, Szczesny mengikut jejak langkah bapa beliau apabila membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan Poland. Dalam perlawanan persahabatan tesebut, Poland menewaskan Canada 1-0.

Szczesny sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan media setelah difahamkan beliau tidak berpuas hati dengan peluang untuk bermain bersama Arsenal yang dilihat sangat terhad walaupun dikatakan bakal menjadi penjaga gol utama The Gunners pada masa akan datang. Mungkin kenyataan tersebut dilakukan untuk mengingatkan Arsenal supaya memandang karier beliau dengan lebih serius tambahan pula kontrak asal beliau tamat pada penghujung musim ini.

Dengan 'kecederaan' yang dialami oleh Almunia sekarang, Fabianski telah diberi tugas sebagai penjaga gol utama dan Szczesny sebagai penjaga gol kedua lantas memberi lebih banyak peluang untuk beliau buktikan kebolehan pada perlawanan Carling dan FA Cup. Boleh jadi juga ini merupakan petanda bahawa musim ini adalah yang terakhir untuk Almunia bersama The Gunners.

2 comments:

  1. yeahhhhh..
    sign contract pun...
    aritu saje bagi gertak..
    bagi reminder kat wenger..

    ReplyDelete
  2. bagus jugak dia gertak awal dari tunggu kontrak abis.. kang kalau man u, chelsea atau spurs yg kebas melopong je

    ReplyDelete